2🖤

6 0 0
                                    

Keesokkannya

...............

"Ni baju aku nanti gosokkan ye,aku nak keluar malam ni"kata kakaknya sambil lempar baju tersebut kepada Natasya yang sedang menyapu butter pada roti untuk sarapan

"Kau bisu ke apa tak reti nak balas apa yang disuruh"bidas abangnya bernama alex pula apabila melihat apabila gadis tersebut hanya mengangguk

"Biarlah abang,janji budak pembawa sial ni buat apa yang kita suruh"

Natasya hanya mampu diam dan tidak berkata apa-apa kerana mungkin memang betul dia adalah pembawa sial.

Setelah selesai membuat sarapan dan menggosok baju kakaknya,dia berjalan ke arah bilik kerja ayahnya untuk dipanggil makan

"Papa,sya masuk ye"katanya setelah mengetuk pintu biliknya

"Papa bangun pa.dah 5 pagi nanti papa nak kerja"kejutnya kepada papanya yang sedang tidur di atas meja

"Aku tahu lah,aku dah pesan kan jangan dekat dengan aku nk kejut dari luar je!"tengking tuan kim kepadanya

"Tapi tadi saya dah panggil dari luar, papa tak dengar jadi Sya masuk je"balasannya sambil menunduk kebawah

"Tak payah!kau pergi dari sini,makin lama kau kat sini makan banyak sial kau bagi kat aku!"jerkahnya lagi

"Kau tak faham bahasa ke huh!pergi lah sial!"tengking tuan kim dan menolak anaknya sehingga kepalanya terkena pada bucu almari sehingga berdarah

"Pergi ! "Tanpa berkata apa-apa gadis tersebut pergi dari biliknya papanya sambil menahan tangisan.Dia tak boleh menangis dihadapan mereka,kerana salah seorang dari mereka tak akan pernah peduli dengan air matanya

"Kau fikir,dengan sentiasa nak buat baik dengan papa dia kesian kan kau ke?heh lambat lagi "balas abangnya yang berada di hujung tangga

"Entah budak sial macam kau ni tak layak langsung hidup lah,pergi mati je"lantang kakaknya pula

"Apa ni Kelly,kalau dia ni mati siapa nak buat kerja rumah semua"kata abangnya pula kepada kakak

"Ye tak ye Kalau dia mati siapa nak buat,takat kita nak buat,tak apa kita buat je hidup dia sengsara padan muka dia"

Akhirnya air matanya jatuh juga setelah melihat kelibat abangnya dan kakaknya menghilang

"Aku tak minta tak pun semua ni terjadi,kalau boleh biar aku harap aku yang mati bukan Mama"

Tanpa berlengah dengan segera dia bersiap untuk ke kolej dan menyediakan baju untuk bekerja

Walaupun biliknya tidak seperti abang dan kakaknya dimana dia ditempatkan di bilik yang sedikit kecik , walaupun dirinya dilayan teruk ,Natasya tetap berterima kasih kerana papanya masih lagi memberinya tumpang di dalam rumah tersebut

Setelah bersiap berkemas, Natasya melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menuntut ilmu

Dalam perjalanan untuk ke kolej dia singgah di hadapan rumah sahabat baiknya iaitu Rami,kerana mereka sudah biasa untuk ke kolej bersama-sama

"Eh Sya dah lama ke kau tunggu, sorry doh aku lambat bangun"kata Sahabat baiknya Rami sambil tersengih yang sedang keluar dari pintu rumah

"Tak ada apa,lah,aku okay je lagi pun masih awal lagi ni kan"balasnya sambil tersenyum

"Apa-apa pun asal kau tak call aku Huh semalam,risau aku.Selalu kau call aku lepas balik kerja"bebel Rami kepadanya

"Hehehehe sorry lah,phone aku habis bateri semalam tu tak call kau"balas Natasya namun dia langsung tidak memberitahu perkara lain yang berlaku semalam

"Eh kepala kau ni kenapa huh ! Kenapa bertampal bagai ni?" Rami sedikit menjerit apabila melihat dahi rakan baiknya bertampal ketika dia menghampiri sahabatnya itu

"Tak ada apalah,aku okay je"

"Kau jangan nak bohong dengan aku Sya.Kau cakap macam mana boleh luka ni"namun pertanyaan Rami hanya mendapat diaman

"Siapa yang cederakan kau kalini"

"Papa "balas Natasya pendek setelah lama berdiam

"Aku cuma nak kejut dia bangun tapi memang patut pun kena sebab aku ni pembawa sial kan"

"Apa kau merepek ni,kau salah bukan diorang salah sebab diorang terlalu bodoh bezakan sial dengan takdir."

"Diorang tak terima hakikat yang sebenarnya dan melepaskan semua kesalahan pada kau"sambung Rami lagi

"Aku dah tak kisah ,aku memang layak dapat layanan macam ni"katanya sambil mencuba menahan tangisnya yang akan keluar bila-bila masa sahaja

"Okay dah ii,ni kau mesti belum makan kan.Jom kita gi singgah kafe baru dalam kolej yang baru buka.Dan ingat aku sentiasa ada dengan kau ,aku sayang kau"kata Rami sambil memeluk badan sahabatnya

"Thanksss,aku pun sayang kau"

Fate Or Coincidence?Where stories live. Discover now