Malam mula menyelubungi istana kekaisaran Yu. Bulan menggantung di langit, cahayanya yang redup memancar masuk melalui tingkap kecil kediaman itu, mencipta bayang-bayang di dinding yang usang. Xiu Yan duduk di atas katil kayu yang berbunyi setiap kali dia bergerak. Tangan kanannya memegang sebatang lilin kecil, sementara mata hitamnya yang tajam meneliti barang-barang yang ditinggalkan di dalam bilik itu.Dia menemui sebuah kotak kayu kecil di sudut bilik. Kotak itu berlapuk, tetapi corak ukirannya masih menunjukkan bahawa ia pernah menjadi sesuatu yang bernilai. Dengan hati-hati, Xiu Yan membuka kotak tersebut. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas usang, seuntas rantai perak dengan loket berbentuk bunga teratai, dan sebuah jurnal lama.
Dia mengambil jurnal itu dan membuka helaian pertamanya.
Tulisannya kemas tetapi hampir pudar, Jelas milik Yu Xiao Yan. Tulisan itu menceritakan bagaimana putri itu merindui perhatian ayahnya, bagaimana dia sering menangis sendirian, dan bagaimana dia diperlakukan seperti orang asing di dalam istana sendiri.Xiu Yan membaca setiap baris dengan tenang, tetapi hatinya bergetar. Bukannya simpati, tetapi kemarahan.
"Lemah," bisiknya perlahan. "Kau terlalu lemah untuk dunia ini, Xiao Yan. Tapi jangan risau, aku di sini untuk mengubah semuanya."
Dia menutup jurnal itu dan meletakkannya semula ke dalam kotak. Rantai perak itu, bagaimanapun, menarik perhatiannya. Dia menyentuh loket teratai itu, merasakan teksturnya yang halus. Loket itu terasa dingin, tetapi ada sesuatu yang aneh seperti sesuatu yang membuatkan Xiu Yan merasa seperti ia menyimpan rahsia besar.
"Ini mungkin penting" gumamnya sebelum menyarungkan rantai itu ke leher.
Ketika malam semakin larut, Xiu Yan memutuskan untuk merehatkan tubuhnya. Namun, sebelum memejamkan mata, dia menetapkan satu perkara dalam hatinya bahawa untuk keesokan harinya, dia akan mula mempelajari dunia ini dengan lebih mendalam. Untuk bertahan dan membalas dendam, dia perlu memahami peraturan di zaman kuno ini.
Hatinya penuh tekad, bahawa masa ketika menjadi lemah telah berlalu. Kini, dia akan bangkit, bukan sebagai Putri Yu Xiao Yan yang dihina, tetapi sebagai seseorang yang mampu menggoncang kekaisaran ini.
"Esok, semuanya akan bermula," bisiknya perlahan sebelum akhirnya memejamkan mata. Dalam keheningan malam, bulan bersinar terang, seolah-olah menjadi saksi kepada sumpah yang dibuatnya.
Keesokan harinya....
Ketika matahari mula menyinari istana, bunyi burung berkicauan memecah kesunyian pagi. Xiu Yan bangun awal. Dia berdiri di hadapan cermin yang retak, menatap wajah yang kini menjadi miliknya. Wajah itu tetap terlihat cantik, meskipun terdapat beberapa luka di bahagian pipi kirinya ( kesan racun yang pernah diberikan oleh ibu tiri dan saudara-saudara tirinya ).
Dia menyentuh pipinya perlahan. "Luka ini akan hilang," katanya, penuh tekad. "Dan aku akan tunjukkan kepada dunia bertapa berkuasanya aku."
Sebaik sahaja dia selesai membersihkan diri, dia memanggil seorang pelayan muda untuk datang. Pelayan itu segera tiba, membawa dulang berisi makanan sederhana iaitu bubur nasi dan sedikit sayuran.
"Tuan putri, ini makanan untuk pagi ini," kata pelayan itu dengan kepala tertunduk.
Xiu Yan memandang makanan itu dan tersenyum sinis. "Begini caranya mereka melayan seorang tuan putri?" soalnya, tetapi dia tidak menunggu jawapan. Sebaliknya, dia memandang pelayan itu dengan tajam. "Aku mahu kau kumpulkan semua maklumat tentang istana ini. Setiap orang, dari yang paling berkuasa hingga yang paling lemah, serta lokasi mereka. Pastikan semuanya disiapkan dan diserahkan kepadaku pagi esok."
Pelayan itu kelihatan terkejut.
"Tu-tuan putri... Perkara seperti itu sangat berbahaya. Jika ada yang mengetahui niat ini, nyawa tuan putri mungkin dalam bahaya!"Namun, Xiu Yan hanya tersenyum dingin, matanya bersinar dengan ketegasan yang tidak dapat digugat. "Itu bukan urusanmu. Aku tidak meminta pendapat kau, aku hanya memberi arahan, jadi lakukan saja apa yang aku suruh, faham?"
Pelayan itu segera mengangguk. "Saya... saya akan usahakan, tuan putri."
"Bagus, sekarang pergi," arah Xiu Yan dengan nada tegas.
Setelah pelayan itu pergi, Xiu Yan duduk di tepi meja kecil di bilik itu. Dia mengambil sebatang pena bulu yang ditemuinya di dalam kotak kayu malam tadi. Dengan teliti, dia melakar pelan istana berdasarkan ingatannya semasa perjalanan ke kediamannya semalam. Setiap lorong, setiap sudut, semuanya dicatatkan.
"Tempat ini ibarat papan catur,"
katanya perlahan sambil merenung pelan itu. "Aku cuma perlu tahu di mana letaknya setiap bidak dan siapa yang memegang kuasa sebenar."Malam di istana kekaisaran...
Malam itu, Xiu Yan memutuskan untuk keluar dari kediamannya.
Dia memakai jubah hitam panjang yang ditemuinya di dalam almari, memastikan dirinya tidak dikenali. Langkahnya lincah tetapi berhati-hati, menyelinap keluar dari kawasan belakang istana ke taman lama.Taman itu penuh dengan pokok-pokok besar dan rumput liar, tetapi di hujung taman, Xiu Yan menemui sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu, sebuah pavilium kecil yang kelihatan sudah lama ditinggalkan.
Dia melangkah masuk ke dalam pavilium itu dan mendapati lantainya penuh dengan debu. Namun, di tengah-tengah pavilium, ada sebuah meja batu dengan ukiran aneh. Ukiran itu seperti tulisan, tetapi dalam bahasa yang tidak dikenalinya.
Dia menyentuh ukiran itu, dan tiba-tiba terasa getaran halus di bawah tangannya. Loket teratai di lehernya mula bersinar lembut. Mata Xiu Yan melebar, tetapi dia tidak takut. Sebaliknya, dia tersenyum.
"Nampaknya, tempat ini menyimpan lebih banyak rahsia daripada yang aku sangka," bisiknya."
Dengan tekad yang semakin membara, Xiu Yan tahu bahawa dunia ini bukan sekadar medan untuk membalas dendam. Ia juga penuh peluang untuk menguasai kekuatan yang tidak pernah dia bayangkan sebelum ini.
MOHON MAAF JIKA ADA TYPO
🥰SELAMAT MEMBACA🥰

YOU ARE READING
MY DESTINY
FantasiaXiu Yan, seorang gadis dari zaman modern yang sukses, dikenal sebagai pengusaha kejam tanpa ampun kerana tidak segan menghancurkan siapapun yang menghalangi jalannya. Dalam dunia bisnis,ia dijuluki sebagai "ratu besi" kerana tindakannya yang tegas d...