Bab 21

38 4 0
                                    

Tuah termenung didalam kereta sambil menunggu Arsyakayla untuk bersiap. Hari ini merupa hari pertama untuk Arsyakayla mula berkejar. Pada awalnya Arsyakayla menolak pelawaan untuk menghantar dia ke office oleh kerana kakinya yang baru saja cedera dan belum sembuh.

Namun setelah ditegaskan oleh Tuah bahawa dia baik-baik saja Arsyakayla mengakah dan membenarkannya. Lagi pun dia rasa kakinya okey saja masih boleh bergerak cuma ada easa ngilu sedikitlah.

Sambil-sambil menunggu dia, tiba-tiba dia teringat akan perbincangan dia, MakSu Ainul, Akmal, Amir dan Sofea.

Flashback

Tuah menyusun 6 keping gambar pada papan putih yang ada didalam bilik meeting itu sebagai tempat mereka untuk menampal maklumat-maklumat soal pembunuh-pembunuh Arwah Bapak Tuah iaitu Mustafa.

6 keping ha.

Ya bermaksudnya ada 6 orang kesemuanya. Pembunuh ke 6 dia dapat daripada maklumat yang diberikan oleh Abang Long Jugah. Walaupun maklumat yang dia baca dalam fail ini hanya ada 4 orang pembunuh saja tapi dia yakin bahawa maklumat pembunuh yang dia siasat 5 orang itu tepat.

Cuma dia agak pelik kenapa maklumat pembunuh-pembunuh yang dicari selama ini agak berbeza daripada maklumat yang Abang Long Jugah berikan.

Gambar pertama milik Tan Sri Aariz, gambar ke 2 pula Miliki Tan Sri Huan, gambar ke 3 milik Tan Sri Jasper, gambar ke 4 hanya sebuah polariod didalamnya tanda soal sama seperti gambar ke 5 dan gambar keenam ialah gambar seorang lelaki yang dikenali sebagai Hisham.

"Berdasarkan maklumat yang kita dapat. Pembunuh yang bernama Hisham ini telah pun ditangkap oleh polis dan disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati. Maksudnya pembunuh keenam telah pun meninggal dunia." Ucap Akmal menerangkan maklumat yang dia dapat.

Tuah mendiamkan diri sambil memandang ke arah papan putih itu. Tangannya mengambil pen penanda lalu menulis sesuatu dibawa gambar ke 4 dan ke 5.

"Abang Long Jugah, Tuan Hanz. Eh kenapa Tuah?" Tanya Sofea pelik tapi setiap nama diakhiri tanda tanya.

"Aku cuma syak saja. Tak tahu firasat aku ini betul atau tidak tapi entah kenapa aku rasa mereka juga terlibat dalam kes ini. Aku bukan main tulis saja. Ada banyak sebab kenapa aku syak mereka terlibat." Kata Tuah lalu menghadap ke arah mereka. Mereka semua menganggukkan kepala mereka tanda faham.

"Bacakan identiti pembunuh ke 6." Pinta Tuah.
Akmal terus menyerahkannya pada Amir.

"Hisham bin Bahari. Berusia 35 tahun sewaktu masih hidup. Berkerja sebagai penjual ayam mentah di pasar basah. Sebelum bekerja sebagai penjual ayam mentah beliau pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan kelab malam dan pernah bekerja dengan Tan Sri Aariz sebagai pekerja kilang. Status perkahwinan duda dan mempunyai anak lelaki yang bernama..."

Ucapan Amir terhenti seketika disitu. Dia menelan air liur kesat. Nama itu agak mengejutkan dia. Tapi adakah nama itu nama lekaki yang mereka kenali?

Amir terus memandang Tuah dan yang lain. Semua memandang ke arah Amir dengan tanda tanya.

"Kenapa Amir?" Tanya Tuah pelik lalu mendekati Amir.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now