bab 26

47 4 1
                                    

Kabus pagi mula berarak meninggalkan kawasan perumahan yang elit. Rina mencelikkan matanya perlahan sebelum mengerling ke sekeliling. Mata melihat jam yang tergantung di dinding. Jarum pendek jam itu menunjukkan seperti sudah melepasi pukul 10 pagi.

Rina menjengukkan kepalanya ke ruang tingkap yang sudah disingkap langsir. Suasana di dalam bilik itu terasa biasa. Dahinya juga sudah tidak panas lagi bahkan ada sehelai kain yang basah di atas dahi itu. Baru sahaja dia ingin bangun dan turun daripada katil, pintu bilik terbuka. Niatnya terus terbatal dan memasukkan kedua belah kaki ke dalam selimut dengan pantas dan baring menghadap ke arah bertentangan ruang pintu itu. Mata dipejam rapat seolah-olah dia belum sedar.

Pintu itu kemudiannya ditutup rapat tanpa sebarang bunyi. Dulang yang memegang semangkuk bubur nasi ayam dan air kosong diletak di atas meja lampu sebelah katil. Lantas, dia melabuhkan punggung di hujung katil. Matanya kekal menatap belakang kepala Rina.

"Kau dah bangun? Aku ada bawakan bubur." Kata Faleq dengan nada yang begitu lembut seperti sedang memujuk.

Namun tiada respon yang dia terima atau gerak-geri tubuh perempuan itu. Dia faham dan menjejakkan kakinya di atas lantai.

"Mungkin kau belum bangun. Kalau kau dah bangun nanti makanlah." Katanya begitu walaupun dia tidak tahu sama ada Rina sudah bangun atau belum.
Tombol pintu dipegang kuat sebelum memulas lalu menghayunkan kakinya keluar tanpa menoleh.

Sebelum dia bangun daripada posisi pembaringan, dia menunggu beberapa minit dan kemudiannya kembali bersila di atas katil. Dia mula berfikir bagaimana pula dia boleh ada di atas katil dalam bilik rumah Faleq. Bukan ke dia sudah membawa kaki keluar? Tak akanlah dia berpatah balik tanpa sedar atau sebenarnya tubuhnya pengsan di tepi jalan dan Faleq yang menjumpainya?

Hmmm, boleh jadi. Andainya.










"Sekarang ni tuan nak buat apa? Pujuk dia selepas dah marah?" Soal Taufiq. Perbualan yang melibatkan mental dan emosi ini selalunya hanya dibualkan antara Faleq dan Taufiq. Segala curhat dia luahkan kepadanya. Lebih selesa berbanding abangnya sendiri.
Jarinya bermain dengan hujung jari itu tatkala mata sedang mengelamun jauh. Wajahnya yang sugul diperhati Taufiq lama.

"Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa aku bertindak macam tu. Aku cuma marah dan geram dengan orang tua tu." Tuturnya.

"Ya, saya tahu tuan tak sengaja termarah Rina tapi bukan ini aje kita nak bahas."

Faleq berkerut muka. "Maksud kau?"

"Kenapa tuan ajak dia kahwin? Tiba-tiba betul. Kalau saya jadi Rina, dah lama saya tampar muka tuan. Orang gila mana nak ajak kahwin tanpa mengenali antara satu sama lain dengan mendalam? Tuanlah orang gila tu." Katanya dengan berani.

Kecil besar saja Faleq memerhatikan perangai Taufiq itu. Mata menjeling tajam lelaki yang sedang duduk di hadapannya sekarang sambil memeluk tubuh.

"Kitaorang dah kenal, okey?"

"Itu tuan punya fikiran. Dia?"

"Tapi boleh aje kan bercinta lepas kahwin? Aku tengok kat dalam drama, ada aje macam tu."

Taufiq menepuk dahi kuat. Pening betullah bercakap dengan manusia ini. "Itu drama. Ini realiti. Yes ada aje benda tu berlaku in reality life but have you ever considered about it?"

"Macam mana kalau tuan bukanlah orang yang dia suka? Entah-entah dia anggap tuan macam seorang kawan atau pun memang tak lebih dari kawan? Hati perempuan ni susah nak baca, tuan. Macam cuaca. Kadang mendung macam nak hujan tapi tiba-tiba cerah pula. Tak pun satu hari ni cerah berderang tapi hujan pula di siang hari." Bebelnya panjang. Sempat berceramah sedikit tentang hati perempuan.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang