"What , tukar status ? No pa ! No ! Risya tak nak . Never !" berdiri tegak Risya apabila mendengar rancangan kedua ibu bapanya itu
Ishh , Apa ni !"Ni mesti rancangan gila pak ngah kan ?" tuduh risya.
"Kalau ya pon kenapa ? Ada masalah ?"
Datuk Kamal memandang Risya"Why pak ngah why ? . sampai hati pak ngah bagi idea gila ni , pak ngah dah tak sayang risya ke ? Risya sayang pak ngah tau " pujuk risya . mana tau pak ngah akan termakan pujuk rayunya . pak ngah kan sayang aku
"Hentikan lakonan kamu tu , pak ngah takkan termakan sedikit pun pujuk rayu kamu tu . sebab sayang lah pak ngah buat macam ni " tegas Datuk Kamal
"Nanti siapa nak basuh si katak pak ngah tu , Risya je yang selalu basuh kan ? " si katak yang dimaksudkan itu ialah mini cooper kesayangan Datuk Kamal .
"Alah , selama ni pun pak ngah je yang basuh , kamu tu reti tengok aje "
Risya memandang kearah papa dan mamanya tanda meminta belas kasihan untuk cuba berpihak padanya"Risya , papa dan mama dah setuju , ni pengajaran untuk kamu . Mama nak risya belajar dari bawah semula , jangan bersenang lenang hidup dalam kemewahan , kalau papa dan mama takde boleh lah risya berdikari nanti " sebak kedengaran suara Datin Fatma.
"Papa akan tarik semua yang pernah papa bagi kat kamu termasuk kad kredit dan kereta kamu " tegas Datuk Rasyid kepada Risya . Dia inginkan risya hidup berdikari dan berusaha sendiri tanpa mengharapkan harta ibu bapa .
"Risya , mari sini sayang " panggil Datuk Kamal .
" Pakngah nak Risya pergi dekat alamat yang pak ngah bagi ni " kad yang berada di dalam dompetnya dihulurkan kepada Risya .Risya berjalan mendekati mamanya . Diambil tangan ratu hatinya lalu mengenggam dengan erat .
"Ma , Risya minta maaf kalau risya banyak menyusahkan mama . Kalau ini yang terbaik untuk mama , risya akan pergi " tubir matanya mengeluarkan manik- manik yang jernih , semakin laju langkahnya mendaki tangga .
Aku akan buktikan yang aku berjaya berdikari tanpa mengharapkan papa dan mama .Langkah Risya terhenti dihadapan pintu bilik yang hanya bersebelahan dengan bilik
'Risya akan rindukan akak nanti' desis hati risya. Dia amat rindukan arwah kakaknya , Raihana .Di ruang tamu , Datin Fatma tidak dapat menahan tangisnya , berat hatinya untuk melepaskan risya pergi tapi itulah yang terbaik untuk anaknya.
"Hang tok sah qisau , Ngah dah pasang mata-mata untuk peqati si risya nanti "
Terubat sedikit kerisauannya apabila mendengar adik iparnya berkata seperti itu . Dia berharap agar si Risya menjejaki langkah arwah Raihana yang hidup berdikari dan tak susahkan ibu bapa
YOU ARE READING
Thank you, Mr Teganu
RandomTengku Arisya Sofea hidupnya bagaikan permaisuri yang hanya goyang kaki sahaja di rumah tanpa melakukan suatu kerja . Rancangan gila pak ngahnya membuat Risya terkejut . Pertemuan pertama antara Risya dan Zaril sedingin ais! "gila rupanya minah ni"...