My Possessive Brother : 01

187 15 3
                                    

Hongjoong dan Yeosang masih kehulur-hilir di hadapan bilik kecemasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hongjoong dan Yeosang masih kehulur-hilir di hadapan bilik kecemasan. Dada usah di kata, bagai mahu runtuh jantung mereka tika ini.

Air mata juga tidak ada hentinya keluar tanda menyesali apa yang sudah terjadi pada Haein. Mereka gagal sebagai abang.

Tiba-tiba suara kasut yang berlaga dengan lantai menarik perhatian mereka berdua dan semerta langkah mereka berhenti.

San yang baru datang dengan nafas yang termengah-mengah itu, mereka pandang dengan pandangan penuh amarah yang membuak-buak. Tanpa berfikir panjang, satu tumbukan melayang di rahang San yang baru mahu membuka mulut itu.

" Kau nampak apa kau dah buat!! " Hongjoong bagai naik gila, buku limanya kembali dilayangkan keras kearah muka San.

Manakala Yeosang hanya memerhati. San layak mendapatkan itu. Sebenarnya dia juga mahu turut serta dalam mengajar San, tapi dilihat dari setiap tumbukan yang di layangkan oleh Hongjoong, dia tahu, itu pun sudah lebih dari cukup.

" Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana!! " Dan buat kali terakhir, Tumbukan Hongjoong mendarat pada perut sang adik. Air mata makin deras keluar. San pula sudah terkulai lemah di lantai.

" Dia.. Dia adik perempuan aku satu-satunya, San. Adik perempuan kita, yang kita nantikan kelahiran nya di keluarga kita! Tapi kenapa! "

" Kenapa kau buat dia macam tu, alih-alih beri kasih sayang penuh pada dia! " Hongjoong makin galak menangis.

Betullah, Haein lah yang paling keluarga mereka nantikan selama ini. Anak perempuan satu-satunya. Padahal dulu mereka sudah berjanji, untuk terus menjaga dan melindungi gadis kecil itu. Kerana Haein, mansion besar itu menjadi lebih berwarna setiap harinya.

Mendengar tangisan bayi perempuan di mansion mereka, bagai satu rahmat. Haein mula belajar berjalan, sungguh kegembiraan tiada tara. Melihat Haein yang mula memasuki persekolahan, menjadi salah satu moment sedih dan gembira. Sedih kerana Haein akan menjadi lebih dewasa, gembira kerana mereka berjaya mendidik adik mereka menjadi gadis yang cantik.

Tapi sekarang, apa yang sudah mereka perbuat? Haein sudah tidak cantik diatas katil di dalam sana. Entah hidup juga mereka tidak tahu. Haein kesakitan, dan itu buatkan dia merasa dirinya teruk.

" A..aku minta maaf " San bersuara dengan lemahnya. Perut yang menjadi tempat Hongjoong mengakhiri tumbukan tadi, dia pegang. Ngilu.

Yeosang yang ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan itu terbantut seketika mendengar suara San begitu, dia kembali bangkit dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu dihalakan pada kepala San, Rapat.

Entah kenapa, nada dari kata-kata San seolah dia tidak merasa bersalah sikitpun, dan itu buatkan dia meradang. " Aku tak pernah segan-segan lepaskan peluru ni dekat kepala hotak kau " Dingin Yeosang berkata. Pistol yang dia pegang makin ditekan kearah kepala San.

" Tuan! Tuan besar ada di depan! " Beritahu salah satu anak buah San dengan lagak takutnya. Mendengar itu, semerta Yeosang menarik kembali pistolnya dan di letak di balik kot yang ia pakai.

Serentak itu, mereka dapat menangkap dengan jelas bunyi kasut yang berlari kearah mereka. Diselangi dengan suara tangisan seorang wanita.

Melihat kelibat orang tuanya, Hongjoong terus bangkit dari duduknya lalu menundukkan kepala tanda menyapa. Air mata yang dari tadi tidak ada hentinya keluar, dia seka menggunakan lengan baju yang dia pakai.

Serentak dengan dia mengangkat kembali wajahnya, dia terkesima dengan tamparan yang hinggap di pipinya. Bukan hanya Hongjoong, tapi Yeosang dan San juga mendapatkan tamparan itu dari Daddy mereka. Masing-masing tidak berkutik. Mereka tahu, itu salah mereka. Dan mereka juga akan buat perkara yang sama.

