👑 3

106 27 1
                                    

“ehem” Daena Ifarina yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, langkahnya terhenti apabila mendengar seseorang yang sedang berdehem ke arahnya.

“Papa? Mama?” Daena terkedu apabila melihat orang tuanya sedang berdiri menghadap ke arahnya.

“dah malam baru nak balik?” soal Puan Daima sambil memeluk tubuhnya sendiri. Daena hanya diam membisu, dia menundukkan pandangannya pada lantai. Tidak berani mahu bertentang mata dengan orang tuanya.

“Daena pergi mana?” soal Tuan Iffat. Senyum tidak, marah pun tidak. Wajah lelaki itu hanya tenang tidak berperasaan.

Diam..

“papa tanya kau pergi mana” herdik Puan Daima apabila anak perempuannya hanya diam tidak menjawab soalan yang dituju.

“ke-kerja” jujur Daena ketakutan. Dia tahu mereka berdua akan memarahi dirinya apabila balik pada lewat malam.

“kerja? Kerja apa sampai tengah malam? Selama ni bole aje kau balik sebelum maghrib.” herdik ibunya lagi. Puan Daima melangkah laju ke arah Daena. Daena memejam matanya buat seketika.

“Daena sambung shif malam!” ujar Daena seraya memejamkan rapat matanya. Dia tahu ibunya hendak memukulnya lagi.

“siapa yang izinkan kau kerja sampai lewat malam?” Puan Daima menggenggam kuat sanggul anaknya yang berada di sebalik tudung yang di pakai olehnya, kini kepala Daena mendongak ke atas akibat sanggulnya yang di tarik kuat oleh ibunya. Daena Ifarina hanya diam. Riak wajahnya pun hanya tenang.

"aku tanya ni!” herdik Puan Daima. Bahu Daena sedikit terhinjut apabila ibunya menengking kuat terhadap dirinya. Tambah pula jarak antara mereka sangat dekat.

Daena merasakan bahwa jantungnya sedang berdegup laju dengan secara tiba tiba.

“tak cukup ke duit yang pernah aku bagi pada kau sampai kau nak kerja sampai lewat malam?!” herdik Puan Daima lagi. Dia melepaskan genggaman itu dengan kasar menyebabkan jarak Daena dengannya sedikit bertambah.

“adik kau boleh je hidup dengan duit yang aku bagi! Kenapa kau macam dah terlalu miskin sampai nak kerja sampai malam?!” dingin Puan Daima.

Daena Ifarina memegang dadanya yang sedang berdegup dengan laju. Dia perasan bahawa kebelakangan ini dadanya sering berdegup dengan laju walaupun dia langsung tidak melakukan aktiviti senaman. Dalam pada masa yang sama, dia juga sering merasakan bahwa dia sukar untuk bernafas dan tidak senang duduk.

Air mata Daena perlahan lahan membasahi pipinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis. Dia sudah terlalu biasa dengan perkara seperti ini. Jadi kenapa dia perlu bazirkan air mata lagi?

“ya allah, kuatkan aku ya allah” bisik Daena dalam hati. Dia menggenggam kuat baju di bahagian dadanya akibat menahan sakit yang dirasakan pada dadanya, dia menarik nafas dalam agar dirinya tenang seperti sedia kala.

Puan Daima dan Tuan Iffat hanya diam seraya mengerutkan dahi apabila memandang ke arah anak perempuannya yang sedang menahan kesakitan.

Tangisan Daena kita memecah suasana sunyi itu. Dia tak tahan lagi! Dia perlukan air mata untuk terus kuat.

Daena menoleh ke arah orang tuanya. Dia terkedu. Ke dua orang tuanya sedang memerhati ke arahnya.

Daena berlari anak menuju ke arah biliknya. Air mata yang masih membasahi pipinya membuatkan dia tidak boleh berdiam lama di situ. Dia tidak mahu ibu dan bapanya melihat keadaan dia yang seperti ini. Walaupun mereka langsung tidak mengambil peduli tentang dirinya, dia tetap tidak mahu orang tuanya melihat diri dia yang sedang berada dalam keadaan yang sebegini.

YOU ARE THE ONLY ONE | CWhere stories live. Discover now