4.kehidupan terakhir di dunia modern

62 5 0
                                    


Xiu Yan memulakan paginya seperti biasa, jam penggera di tangannya berbunyi tepat pukul lima pagi, membangunkannya dari tidur yang terganggu. Dia segera bangkit, berjalan menuju tingkap besar di apartmennya yang mewah. Kota metropolitan di bawahnya masih sunyi, hanya beberapa lampu jalan dan kenderaan yang berkilauan dalam gelap. Dia merenung pemandangan itu dengan eksperisi dingin, matanya kosong tanpa perasaan.

Rutinitas pagi Xiu Yan adalah manifestasi kawalan mutlak ke atas hidupnya seperti bersenam selama satu jam di ruang gym peribadinya, sarapan sihat yang disediakan oleh pembantu rumahnya, lalu duduk di bilik kerjanya untuk membaca laporan dan mempersiapkan mesyuarat bagi perusahaannya.

Hari itu, dia mempunyai jadual yang padat, antaranya mesyuarat dengan lembaga pengarah, menandatangani kontrak dengan klien antarabangsa, dan menyemak laporan kewangan. Walaupun begitu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran Xiu Yan. Ancaman tanpa nama yang diterimanya beberapa minggu sebelum ini masih menghantui, walaupun dia cuba menafikan bahawa perkara itu tidak layak untuk dibimbangkan. Xiu Yan mengabaikan firasat buruk itu. Bagi dirinya, kuasa adalah segalanya, dan ancaman hanyalah sebahagian dari permainan yang selalu dia menangi.

Sekitar pukul sepuluh pagi, Xiu Yan tiba di pejabat pusat perusahaannya, sebuah bangunan tinggi dengan kaca gelap yang memantulkan kemegahan kota. Para pekerja tunduk hormat semasa dia melalui lobi utama, tetapi tidak ada senyuman di wajah mereka. Mereka tahu bertapa keras dan tanpa belas kasihan bos mereka.

Di bilik mesyuarat, Xiu Yan memimpin perbincangan dengan ketajaman yang menakutkan. Kata-katanya terukur, setiap hujah yang dilemparkannya mematahkan lawan bicara dengan mudah. Para pengarah hanya mampu mengangguk, mengikuti visinya tanpa keberanian untuk membantah.

Namun, di tengah mesyuarat, sekretarisnya masuk dengan tergesa-gesa, membawa sebuah sampul berwarna coklat. "Ini untuk anda, Nona Xiu Yan. Tiada nama pengirimnya." Katanya dengan suara agak ragu.

Xiu Yan mengambil sampul itu dengan eksperesi dingin. Dia membuka isinya dan mendapati sekeping gambar hitam-putih. Itu adalah gambar seorang lelaki muda, wajahnya penuh luka dan matanya penuh dengan kemarahan. Di belakang gambar itu, tertulis dengan dakwat merah. "Segala yang kau lakukan akan kembali padamu. Bersiaplah."

Walaupun hatinya sedikit terganggu, Xiu Yan menyembunyikan perasaannya dengan baik. Dia meneruskan mesyuarat tanpa gangguan, seperti tiada apa yang berlaku. Namun, ketika dia kembali ke bilik kerjanya, fikirannya mula bekerja keras. Siapa mengirim gambar ini? Adakah ini sebahagian daripada ancaman yang diterimanya sebelum ini?

Dia memanggil ketua keselamatan perusahaan dan memerintahkan siasatan segera. Tiada satu ancaman pun yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya sebagai usahawan terkenal yang mempunyai banyak musuh.

Tetapi pada tengah hari itu, segalanya mula berubah. Ketika Xiu Yan sedang meneliti laporan kewangan, elektrik di seluruh bangunan tiba-tiba terputus. Dalam kegelapan itu, terdengar bunyi langkah kaki yang mendekat ke biliknya.

"Siapa di situ?" Xiu Yan berkata dengan nada tegas, meskipun ada sedikit rasa takut yang merayap di hatinya. Pintu biliknya dibuka perlahan, dan seseorang berdiri di ambang pintu. Bayangannya tidak jelas dalam gelap, tetapi aura yang dimilikinya penuh ancaman.

"Nona Xiu, sudah lama kita tidak bertemu," perkataan lelaki itu terdengar tenang tetapi mengancam. Xiu Yan berusaha mengingati suara itu. Ketika lampu kecemasan menyala, wajah lelaki itu kelihatan jelas. Dia adalah seseorang yang pernah bekerja untuk salah satu perusahaan kecil yang dihancurkan oleh Xiu Yan pada masa lalu. Salah satu lelaki yang hidupnya musnah kerana cita-cita Xiu Yan untuk menguasai perusahaan.

"Kau" kata Xiu Yan dengan nada dingin, cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.

Lelaki itu tersenyum tipis. "Saya hanya datang untuk memberikan amaran. Semua yang kau lakukan, semua nyawa yang kau musnahkan, akan menuntut balasan. Dan itu bermula hari ini."

Sebelum Xiu Yan sempat membalas, lelaki itu melemparkan sebuah objek kecil ke lantai iaitu granat asap. Ruangan itu segera dipenuhi asap tebal, menyebabkan Xiu Yan terbatuk dan kehilangan penglihatan. Apabila asap mula hilang, lelaki itu sudah lenyap, meninggalkan Xiu Yan dalam keadaan marah dan cemas.

Petang itu, Xiu Yan memutuskan untuk pulang lebih awal. Dia merasa ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang lebih besar dari sekadar ancaman kecil.

Xiu Yan menatap dirinya di cermin, wajah cantiknya terlihat tanpa cela, tetapi di balik itu, ada bayangan gelap yang terus menghantuinya.

Malam itu, sebuah petir menyambar di kejauhan, menandai awal dari sesuatu yang lebih besar. Xiu Yan tahu bahawa musuh-musuhnya tidak akan berhenti.

Namun, tanpa dia duga, malam itu juga menjadi malam di mana nasibnya berubah sepenuhnya. Ketika dia terlelap, sebuah cahaya misterius muncul di biliknya, menarik jiwanya ke dunia yang asing iaitu, dunia tempat dia terlahir kembali sebagai Yu Xiao Yan, seorang tuan putri yang dihina dan diabaikan.

Kehidupan Xiu Yan di dunia modern telah berakhir, tetapi hari baru yang penuh tantangan baru saja dimulai di dunia lain.

Mohon maaf jika ada typo atau kesalahan bahasa dalam cerita.







MY DESTINYWhere stories live. Discover now