BAHAGIAN 1

1.9K 17 0
                                    

Aku seorang duda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Anak sulung aku berumur 16 tahun dan anak bongsu aku pula berumur 9 tahun. Aku telah bercerai dengan bekas isteri aku selama hampir 3 tahun. Perceraian kami berakhir dengan persetujuan persefahaman antara kami berdua. Walaupun aku sudah mempunyai dua orang zuriat bersama bekas isteriku, namun lambat laun perkahwinan palsu yang pada asalnya ingin mengaburi mata ahli keluarga, sahabat handai serta masyarakat Melayu secara umumnya mengenai orientasi seksual diri aku ini, telah memakan diriku sendiri. Ya, aku adalah lelaki yang bernaluri homoseksual dan aku sangat tertarik dengan jantina sejenis. Atas penampilan yang sangat maskulin serta berpewatakan macho, tiada siapa yang mengesyaki naluri songsang aku ini.

Setelah hampir 14 tahun melayari bahtera palsu rumah tangga bersama bekas isteri aku, aku sudah tidak mampu untuk meneruskan wayang ini bersamanya. Aku akui, aku hanya melakukan hubungan seksual bersama bekas isteri aku secara terpaksa, atas niat untuk mendapatkan zuriat. Hubungan intim kami juga dapat dihitungkan dengan jumlah jari di tangan dan kaki kami. Timbul sedikit penyesalan dalam diri aku kerana bukan sahaja aku telah menyeksa diri aku, malah aku juga secara langsung telah menyeksa batin bekas isteri aku dengan tidak memberi layanan batin yang selayaknya ketika dia masih bergelar isteri aku. Hubungan seksual yang aku berikan kepadanya, cukup hanya asas untuk aku memasukkan zakar aku ke dalam farajnya dan menitiskan benih air mani aku. Tiada yang istimewa hubungan seksual kami dahulu kerana fantasi minda aku masih membayangkan aku sedang bersama dengan seorang lelaki. Atas seksaan batin yang berpunca daripada diri aku, bekas isteri aku sudah mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan diri aku. Akhirnya, setelah bertahun lamanya hubungan kelamin kami dingin setelah mendapat dua zuriat lelaki, aku membuat pengakuan berani mati yang tepat ke muka bekas isteri aku bahawa aku tidak pernah merasakan cinta mahupun bernafsu terhadapnya, dan jiwa aku adalah jiwa homoseksual secara menyeluruh. Bekas isteri aku seakan lega mendengar pengakuan aku walaupun ianya amat sedih untuk diterimanya. Setelah kami bersetuju untuk bercerai, anak sulung aku telah memilih untuk mengikut aku kerana umurnya sudah melebihi umur mummaiyyiz (lebih 7 tahun) dan bekas isteri aku mendapat hak penjagaan penuh ke atas anak bongsu aku. Namun, perceraian kami tidak lah keruh kerana kami masih dalam perhubungan yang baik demi masa hadapan kedua anak lelaki kami, jadi, walaupun dalam kertas mahkamah menyatakan bahawa aku menjaga sepenuhnya anak sulung dan bekas isteri menjaga sepenuhnya anak bongsu, kedua anak-anak aku bebas memilih untuk tinggal di rumah aku atau ibu mereka. Selalunya, kedua anak aku lebih kerap tinggal bersama aku dan bekas isteri aku tidak kisah akan hal ini kerana aku amat menyayangi anak-anak aku. Walaupun sudah bercerai, aku adalah seorang ayah yang sangat bertanggungjawab terhadap anak-anak aku dan hubungan aku bersama mereka tersangatlah akrab. Namun, aku dan bekas isteri aku bersetuju untuk tidak memberitahu punca sebenar penceraian kami kepada anak-anak kerana bekas isteri mahu anak-anak kami untuk hormat dan sayangi aku sebagai bapa kandung mereka. Baginya, naluri homoseksual aku adalah aib yang wajib ditutup daripada sesiapa. Aku bersyukur dan amat terharu dengan kemurnian suci hatinya walaupun dia sudah bergelar sebagai bekas isteri aku.

Selain memiliki rupa maskulin yang macho, berbadan sasa dan lean, aku juga dikurniakan memiliki otak yang pintar dan berkerjaya sebagai seorang peguam korporat yang bertauliah di salah sebuah firma guaman yang terkemuka di Kuala Lumpur. Pada mata masyarakat umum, aku adalah seorang lelaki yang berjaya dari segala segi, namun, aku tahu aku bukanlah sempurna di atas jiwa aku yang tidak mampu untuk membahagiakan kaum hawa. Dari segi kewangan, aku memiliki lebih dari mencukupi dan aku juga bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini. Mendiami di sebuah unit penthouse kondominium mewah yang terletak di Bangsar dan juga memiliki 3 buah kereta mewah, imej aku sebagai seorang peguam lelaki Melayu terkemuka amat disegani ramai.

Walaupun aku dilimpahi dengan pelbagai kemurahan rezeki, aku akui bahawa aku bukanlah lelaki Muslim yang warak kerana aku masih kalah dengan ujian terbesar pada diri aku iaitu bernafsu kepada kaum sejenis. Seperti yang dinyatakan tadi, dari pandangan luar, aku tampak cukup sempurna. Fizikal aku yang menawan, kewangan yang kukuh, harta benda yang mewah, malah aku juga adalah seorang lelaki Muslim yang tidak pernah mengabaikan hukum wajib seorang umat Islam. Segala perintah Islam kepada umatnya hampir semuanya aku dapat turuti, namun, setakat ini menunaikan haji sahaja yang belum dapat aku tunaikan. Mungkin ini juga kifarah ke atas diri aku yang masih mengamalkan hubungan sejenis, maka semewah mana pun kehidupan aku, jemputan haji masih belum datang kepada aku.

USTAZ WARDI [18SX - COMPLETED]Where stories live. Discover now