EPISOD 11

201 8 4
                                    

Bunyi jam penggera berbunyi menandakan pukul 5:00 pagi telah tiba seperti dikunci oleh Adham yang bangun awal kerana mahu menyiapkan sarapan pagi serta membersihkan diri untuk ke sekolah selepas hampir satu bulan lebih tidak ke sekolah kerana berpantang di rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Adham yang tersedar kerana bunyi loceng jam terus melepaskan pelukan hangat Harris lalu menutup jam dan terus berlalu pergi turun ke dapur untuk siapkan sarapan. Setelah selesai memasak nasi lemak dengan sambal tumis udang, Adham kembali ke bilik untuk mengejutkan Harris yang masih lena di ranjang katil.

“Abang...Abang bangun bang dah pukul 6 ni, bangun jom pergi mandi. Am dah siap masak sarapan dah tu” kejut Adham dan Harris tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk bangun mandi, “abang bangunlah nanti Adham lambat” kejut Adham lagi dengan harapan Harris akan bangun kerana Adham tidak mahu lewat masuk ke sekolah. “nantilah mandi, abang nak tidur ni” tegah Harris dan menarik Adham ke dalam dakapan dadanya. “abang, abang lupa ke harini Am kena masuk sekolah. Cuti sakit Am tu dah habis lah” ucap Adham. “kalau nak abang mandi, bagi abang satu round dulu” usik Harris, muka Adham mula merah padam menahan malu.

“Abanggg betul-betul la, nanti Adham lambat masuk sekolah nanti. Abang ni...” Harris meraut bibir manis Adham dan mula melakukan aksi di ranjang katil pada pagi buta, Setelah selesai permainan mereka mandi bersama. “Sayang nak pergi mana tu?” tanya Harris sambil membutangkan baju kemejanya. “Am nak pergi bungkus makanan la, Abang la ni kalau tak kita boleh breakfast dah time ni. Sibuk lanyak kita” balas Adham dengan jelingan tajam tetapi tetap terlihat comel. “sayang mari sini, ikat necktie abang” panggil Harris. Adham yang setinggi paras dada Harris pangjat katil lalu mengikat necktie Harris. "CUP" satu ciuman pangjang hinggap pada dahi Adham.

Harris memeluk pinggang kerengga milik Adham, “abang” “dah jom, tadi kata tak nak lambat kan” Harris terus mendukung Adham bagai tuan puteri. Sesampai sahaja di dalam perkarangan sekolah semua mata tertumpu kereta ettore bugatti yang menghantar Adham. “nanti abang tak boleh ambik sayang tau, abang suruh Amin ambik sayang ok” Hariss mencium pipi Adham. “ok jangan lupa makan tau bekal Am masak tu” ujar Adham lalu menyalam tangan Harris seumpama menyalam tangan suami sendiri.  Harris terus memandang Adham sehingga ia hilang dari pandangan mata barulah dia bergerak pergi ke pejabat.
_________________________________________

“Adham!!” panggil Atif yang seronok dapat berjumpa dengan kawan baiknya semula yang telah lama tidak bersua muka, “Wey lepas lah, aku tak boleh bernafas kau tahu tak” ucap Adham apabila Atif datang memeluk dirinya dengan erat sekali. “Wey Adham kau pergi mana ha! Lama kau tak datang sekolah? Kau sakit ke?!” tanya Atif sambil memegang tangan Adham menunggu jawapan. “tak ada apalah, aku cuti pangjang haritu sebab aku demam. Tak ada apa pun, dah lah jom masuk kelas. Pastu kau teman aku breakfast, aku tak sarapan lagi ni” tipu Adham.  Atif yang tiada banyak soal terus mengikuti Adham.

Mereka berdua lepak di dapur tingkatan 6, di fikiran Atif ingin menanyakan persoalan yang berlegar di kepalanya tetapi dia matikan sahaja niat tersebut kerana tidak mahu menyinggung perasaan Adham yang baru sahaja sembuh dari deman. “wow sedap mak kau masak” ucap Atif, “eh bukan mak aku yang masak, ini aku sendiri yang masak tau” jelas Adham tetapi Atif tidak mempercayai ucapan Adham tersebut. “yo yo la kau yang masak, ntah-ntah mak kau yang masak takpun bibik kau masak. Maklumlah anak T20 kan” bebel Atif, satu tamparan kena pada lengan Atif. “Aduh sakit la” Atif merengek sakit sambil menggosok lengannya.

“padam muka, usik aku lagi” Adham jelirkan lidah pada Atif, “adham aku ada nak tanya kau ni, tapi kau jangan marah ehh” ujar Atif sambil menunjukkan wajah yang serius. “tanya jela apa kau nak tanya, tapi tengok ah soalan kau tu. Kalau kau saje nyakat aku, aku hambat kau dengan garfu ni” jelas Adham sambil menunjukkan garfu yang penuh sambal di depan mata Atif. “Aku nak tanya kau pa.....” belum sempat Atif habiskan ayat bunyi loceng kelas telah berbunyi menandakan mereka perlu berada di dalam kelas, “armm Adham dah habis belum, jom loceng dah bunyi tu” soal Atif yang mematikan soalan yang ingin ditanya. “dah habis ni jom masuk kelas” ucap Adham, lalu meninggalkan kawasan dapur.

RINDU TAK TERTANGGUNG Where stories live. Discover now