PROLOG

14 2 0
                                    

"Aku juga mengenal erti lelah."

SPRAKK!!

"Daddy kecewa dengan kamu."

Kaca yang bertaburan dikerling dengan ekor mata sebelum irisnya dibawa menikam seraut wajah jejaka 50-an yang jelas menunjukkan riak kecewa yang teramat. Kertas kerja yang berhamburan akibat dilibas ke wajah direnung tanpa sebarang perasaan. Hatinya mati. Sudah lelah ingin merasakan sesuatu.

Tubuhnya dibawa mengutip helaian kertas kerja yang berhamburan tatkala tubuh sang ayah berlalu pergi bersama ahli keluarga yang terlibat dalam projek yang jelas menuju ke ambang kejatuhan. Tidak dihiraukan titisan darah yang menitik ke lantai tanpa henti, dia meneruskan kutipan helaian lembaran yang telah dia usahakan namun tidak dihargai itu dengan pantas. Tidak betah dia berada dalam ruangan udara yang sama bersama ahli keluarga yang tidak seperti keluarga lainnya. Lagipun—

—ini bukanlah kali pertama dia diperlakukan sedemikian.

"Miss Irene—"

"Don't mind me. I won't join the dinner. Please do inform them." Datar suaranya memotong ujaran pembantu rumah King's Mansion itu. Lembaran kertas tadi dipeluk erat sebelum kakinya menapak ke arah pintu utama rumah agam itu. Tanpa menoleh lagi, lekas dia membolos masuk ke dalam keretanya. Ingin beredar dari neraka dunia itu.

Pedal ditekan tanpa gentar menambah kelajuan yang tiada hala tuju. Dia hanya meneruskan pemanduan tanpa mempunyai sebarang tempat untuk dia kunjungi. Kegelapan malam mulai menguasai bandaraya metropolitan itu tanpa dia sedari. Tiada air mata yang menitis namun, hati ini tidak lagi tercantum rekahannya.

Kereta diletakkan di sisi lereng bukit sebelum dia bertindak keluar dari keretanya. Angin sepoi-sepoi menampar segenap wajah sehingga helaian rambut yang sengaja dibiarkan bebas menutupi sisi wajah terbuai-buai mengikut hembusan angin malam. Suasana bandar metropolitan dari sisi pandangan bukit berdekatan ini jelas memaparkan kesesakan bandar biarpun hari mulai berkunjung ke tengah malam.

City that never sleeps.

Itulah atorisme yang jelas mengolah keadaan sekarang.

Punggungnya dilabuhkan pada bumper kereta menyaksikan gemerlapan bintang di angkasa yang jelas pada malam itu memandangkan musim luruh hampir ke penghujungnya.

Tika ini, dia melihat adegan yang tidak pernah dia saksikan di mana bahawasanya wujud golongan manusia yang hidup dalam kedaifan di pinggir kota itu. Jelas dia melihat lampu-lampu kecil yang menerangi beberapa buah rumah yang jelas-jelas buruk di matanya terletak tidak jauh daripada kota metropolitan yang berkembang maju itu.

Adegan di mana, kelihatan beberapa kanak-kanak berpakaian compang-camping berkejaran sesama mereka di bawah limpahan cahaya lampu jalanan belakang bangunan yang usang dan ada sebahagiannya sedang mengutip tin-tin kosong yang dia juga tidak mengerti mengapa.

Adakah ini sisi kehidupan yang tidak pernah dia lewati?

Sedari kecil, dia dilimpahi wang dan harta sehingga dia lantas lupa akan erti kasih yang sebenar. Hidupnya dikerah untuk menjana lebih banyak harta tanpa ada rasa bahagia yang terdetik dalam hidup. Emosinya tidak menjadi kepentingan untuk dia dahului kerana jika dia melakukan sedemikian, pasti ada hukuman yang memeritkan menanti.

Walaupun hidup serba kekurangan, mereka terlihat—

"Happy..."

Namun, tidak lama dia menghabiskan masanya di situ. Tubuhnya dibawa bolos kembali ke dalam pacuan empat roda yang mewah itu sebelum pedal ditekan menuju ke penthouse yang dia beli hasil titik peluhnya selama ini.

BAHUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang