06.

29 11 3
                                    

"Liz, kalau aku kata yang aku buat baik selama ni sebab aku sayangkan kau... kau percaya tak?"

Semestinya dia berbelah-bahagi untuk percaya. Kerana kata-kata Jeongwoo yang langsung tidak disangka itu, dia bertindak untuk meninggalkan lelaki itu sendirian di tangga beranda- masuk ke dalam rumahnya tanpa mengucapkan apa-apa.

Apabila difikirkan semula, dia rasa yang tindakan dia membuatkan perbualan mereka tergantung adalah suatu yang bodoh. Dia merasakan yang tindakannya itu hanya memberi kekecewaan kepada Jeongwoo, seterusnya membuatkan lelaki itu terfikir jika dirinya ditolak bulat-bulat.

Kini, dia dikejar dengan perasaan serba salah. Tidak kurang juga dengan perasaan aneh apabila Jeongwoo tiba-tiba menyatakan sebab sebenar mengapa dia sering berbuat baiknya padanya.

Bukankah itu sekadar satu alasan saja?

Wajahnya diraup kasar. Entahlah, dia tidak tahu mahu fikir dan rasa apa sekarang ini.

Rasa mahu menangis, tetapi air mata sudah kering.

Ingin beremosi, namun jiwanya seperti sudah kosong.

Ya, dia kini seperti kehilangan arah.

Dia keliru.

Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Liz?"

Lamunannya terhenti begitu sahaja. Lelaki yang menyapanya terus melabuhkan punggung pada kerusi- berhadapan dengannya di sudut terpencil perpustakaan itu.

Sekarang waktu rehat. Liz memang tak ada selera nak makan, dan kerana itulah dia memilih untuk pergi ke sini. Tiada duit untuk beli makanan juga merupakan salah satu sebab mengapa dia ada di sini.

Tetapi, tak sangka pula dia dicari.

Akan sentiasa dicari.

"What brings you here?"

"You."

Buku yang ada di atas meja ditutup. Dia tidak mahu terus berada di situ. Tanpa berkata apa-apa lagi, buku yang tadi dibacanya dicapai. Dia terus bangun dan ingin melangkah pergi. Namun, dia terhenti setelah lelaki tadi meraih pergelangan tangannya.

"I just wanted to have you Liz. Even for just a moment."

Liz dan Jeongwoo saling bertentang mata- pandangan mata Jeongwoo tersirat dengan harapan, sedangkan pandangan mata Liz kosong, tidak terkesan dengan butir bicara yang terlontar di bibir lelaki itu.

"Kau... kau betul-betul tak boleh terima aku ke Liz?"

Liz pejam mata. Baginya, itu adalah soalan yang paling berat sekali untuk dijawab.

"Liz, can you answer me?"

"..."

"Liz, do you ever trust my sincerity towards you?"

"..."

"Liz-"

"Jeongwoo, boleh bagi aku masa?"

"Tapi-"

"Please, I need some time more. To think."

Liz ingin berganjak, namun Jeongwoo semakin menggenggam erat pergelangan tangannya. Ada air mata yang bergenang di pipi lelaki itu, namun tidak diketahui oleh Liz.

I am just afraid of losing you.

Again.

"Jeongwoo, lepaskan aku."

Dengan hati yang berat, dia akhirnya melepaskan pergelangan tangan gadis itu. Dia langsung tidak menghantar kepergian gadis itu- memilih untuk menghamburkan tangisan, tanpa ada sesiapa yang hadir untuk memujuknya.

sincerity.Where stories live. Discover now