12 : fake rescue

152 12 3
                                    

"Remember Raes, you're unstoppable since 10."

Buka mata. Tangan kiri di atas dahi diturunkan. Raes mengeluh lalu capai telefon bimbitnya. Power nap selepas penat menguruskan hal Arasy dan penjaganya, Emma Roselle.

Pintu ditolak, dia berjalan ke luar dari jabatan itu.

Trending nombor 1 di media Malaysia Hari Ini, masalah peribadi forensik patologi Aisywara Zalea dan kes tuduhan jenayah pakar bedah neurologi Safar Nuhzen.

Raes cebik bibir. Langsung tak rasa bersalah selepas menghancurkan hidup dan hubungan orang lain. Tak fikir langsung impak perbuatannya ke atas mereka, trauma dan masa sukar yang terpaksa dihadap.

"Lepas ni balik terus. Jangan merayau tak tentu hala pula." Dengar suara itu, Raes toleh ke tepi. Nampak sepasang suami isteri sedang menikmati masa mereka di atas bangku besi.

Dr. Hud Arsalane dan iserinya, Leora Inara.

Hud dalam kot putihnya tengah bahagia melayan ibu hamil di sebelah. Mungkin baru lepas buat medical checkup.

Raes memerhati. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah ke pasangan itu.

"Nanti nak bersalin, Nara nak abang yang sambut!" Dipegang tangan Hud yang mengusap perut besarnya itu.

"Aip, apa pulak? Kalau abang sambut, siapa nak pegang tangan sayang?"

"Alah, sebelah tangan sambut, sebelah lagi peganglah. Abang pinjamlah tangan hantu Pee Mak. Upah dia 100." Terhambur tawa Hud mendengar celoteh isterinya.

"Kemain demand mak buyung seorang ni." Ditarik pipi montel Inara. Geram!

Bunyi orang berdehem mematikan lamunan mereka. Serentak kepala dongak sebelah, bertemu sepasang mata kelabu yang sedang tersenyum manis.

"Raes!" Inara bingkas bangun lalu memeluk Raes. Perut besarnya berlaga dengan perut kempis Raes.

"Ya Allah, dah lama tak jumpa Raes. Padahal selalu je datang hospital." Terubat juga rindunya mahu berjumpa rakan sekerja Hud. Dah jadi BFF dia dah pun!

Sebab Raes, mahligai mereka terbina.

"Cahaya, abang tahulah excited tapi cuba jangan bangun laju macam tu. Buat pucat muka abang aje," pesan Hud penuh risau. Dia turut bangun.

"Lucu betul. Jabatan aku kerja sebelah O&G je, itu pun tak jumpa-jumpa. Nampak betul salah Hud, kan?" Nak tercekik leher Hud apabila dia tiba-tiba dipersalahkan.

Inara mengekek. Raes tunduk pandang baby bump yang terlindung di balik gaun champagne Inara.

"Aku rasa macam baru semalam aku dapat tahu kau mengandung. Berapa bulan dah ni?"

"Lapan bulan," jawab Hud di sebelah. Tangannya melingkar pinggang Inara.

Jatuh rahang Raes. "Seriously? Eight months already? Mak aih, boleh dah ni aku tempah basikal lajak untuk anak korang."

"Raes!" Tepuk lengan wanita itu sedas. Mereka bantai ketawa sehingga mengundang perhatian pelawat lain.

"Jantina dah tahu?"

Hud dan Inara geleng kepala. "Abang Hud kata dia nak surprise."

"Surprise?" Bibir melorek senyum segaris. Dipandang semula perut Inara.

"Boleh aku pegang, Nara?" Si ibu mengangguk.

Dan tapak tangan Raes terus melekat pada perut Inara. Dirasakan sesuatu sebelum tangannya bergerak perlahan. Sesekali pandang wajah bakal ibu dan bapa itu.

HR : Maniac OG [SU]Where stories live. Discover now