Author's Note:
Asalnya memang kisah Ustaz Wardi ni dua bahagian sahaja sebab penulis tengah bertungkus lumus mencuba menyiapkan cerita lain. Tapi penulis terkantoi dengan kawan baik yang entah macam mana dia boleh teka dengan tepat siapa penulis kisah Ustaz Wardi ni. Tetapi yang kelakarnya, dia pun kantoi lah jugak sebab dia baca kisah Ustaz Wardi ni. In the end, sama-sama gelak cambodo sebab dua-dua kantoi bernaluri songsang. Hahaha. Adoi. Bermula dari sini, kawan baik penulis punya lah pujuk supaya buat 'Special Edition' untuk Ustaz Wardi ni sebab katanya suka sangat dia dengan watak Encik Bakhtiar dan Ustaz Wardi tu. So, abang cuba lah ya bagi 1 episod istimewa untuk Ustaz Wardi ni. Taktau lah ada ke tak peminat virtual cerita ni dekat Wattpad sebab vote pun ala kadar je. Tak apa lah, minat punya pasal abang lenjankan saja. Bro, ni untuk kau. Selamat membaca.
======================================
Badrun: Abah, Bad pegi dulu ya. Lepas ni Bad dah jarang balik Malaysia dah tau. Bad nak focus exam nanti. Tapi kalau abah, Baz dengan abang Di nak datang Scotland bagitau lah.
Aku: Ya, okay. Kalau abah tak ada apa-apa nanti, adik cuti sekolah, abang Di pun boleh cuti, kami pi lah tengok Bad kat sana nanti. Bad jaga diri elok-elok dekat sana please. Tak cukup duit kalau, bagitau abah. Mak pun next week nanti nak pegi sana jugak kan?
Badrun: Ha'ah, mak hari Selasa depan dia fly.
Aku: Okay lah kalau macam tu. Dah, pi masuk. Nanti kelam kabut nak kejar flight tu pulak. Pergi lah tunggu kat dalam terus.Aku terus memeluk anak sulungku yang kini sudah memasuki alam dewasa. Badannya juga sudah mula berotot namun dia tidak mahu terlalu berotot seperti aku, ingin mengikuti jejak langkah seperti abang Wardinya katanya, lean dan fit. Yalah, sekarang semua nak ikut dan jadi macam abang Wardi mereka. Aku redha walaupun ada sedikit cemburu, nasib baik insan yang bernama Wardi itu adalah orang yang telah bertakhta di hatiku selama lima tahun. Aku peluk Badrun dengan erat menandakan aku teramat sayang dengan anakku yang sulung ini. Kedua-dua puteraku amat aku sayangi namun Badrun adalah insan yang pertama melayakkan aku digelarkan sebagai seorang bapa di muka bumi ini, walaupun hakikatnya aku ni bukanlah lelaki yang 'normal'. Ini juga bukan kali pertama Badrun akan berlepas ke negara Scotland kerana dia sekarang sudah berada pada tahun ketiga sebagai seorang pelajar perubatan di University of Edinburgh. Namun, aku masih tidak mampu mengawal air mataku tatkala memeluknya sebelum berpisah pada pintu Imigresen di lapangan terbang KLIA ini. Sebak dadaku melihat anak bujangku yang sudah melonjak dewasa dan semakin tampan ini. Raut wajah Badrun lebih mengikut seperti bondanya, begitu juga dengan ketinggiannya yang tidak terlalu tinggi namun kulitnya yang hitam manis, perangai serta kecerdasan otaknya amat mirip sepertiku. Mungkin tahap kecerdasan otaknya lebih hebat daripadaku, ia dibuktikan dengan pencapaian akademiknya sejak di bangku sekolah rendah lagi sehinggalah dia berjaya diterima sebagai pelajar University of Edinburg dalam bidang perubatan.
Bad: Ala, abah jangan lah sedih. Bad kan selalu video call abah.
Aku: Eh, mana ada abah sedih. Memandai je Bad ni.
Wardi: Abah Bad ni kan memang sensitif orangnya. Tak apa lah bang, kalau ada rezeki, kita pi lah tengok Bad lagi kat sana ya?Sempat aku menjeling tajam ke arah Wardi di sebelah kiriku sebelum mengesat air mata yang sudah mula terjatuh dari kelopak mataku. Badrun kembali memeluk badanku dan mencium kedua pipiku sebagai tanda dia amat menyayangi ayahnya ini. Makin deras pula air mata ini mengalir.
Baz: Eh, makin kuat pulak abah ni menangis. Dah macam first time abang Bad nak fly, abah ni.
Aku: Yelah, yelah! Abah stop menangis. Dah, dah, pi masuk dalam. Nanti kena tinggal flight, Bad bayar sendiri, abah tak nak bayar. Bye!Badrun, Bazli dan Wardi terus ketawa serentak dengan kenyataanku. Walaupun aku sedikit beremosi, namun aku bersyukur dengan di mana aku berada sekarang.
Bad: Bad pergi dulu ya, abah. I love you, Bah. Abang Di, mintak tolong tengokkan abah dan Baz ya. Baz, kau jangan nak mengada sangat perangai tu eh? Jangan peningkan abah dan abang Di kau ni.
Aku: Okay, I love you too, Bad.
Wardi: Baik, in shaa Allah. Jaga diri kat sana, jangan lupa solat 5 waktu ya Bad.
Baz: Ishh, sebok je lah abang ni. Biarlah Baz nak mengada dengan abang Di pulak. Sapa suruh belajar jauh-jauh. Padan muka abang.
![](https://img.wattpad.com/cover/368582214-288-k128212.jpg)
YOU ARE READING
USTAZ WARDI [18SX - COMPLETED]
Short StoryKisah pendek ini mengisahkan tentang seorang duda, Bakhtiar, yang telah bercerai dan mempunyai dua orang anak lelaki. Duda ini dikurniakan dengan kerjaya yang hebat iaitu seorang peguam korporat terkemuka di Kuala Lumpur dan berlatar belakangkan per...