1 : prolog

1.2K 30 0
                                    

St. Petersburg, Russia. 2002

Bang! Spontan jasad lena kembali bangun ke realiti. Kedua belah tangannya serta-merta menongkat separuh badan. Kepala menala ke arah pintu yang sudah terbuka luas.

Dua orang lelaki berbadan sasa masuk ke dalam rumah pangsanya disusuli dengan dua lagi manusia yang terlihat lebih kemas dan formal. Mata kelabunya tertancap pada salah seorang di antara mereka yang amat dikenali, ayahnya.

Jason Rodriguez.

"Papa?" Kening berkerut ketakutan. Aura negatif terasa sungguh kuat seolah-olah memberi amaran untuk dia mengesot ke belakang.

"Voz'mi yeye. (Take her)." Dengan sekali arahan, Jason lantas meluru ke arahnya. Dia cekup leher si anak lalu diseret kasar ke hadapan kaki lelaki bersut hitam.

Tak hirau akan rontaan dan jeritannya, kini dia hampir bercium dengan kasut mahal lelaki Rusia itu pula. Dia angkat kepala, mata berkacanya terpaku dengan renungan helang yang sudah sedia menyambutnya.

"Papa? Chto eto? (What is this?)" Kepala toleh ke sang ayah di belakang, menagih jawapan dari Jason.

"Uspokoit'sya? (Settle?)" Persoalannya tidak dijawab malah perhatian Jason lebih terarah kepada lelaki di hadapannya.

Lihat sebelah tangan Jason yang menadah, lelaki itu ukir senyum sinis. Dia mengarahkan sesuatu dengan sekali petikan jari. Brief case yang dipegang oleh salah seorang anak buahnya selamat bertukar tangan dengan Jason.

Jason tayang riak puas hati. Dia pandang orang depan sesaat sebelum beralih ke isi brief case yang baru dibuka. Makin lebar senyumannya melihat kepingan wang 5000 RUB yang berkepuk-kepuk.

Bukti dah ada, pengesahan dah dibuat. Apa lagi? Tutup balik, bawa ke sisi.

"Bol'shoye spasibo, gospodin Fedorov. (Thank you very much, Mr. Fedorov)" Jason hulur tangan. Namun, lelaki bernama Kamirez Fedorov itu lebih memilih untuk menyimpan tangannya dalam kocek seluar.

Jason tersedar. Dia ketawa kecil lalu menjatuhkan tangan ke sisi.

"Chto ya, navernoye dumal? (What must I've been thinking?) Aku rasa hubungan kita sampai sini ajelah, ye? Lepas kau dah ambil budak ni, aku anggap kau dah tak perlu buru aku lepas ni. That's what the vow said, right?"

Laju kepala si anak berpaling melihat ayahnya. Dengar apa yang Jason baru tuturkan, nafasnya bagai mahu terputus. Otak enam tahunnya laju menangkap apa yang sedang berlaku sekarang.

Jangan cakap ayah nak jual dia?

"Papa.."

"What's her name?"

"She.. Her name is Raes." Kamirez angguk dan menjeling anak gadis milik Jason di hujung kakinya.

Jason dan Kamirez berbicara sedikit lagi. Bila Jason menapak ke belakang, kedua orang lelaki itu merangkul lengan kiri dan kanan Raes. Mereka menariknya keluar, membuntuti langkah Kamirez.

Raes menggoyang-goyangkan badannya. Meraung dan menempik untuk dilepaskan. Kepala toleh melihat pintu rumah dan figura Jason yang semakin mengecil.

"Papa! Please, papa! Help me! Help me!" raungnya sekuat hati. Namun, dia lihat Jason hanya bersandar pada bingkai pintu sebelum menutup pintu rumah itu.

Tup!

Air jernih jatuh lagi. Lebih deras. Buat seketika, Raes terpaku dan merelakan dirinya ditarik.

HR : Maniac OG [SU]Where stories live. Discover now