Adulthood?

0 0 0
                                    

Tahun demi tahun berlalu.

Tiada siapa yang persiapkan aku dengan realiti kehidupan.

Realiti menjadi seorang dewasa.

Dewasa itu pahit.
Dewasa itu sakit.
Dewasa itu perit kerana hidup kini bagaikan tersepit.

Jiwa kanak-kanak aku bagaikan sentiasa menjerit,
menjerit meminta untuk dilepaskan dari sakit.
Sakit yang setiap hari menjerut leher.
Sakit yang datang melemaskan diri,
sakit yang saban hari membuat aku terfikir.
Terfikir bila aku mahu bangkit.

Jiwa kanak-kanak aku meronta,
meronta meminta untuk bebas.
Bebas menjadi diri sendiri yang sentiasa disembunyi.
Bebas dalam mencari kebahagiaan diri.
Bebas menjadi diri aku yang dahulu.
Aku yang dulu yang tiada kerisauan,
Aku yang dengan hal dunia tidak ralit

Tapi keinginan tak semesti menjadi kenyataan.
Kenyataannya selalu terhalang dek realiti kehidupan.
Realiti kehidupan yang bak pemberat,
menekan dan menahan diri dari terus kedepan.
Realiti kehidupan yang buat aku sedar,
ah...
Hidup ini sukar.
Hidup ini jika mahu senang,
usaha harus memanjang.

Hidup dan kenyataan menjadi seorang dewasa sungguh membunuh.
Membunuh segala rasa yang jujur dari dalam hati.
Membunuh segala angan-angan yang datang dari dalam diri.
Membunuh jiwa raga yang masih mahu dijagai, dihargai, dan disayangi.

Tapi apakan daya, diri sebenar seorang hamba ini perlu disembunyi,
perlu disimpan jauh di dalam benak jiwa dan hati.
Tiada lagi insan yang mampu menjadi tempat selamat bagi diri.

Otak sering mengingatkan dalam hati,
wahai diri,
kau kena kuat sendiri.
Tidakkan ada orang yang mampu ada disisi sampai akhir hari.
Hanya mampu meminjam kekuatan untuk hadap sehari-hari, dari Illahi.

Duhai hati, jangan bersedih.
Sentiasa diingati, bahawasanya dunia ini bukan eterniti.
Melainkan hanya tempat persinggahan buat manusiawi.
Ayah selalu ingatkan nabi kata, orang yang bijak itu adalah orang yang mengingati mati.

Duhai hati, pujuklah diri.
Memang hari hari ini penuh sunyi.
Tapi Allah dah janji,
mati itu pasti.
Akhirat sentiasa menanti.

Duhai diri, jangan kau lupa.
Dunia ini sementara,
syurga itu selamanya.
Diri pastikan terjaga sampai ke akhirnya.

Kata-kata dalam hati hanya mampu diulang saban hari.
Diulang demi menetapkan hati,
menetapkan hati untuk terus tabah dan berani.
Untuk sentiasa berani menjaga diri, untuk diri.
Untuk menuntut janji Illahi,
dimana orang yang sabar itu pasti diganjari.

Sabar ya duhai diri.
Dewasa itu pasti.
Sabar itu bukan semua mampu memujuk hati.
Tidak akan ada usaha yang sia-sia,
kerana Allah sentiasa memerhati.

Sabar ya duhai raga.
Menjadi kuat itu, bukan untuk semua.
Muhammad juga pernah bersedih,
dipujuk Allah untuk terus percaya.
Allah tidak kejam dengan hambanya,
dengan hambanya yang sentiasa bersabar dan redha dengan takdirnya.

Janji Allah itu pasti.

Redha,

Insyaallah,

Allah akan tunjuk semua jalan dan jawapan yang dicari.

In the end,
untuk masuk ke syurga yang abadi,
redha Allah itu perlu dicari.

- nukilan hati seorang Hanni

HUNNY🐣Where stories live. Discover now