Jika tidak serius,
Tak usah hadir
Menambah luka di hatiJika tidak serius,
Tak usah memberi harapan
Yang akhirnya membuat aku lekaJika tidak serius,
Tak usah mendekat
Seolah olah kau juga punya rasa yang samaAku kecewa yang teramat
Aku kira kau berbeza dengan yang pernah hadir sebelum ini
Aku kecewa
Aku ikhlas sukakan kau
Tapi kau hanya hadir sebagai luka yang menusuk tepat dalam hati aku
Entah dimana silapnya,
sehingga kau berubah begitu sekali atau mungkin memang begitu sikap dan peribadimu yang sebenarKini, Allah sudah tunjukkan segalanya kepada aku tentang kau
Aku mempunyai rasa yang kuat kepada kau
Sehingga aku kira kau lah takdir ku
Tetapi sangkaan ku melesetI really thought you're the one for me
but actually you're notRupanya kau hadir hanya sebagai ujian bukan takdir
Aku diuji sekali lagi dengan perasaan ini
Perasaan kagum terhadap kau"Mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkan terlerai tanpa ikatan" - Cinta Terakhir, Aiman Salim
Ya, aku adalah seseorang yang suka dalam diam sehingga lah aku tahu sesuatu kebenaran yang membuatkan aku hilang perasaan kepada kau
'Suka dalam diam sehingga perasaan itu lenyap dengan sendirinya'
Ya, itulah aku
Kerana apa ?
Kerana aku tidak ingin terlibat dalam hubungan haram yang sudah menjadi kebiasaan pada zaman kini
Biarlah hanya Allah saja yang tau betapa kagum nya aku terhadap kau
Biar juga Allah yang tunjukkan kepada aku sama ada kau adalah 'orangnya' ataupun tidak
'Allah tidak akan menghapus perasaan kita kepada seseorang jika seseorang itu layak untuk kita'
Terkadang Allah hadirkan seseorang untuk kita hanya sebagai ujian
Aku percaya,
Allah pertemukan kita dengan seseorang bukan tanpa sebabAllah pertemukan kita dengan seseorang kerana Allah ingin kita mengenal seseorang itu
Mungkin sebagai Ujian, untuk kita lebih perbaiki diri kita kearah yang lebih baik ?
Dan bukan sebagai Takdir.
Walaupun susah untuk terima pada mulanya, aku tetap terima dengan redha bahawa kau bukan untuk aku.
Aku yakin dengan perancangan Allah
Akan adanya seseorang yang Allah akan hadirkan untuk kita pada masa yang tepat
We just need to have faith and sabr
Walaupun sisa rasa ini masih ada,
Aku akan cuba menyibukkan diri
agar tidak terbuai dengan perasaan tidak berguna iniTerima kasih kerana sudah menjadi antara insan yang menjadi penyebab proses untuk aku perbaiki diri kearah yang lebih baik
Terima kasih juga kerana menjadi penyebab aku ingin menutup pintu hati aku untuk sesiapa pun selepas ini
Terima kasih Mr. Z
YOU ARE READING
Hidden Feelings
RandomHidden Feelings by QueInaa Luahan hati seorang remaja di alam universiti Senyum hanya untuk menutup luka - real life experience