Her Smile, Zayn Elias | 5

36 1 0
                                    

HAMPIR berminggu-minggu juga Ziya tidak menjejakkan semula kaki di stadium itu semata-mata tidak mahu bertemu Zayn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAMPIR berminggu-minggu juga Ziya tidak menjejakkan semula kaki di stadium itu semata-mata tidak mahu bertemu Zayn. Peristiwa malam itu masih lagi segar di kotak fikiran.

"Menggatal tu kau je Jelita. Kalau aku tak tarik tangan kau, kaki kau pun bukannya boleh gerak." Muka Zayn membeku. Dia sudah selamatkan Ziya, tup-tup dia pula yang kena marah. Nasib baik kesabarannya masih tebal.

   "Jelita?" Ziya menyoal pula Zayn dengan mata yang meluas. Sebelah kening Zayn terjongket.

   "Ye la. Jelita. Nama kau-"

   "Jangan panggil aku Jelita" Ziya menjarakkan tubuhnya daripada Zayn. Matanya memandang ke arah tanah. Tak berani untuk dia bertentangan mata saat ini.

   Mengingat kembali perisitwa tersebut, Ziya menggeleng kepalanya berulang-kali. Dia mengharap peristiwa itu hilang. Malu! Entah mengapa malam itu Ziya seperti bukan dirinya. Ziya bukannya seorang yang suka menunjuk perasaannya. Tapi malam itu, dia terlalu selesa dengan lelaki itu sehingga bersikap terlalu jujur.

   Macam-macam alasan dia berikan apabila ayahnya mengajak ke stadium. Kadangkala, dia memberi alasan bahawa dia sibuk menyiapkan manuskripnya sedangkan dia tidaklah sebegitu sibuk. Malah, dia semakin kehabisan idea.

   Selepas berfikir berjuta kali, mahu tak mahu, Ziya terpaksa juga menebalkan muka untuk ikut ayahnya ke sesi latihan pada hari ini. Sudah banyak bab dia siapkan untuk manuskripnya, tetapi progressnya semakin lama semakin perlahan. Akhirnya, dia terhenti di pertengahan jalan. Nampaknya dia terpaksa juga mencari ilham di stadium. Oleh itu, sudah semestinya dia akan cuba sehabis baik untuk tidak berjumpa dan dekati Zayn.

   Tiba sahaja di stadium, seperti biasa, Encik Razak sudah terlebih dahulu meninggalkan Ziya kerana perlu menguruskan pelbagai hal. Ziya pula bermalas-malasan hendak memasuki stadium.

   Deringan telefon yang menandakan ada mesej masuk di aplikasi Whatsapp terus mengambil perhatian Ziya. Telefonnya dibuka laju.

PUAN RAISYA

How's the manuscript going?

Good!

   'Good'. Sepatah sahaja Ziya membalas editornya, Puan Raisya. Bohong sungguh. Kalau progress manuskripnya good, tak perlu pun dia bertandang di stadium pagi-pagi ni untuk mengurangkan writer's blocknya.

PUAN RAISYA

That's great!

Well, you better hurry. The due date is just around the corner.

Membaca sambungan mesej Puan Raisya itu, Ziya menggigit bibir. Niat Puan Raisya untuk mengingatkan Ziya itu sudah baik, tetapi ia hanya menambah keresahan Ziya. Dia gusar sekiranya manuskripnya tidak sempat siap untuk dihantar. Tambahan pula, manuskripnya perlu dia siapkan sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang tarikhnya tidaklah sebegitu jauh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐦𝐢𝐥𝐞, 𝐙𝐚𝐲𝐧 𝐄𝐥𝐢𝐚𝐬Where stories live. Discover now