Tentang Dia

3 0 0
                                    

Jika tidak serius,
Tak usah hadir
Menambah luka di hati

Jika tidak serius,
Tak usah memberi harapan
Yang akhirnya membuat aku leka

Jika tidak serius,
Tak usah mendekat
Seolah olah kau juga punya rasa yang sama

Aku kecewa yang teramat

Aku kira kau berbeza dengan yang pernah hadir sebelum ini

Aku kecewa

Aku ikhlas sukakan kau

Tapi kau hanya hadir sebagai luka yang menusuk tepat dalam hati aku

Entah dimana silapnya,
sehingga kau berubah begitu sekali atau mungkin memang begitu sikap dan peribadimu yang sebenar

Kini, Allah sudah tunjukkan segalanya kepada aku tentang kau

Aku mempunyai rasa yang kuat kepada kau
Sehingga aku kira kau lah takdir ku
Tetapi sangkaan ku meleset

I really thought you're the one for me
but actually you're not

Rupanya kau hadir hanya sebagai ujian bukan takdir

Aku diuji sekali lagi dengan perasaan ini
Perasaan kagum terhadap kau

"Mungkinkan terputus di tengah jalan, mungkinkan terlerai tanpa ikatan" - Cinta Terakhir, Aiman Salim

Ya, aku adalah seseorang yang suka dalam diam sehingga lah aku tahu sesuatu kebenaran yang membuatkan aku hilang perasaan kepada kau

'Suka dalam diam sehingga perasaan itu lenyap dengan sendirinya'

Ya, itulah aku

Kerana apa ?

Kerana aku tidak ingin terlibat dalam hubungan haram yang sudah menjadi kebiasaan pada zaman kini

Biarlah hanya Allah saja yang tau betapa kagum nya aku terhadap kau

Biar juga Allah yang tunjukkan kepada aku sama ada kau adalah 'orangnya' ataupun tidak

'Allah tidak akan menghapus perasaan kita kepada seseorang jika seseorang itu layak untuk kita'

Terkadang Allah hadirkan seseorang untuk kita hanya sebagai ujian

Aku percaya,
Allah pertemukan kita dengan seseorang bukan tanpa sebab

Allah pertemukan kita dengan seseorang kerana Allah ingin kita mengenal seseorang itu

Mungkin sebagai Ujian, untuk kita lebih perbaiki diri kita kearah yang lebih baik ?

Dan bukan sebagai Takdir.

Walaupun susah untuk terima pada mulanya, aku tetap terima dengan redha bahawa kau bukan untuk aku.

Aku yakin dengan perancangan Allah

Akan adanya seseorang yang Allah akan hadirkan untuk kita pada masa yang tepat

We just need to have faith and sabr

Walaupun sisa rasa ini masih ada,
Aku akan cuba menyibukkan diri
agar tidak terbuai dengan perasaan tidak berguna ini

Terima kasih kerana sudah menjadi antara insan yang menjadi penyebab proses untuk aku perbaiki diri kearah yang lebih baik

Terima kasih juga kerana menjadi penyebab aku ingin menutup pintu hati aku untuk sesiapa pun selepas ini

Terima kasih Mr. Z

 Z

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hidden FeelingsWhere stories live. Discover now