"Ish macam mane ni!" Seorang kanak kanak lelaki sedang memundar mandir, kesana kesini sambil memikir. Muhammad Ariel Danish bin Kamarul yang berumur 10 tahun.
"Abang Ngah ni kenapa? Kesana kesini. Duduk diam - diam boleh tak." Seorang lagi kanak kanak perempuan yang sedang bermain dengan mainan berkata. Puteri Nur Amiesya Nalieya binti Kamarul yang berumur 6 tahun.
"Abangah tengah risau!" Balas Ariel. "Kenapa?" Soal Nalieya. "Abang Ngah dah janji dengan kawan abangah untuk main sama - sama petang ni tapi mama dengan papa suruh abangah jaga adik. Nanti karang adik kacau abanglong pula. Abanglong tu dahla kena belajar" jawab Ariel.
Nalieya hanya diam. "Ish mana ada adik kacau abanglong!" Kata Nalieya. Ariel Danish menjeling Nalieya. "Ceh, menipu je lebih."
"Hm...apa Kata abangah pergi pujuk abanglong? Abangah bawa lah adik sekali!" Kata Nalieya sambil tersenyum lebar. Matanya juga dikelip - kelip kan. Ariel Danish menjeling sebelum menghembus nafas perlahan.
"yela.."
..
Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.
"Abanglong..?"
"Hm? Kenapa?" Jawab seorang lagi lelaki. Muhammad Arien Danial bin Kamarul yang berumur 14 tahun. Arien Danial sedang membuat kerja sekolah dan ulang kaji."Abangah nak bawa adik pergi main kat taman? Abangah dah janji dengan kawan abangah..." Kata Ariel. "Hm.." balas Arien. Ariel tersenyum lebar. "Jaga adik elok - elok" kata Arien lagi. Ariel mengangguk laju. "Terima kasih abanglong" setelah ucapkan kata itu, dia terus berlari keluar dari bilik abangnya itu.
"Eya! Jom! Abanglong bagi!" Jerit Ariel. Nalieya tersenyum lebar. "Yey!".
..
"Hey adik...nama awak siapa?" Soal Iqmal Shafeeq. Nalieya bersembunyi di belakang badan abangnya sambil meninjau sedikit.
"Nama kita Amiesya Nalieya...panggil kita-" "Panggil dia budak kuat nangis" Ariel mencelah. Nalieya membuat muka marah nya. "Ish! Mana ada! Eya tak kuat nangis pun lah!" Marah Nalieya. Mukanya digarangkan. Ariel tersenyum sinis. "Eleh tak kuat nangis konon! Haritu abangah using sikit pun dah melalak" Kata Ariel sebelum mencuit pipi bulat adiknya.
Nalieya muka mencebik. Air Mata mula mengalir di pipi. Ariel dab Iqmal sudah mula cuak.
Nalieya menangis teresak - esak. Ariel memeluk adiknya itu. Memujuk. "Sorry...abangah minta maaf.." pujuk Ariel lembut sambil mengusap rambut adiknya.
Iqmal hanya memerhati kedua beradik itu. Tetapi...matanya jatuh kepada wajah Nalieya yang basah dan Merah akibat menangis. Tanpa Iqmal sedar.....satu senyuman menghiasi wajahnya
"Comel...."
Vote !
Hye. Ni cerita yang ketiga. Author
nak inform awal ii. Idea ni bukan fully dari author tapi dari kawan baik author.Author sayang semua.
YOU ARE READING
Cinta Mati Ku
RomancePuteri Nur Amiesya Nalieya Seorang gadis cantik yang mempunyai 2 orang abang dan 1 abang angkat iaitu kawan baik abangnya yang dianggap seperti abang sendiri. Mereka sangat rapat seperti adik beradik. 'Tetapi nasib malang menimpa..pada umurnya 10 ta...