"Assalamualaikum.." Puan Arila Nuzul memberi salam sebelum masuk ke rumah.
"yey! Mama dah balik!" Nalieya menjerit riang. Berlari pergi memeluk ibunya. Puan Nuzul mendukung anak perempuannya itu. "Hye sayang mama..."
"Mama! Hrini abangah bawak Eya pergi taman!-"
Membulat mata Ariel Danish
"Amiesya Nalieya! Abangah dah cakap kan jangan bagitahu mama!"
"Ups..." Nalieya menutup mulutnya
Puan Nuzul memandang Ariel tajam. "Kenapa bawak adik main kat luar?" Soal Puan Nuzul sambil meletakkan Nalieya ke atas sofa. Ariel hanya tunduk.
"Riel dah janji dengan kawan riel..." Kata Ariel perlahan. "Kawan yang mana satu?" Soal Puan Nuzul. "Iqmal Shafeeq..." Jawab Ariel. "Anak Pakcik Zairi tu ke?" Soal Puan Nuzul. Ariel mengangguk.
Puan Nuzul diam. "Kenapa tak ajak dia ke rumah?" Soal Puan Nuzul. "Dia ada hal lain..." Jawap Ariel. Puan Nuzul mengangguk. "Yelah.." Katanya.
Ariel memandang ibunya sambil tersenyum."Papa mana?" Soal Arien yang baru tiba di ruang tamu. "Papa ? Papa Ada kat luar tengah tengok tayar, tadi macam ada terlanggar something.." jawab Puan Nuzul.
..
Esoknya. 5:30 petang.
"Assalamualaikum...Ariel..." Iqmal Shafeeq memberi salam sambil mengetuk pintu. "Waalaikumussalam..." Puan Nuzul membuka pintu dan melihat Iqmal Shafeeq. "Siapa tu ma?" Soal Encik Kamarul yang sedang minum petang.
"Kawan Ariel.." jawab Puan Nuzul."Awak ni Iqmal Shafeeq ya?" Soal Puan Nuzul sambil tersenyum kearah Iqmal Shafeeq. Iqmal mengangguk.
"Mehla masuk.." Jemput Puan Nuzul. Iqmal mengangguk dan memasuki ke dalam rumah.Nalieya yang sedang menonton my little pony itu terus menoleh. Dia tersenyum. "Hye abang Iqmal!" Sapa Nalieya sambil melambaikan tangannya. "Hye Eya.." Iqmal tersenyum lalu duduk disebelah Nalieya.
"Kenapa abang datang sini? Nak jumpa Eya eh?.." Kata Nalieya sambil tersenyum polos. Iqmal Shafeeq tersenyum. "Abang nak ajak abangah Eya main bola.." jawab Iqmal Shafeeq.
'tapi..nak jumpa Eya tu pun salah satu sebabnya juga..' Kata hati Iqmal Shafeeq.
Puan Nuzul dan Encik Kamarul tersenyum melihat mereka berdua.
Ariel turun dari tingkat atas dan melihat Iqmal Shafeeq sedang berborak mesra bersama Nalieya.
Nalieya melihat abangnya yang sedang turun dari anak tangga. "Abangah! Abang Iqmal datang lah! Dia nak ajak abangah main bola.." Kata Nalieya. Ariel mengangguk "abangah tahu.." balas Ariel.
Arien yang berada di meja makan hanya diam sahaja melihat adik - adiknya itu.
"Mama, Papa....Riel pergi main bola dengan Iqmal bole?" Soal Ariel kepada ibubapa nya. Puan Nuzul dan Encik Kamarul mengangguk. "Bole tapi jaga diri elok - elok. Faham?" Kata Encik Kamarul. Riel senyum dan mengangguk.
Ariel dan Iqmal Shafeeq ingin keluar dari rumah. Nalieya hanya memandang kearah mereka berdua sambil memuncung. "Eya nak ikut bole..?" Soal Nalieya. Terhenti langlah Iqmal dan Ariel. Mereka menoleh kearah Nalieya yang sedang menyangkung.
"No. Eya kena ikut mama dengan papa pergi kenduri." Kata Puan Nuzul.
Nalieya sudah ingin menangis. Iqmal yang melihat itu terus melangkah kearah Nalieya. Dia mengusap rambut Nalieya. "Nanti abang dengan abangah bawak Eya okay? Abang janji." Kata Iqmal sambil memberikan jari kelengking nya untuk disatukan dengan jari kecil Nalieya. Nalieya tersenyum dan menyambut jari Iqmal. "Pinky pwomis!"
Jari mereka bersatu.
Vote !
Nalieya waktu dia sedang menyangkung untuk memujuk abangnya supaya dapat ikut ke taman untuk bermain bersama. Tetapi dia perlu mengikuti majlis perkahwinan kawan ibunya.
YOU ARE READING
Cinta Mati Ku
RomancePuteri Nur Amiesya Nalieya Seorang gadis cantik yang mempunyai 2 orang abang dan 1 abang angkat iaitu kawan baik abangnya yang dianggap seperti abang sendiri. Mereka sangat rapat seperti adik beradik. 'Tetapi nasib malang menimpa..pada umurnya 10 ta...