EPISOD 16

150 6 0
                                    

"Atif bangun, Abang bawak makanan ni" kejut Amin, "hrmm Abang datang balik? Susah Abang jela beli makanan untuk saya pastu patah balik datang hospital" ujar Atif sambil menggosok matanya yang gatal. "Adik Atif saya inspektor Siva, boleh saya ambik keterangan Adik tentang ragut tadi petang?" Tanya pengawai polis tersebut dalam menjalankan tugas, "urmm boleh" Atif menceritakan segala-galanya pada pengawai tersebut. "Nanti Adik dah boleh keluar, jangan lupa Adik buat report ye. Saya doakan Adik cepat sembuh ye" ucap inspektor Siva sebelum meninggalkan Atif bersama Amin. "Abang ada beli prosperity untuk Atif, bubur pun ada Abang beli. Maaflah kalau tak kena dengan tekak Atif" Amin mengeluarkan makanan dan mencubit untuk menyuap Atif.

"Eh takpa saya boleh makan sendiri, Abang tak perlu suap saya" tolak Atif dan makan sendiri, Amin hanya tersenyum gembira sebab Atif sudi makan makanan yang dia beli. "Saya nak tanya sikit dekat Abang" ujar Atif yang ingin menanyakan sesuatu. "Atif nak tanya apa, tanya jelah bukan Atif kena bayar dekat Abang pun nak tanya soalan" jawab Amin yang leka fokus pada skrin telefon bermain games. "Kenapa Abang jadi gay?" Terpancul soalan yang ingin dia tanyakan, lagipun dia masih tertanya jugak kenapa kawan baiknya Adham juga memilih menjadi sonsang tapi dekat Adham dia tak berani la nak tanya. Amin ni bagi ok la kot sebab tak rapat sangat, "kenapa Atif nak tahu? Atif benci dekat Abang ke?" Ujar Amin dan menfokuskan pada Atif.

"Bukan macam tu! Atif cuma nak tahu je kenapa pilih suka sama jantina je, ye Atif memang tak suka bercinta dengan golongan songsang ni, tapi kalau berkawan tak salah kan sebab Atif pun ada sorang kawan yang macam Abang" terang Atif supaya Amin tidak salah faham dengan maksud dirinya. "Abang dulu pun tak tahu yang Abang ni suka sama lelaki, tapi Abang dapat kesan bila Abang masuk belajar. Sebab time tu banyak awek datang gorat Abang, tapi satu pun takde yang Abang suka. Tapi bila Abang tengok lelaki yang abang minat Abang terus jatuh cinta, so dari situ abang memang kompem Abang ni sonsang" cerita Amin bagaimana dia boleh terjun ke dalam dunia PLU ni. "Abang pernah bercinta?" Soal Atif yang semakin tertarik dengan cerita hidup Amin. "Tak pernah" balas Amin. "Tapi Abang cakap dulu Abang suka sorang laki tu kan?" Tanya Atif lagi.

"Lelaki tu dah ada boyfriend, so Abang taknak la jadi pengacau hubungan orang lain. Selalu dah cari pasangan tapi selalunya takkan kekal lama, biasalah akan ada yang lagi bagus dari Abang kan, jadi buat apa nak simpan yang lama" ulas Amin lagi. Sekarang baru Atif faham kenapa Amin menjadi sebegitu dan merasakan boleh menerima Amin sebagai kawan. "Ishh comot betul makan" Amin mengesap sos black pepper yang bersisa di bawah dagu Atif, terkedu Atif tindakan Amin itu "sorry lah bang, dah tak makan dari petang tadi mana tak lapar" ujar Atif. Amin mengusap rambut Atif "nasib Abang beli makanan kalau tidak kebulur la Atif, Abang nak balik ni. Atif jangan banyak gerak, tidur cukup-cukup ok" ujar Amin, "Abang nak salam" ucap Atif dan Amin menghulurkan tangan. Amin meninggalkan Atif dan tersengih membayangkan wajah Atif.
_______________________________________

"Ye, maafkan saya, nanti saya akan buat recording bulan depan. Maaf ye sebab tak bagi tahu awal-awal" ucap Adham pada produser serta pengarah yang sibuk menghubungi dirinya beberapa hari ini kerana hilang tanpa memberitahu. "Sayang!" Panggil Harris dan datang memeluk tubuh kecil Adham, "hrmmm bau masam, bila nak mandi ni" seloroh Harris. "Eee mana ada masam, Abang tu yang tak mandi" bidas Adham walhal dia pun belum mandi serta bau masam. "Ishh gigit telinga tu karang" Harris mengigit lalu menjilat telinga Adham. "Ishh janganlah, gelilah hahaha" ucap Adham cuba melepaskan diri dari pelukan Harris.

"Budak masam jom pergi mandi" Harris mendukung Adham masuk ke dalam bilik air, seperti kebiasaan Harris akan memandikan Adham seperti memandikan bayi dan mempersiapkan Adham dengan baju yang besar dan comel. "Abang tadi produser dengan pengarah telefon" beritahu Adham, "don't worry lah pasal tu. Biar Abang yang uruskan ok" "CUP" Harris meraut bibir manis Adham. Ciuman nafsu mereka dihentikan dengan bunyi loceng rumah, 'hish sape pulak datang ni, sibuk datang rumah orang" runggut Harris. Adham memeluk lengang kekar Harris turun ke bawah. Muka Harris merah padam menahan marah bila melihat kehadiran Danny bersama ibunya Dato Sofea. "Engkau buat apa dekat sini ha?! Pagi-pagi lagi dah datang rumah aku!" Tengking Harris.

RINDU TAK TERTANGGUNG Where stories live. Discover now