"Kena bagitau qistina ni" Arissa cepat-cepat menekan nama Qistina di whatsappnya.
"Babe"
"Babe"
"Babe"
-Arissa"Kau ni dah kenapa? Tak reti menyabar? Spam aku macam orang gila dah kenapa?"
- Qistina"Hehe, sorry. Aku tengah excited ni"
- Arissa"Aku nak bagitau yang sebenarnya aku dah dapat kerja! Tak payah la aku pergi cari kerja."
- Arissa"Seriously? Semalam kau kata kau nak cari kerja. Tapi takkan lah secepat ni?"
- Qistina"Oh, sebenarnya mommy aku yang promote aku kat anak kawan mommy aku. Katanya, anak kawan mommy aku tengah cari staf baru untuk ofis dia. Tapi esok aku baru nak pergi interview."
- Arissa"Wah, alhamdulillah. Good luck untuk esok!"
- Qistina"Thank you beb"
- Arissa...
"Dah wish good luck kat chat lepastu ajak lepak pulak"
"Tu aku wish awal-awal" Qistina sengih.
"Aku dah la kena bangun awal esok." Arissa geram dengan Qistina yang tiba-tiba ajak dia untuk lepak.
"Alaa kau ni, awal lagi la" Qistina selamba menghirup air sirap laici.
"Otak kau awal, kau tengok sekarang jam 9:30 pm kot. Mana elok perempuan keluar lewat-lewat macam ni"
"Ye la kejap la kita balik, ish. Ingat kau je kena bangun awal esok? Eh aku pun sama la"
"Dah tu? Yang gatal nak keluar malam-malam ni apahal?" Arissa menjeling Qistina.
"Weh, aku baru teringat." Arissa teringat sesuatu.
"Ha apa?"
"Kau tau tak tadi aku mesej anak aunty Rose. Dia tu kerek nak mampos" Arissa rasa geram.
"Kerek? What do you mean by kerek?" Qistina pelik. Tak pernah-pernah kawan dia label orang lain dengan panggilan pelik-pelik. Lagipun dia tak pernah dengar perkataan tu.
"Dah la bagi arahan tiba-tiba. Poyo betul" Arissa rasa geram bila teringatkan balik. "Nasib baik dia tu anak kawan mommy aku."
Qistina rasa terhibur dengan gelagat kawan baiknya. Arissa terkenal dengan perangai lemah-lembutnya di universiti jadi bila Qistina melihat Arissa berkelakuan seperti ini, dia rasa lain.
"Jadi esok kau pakai baju apa?"
"Baju tidur"
"Kau ni main-main la"
"Eee malas la aku nak fikir. Nanti esok aku tengok ada baju apa, aku pakai je la"
"Pakai cantik-cantik tau, mana tau encik boss terpikat" Qistina menyakat.
"Kau pernah makan kasut size 8?" Arissa menjeling tajam.
"Alolo gurau cikit je baby"
"Dah jom balik, esok nak jumpa mamat kerek pulak" Arissa menyilang beg tangannya.
...
Alarm telefon Arissa berbunyi.
Arissa bangun menutup alarm. "Semoga interview harini berjalan dengan lancar" Arissa berdoa di dalam hati.
Seusai mandi dan memakai pakaian yang lengkap, Arissa pergi ke dapur untuk mengambil sarapan.
"Mommy kata pagi-pagi kena makan sebab untuk elakkan gastrik" Arissa memakan 2 keping roti bakar yang telah disapu dengan butter dan kaya serta secawan kopi panas.
"Ok sekarang perut dah happy maka hari Arissa Sofea pun akan berjalan dengan lancar" Arissa mengambil beg tangan dan serta file yang mengandungi sijil-sijilnya sepanjang dia menuntut ilmu dari sekolah rendah sehingga ke menara gading.
...
Arissa cuba untuk start enjin kereta tetapi keretanya gagal untuk hidup. "Aduh, ni dah kenapa? Jangan la buat hal wahai kereta kesayanganku" Arissa cuba bercakap dengan kereta myvi ku. Arissa cepat-cepat menelefon Qistina.
"Ha kenapa beb?" Qistina mengangkat panggilan Arissa
"Weh, kereta aku buat hal" suara Arissa kedengaran resah kerana masa sudah suntuk.
"Alamak, aku dah kat tempat kerja ni Rissa. Macam mana eh?"
"Takpe la aku naik grab ja la" Arissa seakan-akan mendapat idea.
"Eh kejap, kau nak pergi interview dekat mana?"
"Dekat HM holding dekat jalan menora" Arissa memberitahu Qistina.
"Aku rasa aku ada kawan yang kerja dekat dengan bangunan tu. Kejap aku call dia"
"Eh, tak payah. Aku boleh pergi sendiri" Arissa menolak tawaran Qistina kerana tak mahu menyusahkan sesiapa di pagi hari ini.
"Kau rilek ja. Aku setelkan untuk kau"
...
"Iskandar"
- Qistina"Ha dah kenapa mesej aku pagi-pagi ni?"
- Iskandar"Aku nak mintak tolong boleh?"
- Qistina"Tak boleh"
- Iskandar"Ish, kau ni. Urgent ni."
- QistinaYa la, apa yang kau nak
- Iskandar"Tolong hantar kawan aku pergi HM holding kat Jalan Menora. Kereta dia rosak. Please Is"
- Qistina"Hantar location rumah dia."
- Iskandar"Ha okay. Kejap."
- Qistina"Lepastu hantar number telefon dia jugak"
- Iskandar"Kenapa??"
- Qistina"Lah kau ni. Lepastu aku nak call atau text dia macam mana?"
- Iskandar'Oh betul jugak hehe."
- Qistina...
"Hi, ni Arissa kawan Qistina kan?"
- Iskandar"Ya betul, saya Arissa kawan Qistina. Ini siapa ya?"
- Arissa"Saya Megat Iskandar, kawan Qistina. Dia mintak saya tolong hantarkan awak pergi HM Holding. Awak boleh panggil saya Iskandar."
- Iskandar"Kejap lagi dalam 5 minit, saya sampai. Awak tunggu di luar ya."
-Iskandar"Ok"
-Arissa...
"Maaf lah sebab dah susahkan awak. Kereta saya buat hal tiba-tiba. Semalam okay ja." aku rasa bersalah.
"Eh takpa, tak susahkan pun lagipun memang jalan nak pergi tempat kerja saya one way dengan tempat kerja awak." Kata-kata Iskandar membuatkan Arissa tenang. Sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan orang.
"Awak ni nampak macam nervous ja. Nak pergi interview?" Iskandar menebak.
"Nampak sangat ka nervous aku ni?" Arissa gumam dalam hati.
"Haah, ni nak pergi interview"
"Good luck dengan interview ni, semoga awak dapat kerja" Iskandar memberi kata-kata semangat kepada Arissa.
"Terima kasih Megat." Arissa berterima kasih.
Iskandar gelak.
"Kenapa awak gelak?" Arissa bingung.
"Saya gelak sebab tak pernah orang lain panggil saya Megat selain ibu bapa saya"
"Oh patut lah" Arissa baru faham.
"Saya panggil awak Iskandar ja la. Rasa kekok pulak kalau saya sorang ja yang panggil awak Megat"
"Haha, it's okay la"
"Oh maaf, saya lupa nak kenalkan diri saya. Saya Arissa Sofea"
"Sedap nama awak. Saya paggil Sofea ja la. Nama sesuai dengan orangnya"
"Ikut yang mana-mana selesa dengan awak" Arissa tidak cerewet dengan cara orang mahu memanggilnya.
YOU ARE READING
𝐇𝐀𝐑𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙: 𝐌𝐲 𝐋𝐢𝐦𝐢𝐭𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞
RomanceSeorang CEO yang secara tidak sengaja jatuh cinta dengan pembantu peribadinya. "Encik ni dah gila ke?" Arissa "Haah, aku gilakan kau" Harriz Setelah mendirikan rumah tangga, mereka mempunyai kehidupan yang indah namun kadang kala rumah tangga mere...