" Daddy ingatkan, anak-anak lelaki daddy boleh di harap! Tapi daddy salah, tinggalkan satu-satunya anak perempuan daddy pada abang-abang nya itu satu kesalahan yang besar! " Ucap Tuan Choi berbaur kekecewaan. Dia seolah lupa, yang selama ini, dia tinggalkan Haein pada ketiga anak lelakinya itu tidak pernah terjadi hal sebegini. Ini pertama kalinya.

Isteri di sampingnya dia rangkul sambil mengusap-usap bahu isterinya untuk menenangkan. Tapi hampa, semakin kuat tangisan Puan Choi.

" Hongjoong minta maaf, tak dapat jaga Haein dengan baik macam mana yang Daddy dengan Mommy pesan dekat Hongjoong " Hongjoong bersuara. Kerana dia paling tua, dialah kena tanggung. Anak mata masih tekun menatap lantai.

" Yeosang juga minta maaf, sudah terlepas pandang hal-hal kecil yang buat Haein begini " Yeosang turut maju. Tidak sampai hati dia biar Hongjoong sendiri.

Kini mata Tuan Choi beralih pada susuk anak lelakinya yang paling muda antara yang lain. Menanti permintaan maaf dari San, Seperti mana kedua anaknya lakukan.

" Yang kamu, San? Kamu kemana saja? Kenapa Haein boleh jadi macam ini? Itu adik kamu, tau? Padahal kamu yang paling rapat dengan dia " Tuan Choi menyoal selepas tiada tanda-tanda San ingin bersuara untuk meminta maaf.

Diam. San hanya diam. Tidak membalas soalan dari Daddy-nya, dijeling Daddy-nya pun tidak.

" Anak saya! " Puan Choi meraung pula. Tidak dapat dia bayangkan anak perempuan nya terbaring kesakitan di dalam bilik kecemasan sana.

" Mommy jangan risau, Haein akan baik-baik saja " Yeosang memujuk. Badan Mommy nya dia dakap penuh erat. Belakang badan Mommy nya pula dia gosok perlahan.

" Kenapa buat adik kamu macam itu, Yeosang! Kesian adik kamu! Dia tengah kesakitan! " Dada bidang anak nya dia pukul lembut. Padahal dia paling harapkan Yeosang dari ketiga nya. Kerana Yeosang paling peka, penyayang diantara yang lain.

" Maafkan, Yeosang... " Yeosang kembali teresak. Tidak tahan mendengar tangisan Mommy nya, tidak tahan juga membayangkan betapa sakitnya Haein di dalam sana.

" Lepasni, Daddy nak bercakap dengan kamu semua " Tuan Choi memecah keheningan yang singgah sementara itu.

Badan isterinya dia rangkul menuju ke kerusi yang disediakan disitu. Serentak mereka duduk dengan posisi Tuan Choi yang masih memeluk hangat badan isterinya.

Lama mereka menunggu disitu dengan perasaan gelisah. Hampir tiga jam juga tiada seorang pun keluar dari bilik kecemasan itu. Mahu naik gila Hongjoong menanti, hampir saja dia mahu menendang pintu itu biar menganga luas terus dan melihat adiknya sedang di apakan, tapi dia tahan, Mommy dan Daddy nya masih ada disitu.

Yeosang hanya duduk di samping Mommy nya. Matanya tampak sangat keletihan. Lapar pun lapar, tapi dia tahan.

Manakala San, dia sudah pergi awal-awal lagi selepas mendapat panggilan dari PA nya, Haram. Ada hal yang penting katanya. Dan Tuan Choi hanya membiarkan San pergi. Lagipun masih ada mereka yang boleh menunggu khabar Haein macam mana.

To Be Continue...














Spoiler chapter akan datang:

" Kalau Daddy dah tahu, kenapa masih minta kitaorang jelaskan, " Nada penuh berani mati dari San. Penumbuknya dia kepal kuat. Panas hatinya melihat abangnya di buat begitu.

Dengan mata yang mencerum tajam memandang anak mata Daddy nya. Gigi dia ketap menahan amarah. Andai yang dia renung tika ini bukanlah Daddy nya, sudah pasti dia kubur hidup-hidup kerana sudah berani sentuh Hongjoong sampai begitu sekali.

" Wah, wah. Tengok anak aku sorang ni. Dah kurang ajar ya sekarang. KAU BERDUA TAK AJAR ADIK KAU NI KE! HAH!! " Tuan Choi menjerkah Hongkong dan Yeosang serentak. Bergema suara orang tua itu memenuhi ruangan.

𝐌𝐲 𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 | 𝐒2Where stories live. Discover now