6🖤

0 0 0
                                    

"weh sorry tau,buat kau tunggu seorang diri kat meja ni"ucap Natasya sambil datang kemeja di mana Rami duduk sambil membawa air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"weh sorry tau,buat kau tunggu seorang diri kat meja ni"ucap Natasya sambil datang kemeja di mana Rami duduk sambil membawa air

Mereka berdua kini berada di kafe Paradise dimana kafe tersebut merupakan tempat Natasya bekerja

"Takpe aku faham lagi pun ramai customer tadi kan,yang penting nasib boss kau tak halau aku"balas Rami

"Yelah boss aku dah cam muka kau buat apa dia nak halau, lagipun aku dah bagitahu dia pasal kita ni"balas Natasya

"Dah jom kita mulakan pelajaran sementara kafe ni dah takde orang "ucap Natasya lagi

Dengan itu mereka belajar bersama-sama sambil berbual-bual untuk menghilangkan rasa tertekan dari ulangkaji tersebut

"Nah ini untuk kamu berdua"ucap boss Natasya sambil menghulurkan potongan kek serta biskut

"Eh boss saya tak ada order,saya cuma order air je"ucap Natasya yang kebingungan

Manakala Rami hanya mengangguk kepala menandakan mereka tidak order

"Ini saya belanja kamu berdua, belajar rajin-rajin ye, lagi-lagi kamu Natasya mesti kamu penat kan saya mesti perlu hargai kamu"ucap bossnya

"Susah je boss,terima kasih ye sebab dah belanja kami"balas Natasya

"Tak ada apalah hal kecil je,dah sambung belajar sambil tu makan ya.Jangan tak makan"

"Kalau boss rasa ramai orang,saya boleh jadi sukarela bekerja tanpa gaji "balas Rami

Lalu boss Natasya hanya tergelak

"Ada-ada je kamu berdua ni takpe saya ikhlas belanja,dah sambung belajar jadi peguam yang berjaya.saya pergi dulu ye"kata bossnya lalu berjalan pergi dari arah meja mereka

Lalu Natasya dan Rami sama-sama berdiri menunduk hormat padanya dengan tanda terima kasih

"Weh ,tak sangka aku dapat makan free"kata Rami sambil menepuk-nepuk tangannya lalu Natasya hanya tersenyum dengan perilaku sahabatnya

"Kau kalau makanan free memang happy"ucap Natasya

"Bukan aku sahaja ya,kalau orang lain pun mesti happy juga ya"balas Rami lalu mendapat anggukan dari Natasya menandakan dia mengaku kalah

______________________________

"Boss saya dan Rami balik dulu ye"ucap Natasya kepada bossnya

"Bagus,balik sahaja dulu.Kamu mesti penat habis kelas kerja, lagipun dah malam bahaya lewat sangat"kata boss Natasya dan mendapat anggukan dari Natasya dan Rami

"Mana ada malam baru pukul 7 "balas Natasya

"Pukul 7 pun malam,bahaya balik lewat.Dah pergi balik"ujar bossnya

Setelah itu mereka berdua berjalan kaki untuk menuju ke rumah masing-masing, Natasya dan Rami sempat bergaduh kerana ingin menghantar satu sama lain,Dan akhirnya Natasya menang supaya menghantar Rami sehingga depan rumah, walaupun telah dihalang Rami

"Kau okay ke nanti balik seorang diri,dah malam bahaya "tegur Rami apabila mereka telah tiba dihadapan pagar rumah keluarga Rami

"Aku okay lah,kau jangan risau.lagipun aku kan dah biasa seorang diri, lagipun keluarga aku pun tak kisah"balasannya

"Tu keluarga kau,tapi aku risau, parents aku pun"bebel Rami lagi

"Ye,ye jangan risau.aku janji sampai rumah aku call kau eh.Jangan risau"

"Okay,aku percayakan kau, apa-apa call aku,bukan diam je tak nak bagitahu"jeling Rami sambil sambung bebelan,dan Natasya hanya tersenyum kerana dirinya berasa bersyukur mempunyai sahabat yang amat menghargai dirinya

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Natasya berasa tidak sedap hati kerana dirinya merasa ada seseorang sedang memerhatikan dan seperti mengekorinya, dengan itu Natasya berjalan dengan pantas

Apabila sampai sahaja di depan pagar rumah, Natasya dengan cepat menutup pintu pagar dan terus masuk ke bilik untuk menelefon Rami lalu berehat

Namun apabila Natasya ingin menutup langsir di tingkap,dapat dirinya lihat seseorang lelaki berpakaian hitam sedang memerhati,dengan itu dengan cepat Natasya tutup langsir tersebut

Pada keesokkan harinya Natasya seperti biasa bangun di awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk bapanya,Alex dan Kelly merupakan abang dan kakaknya

Setelah itu Natasya sambung untuk mengemas rumah sebelum dia meninggalkan rumah tersebut untuk pergi belajar

Seperti biasa Natasya akan berjalan kaki untuk ke stesen perhentian bas, ketika perjalanan ke sana, Natasya dapat merasakan seseorang sedang mengekorinya lagi seperti semalam

(Siapalah dendam kat Natasya sampai mengikut Jee erk?)

Back to story

Dengan itu Natasya sedaya upaya melajukan langkah

Mukanya tak perlu dicakap,pucat habis seperti mayat hidup sedang berjalan

dan secara tiba-tiba sebuah kereta Tesla model X berwarna hitam yang tidak dikenali berhenti tepat dihadapannya

Nak lihat orang didalam pun tidak dapat kerana cermin pemilik kereta tersebut sungguh gelap

Hal itu membuatkan dirinya semakin gerun kerana tidak tahu kereta tersebut milik siapa,apabila toleh kebelakang Natasya lihat lelaki serba hitam sedang berjalan kearahnya sambil memandangnya.

Secara tiba-tiba tingkap kereta yang gelap tersebut terbuka sepenuhnya dan terlihatlah wajah pemilik tersebut iaitu Donghyuk

Natasya berasa lega sedikit kerana orang tersebut adalah Donghyuck,namun dia masih takut mana tahu Donghyuck boss kepada leki tersebut mana tahu kan

Namun Natasya membuang fikiran negatif tersebut jauh-jauh,dia yakin Donghyuck orang yang baik

"Mari saya tumpangkan awak ke universiti"ujarnya apabila Donghyuk melihat wajahnya pucat kerana ketakutan

Namun Natasya tidak memberi sebarang reaksi dah hanya memandang tepat mukanya dan toleh kebelakang berulang kali

"Saya tahu awak diekori,cepat mari masuk"ujar Donghyuk lagi dan seperti tadi Natasya diam terpegun, akhirnya Donghyuk keluar dari kereta tersebut dan menarik Natasya masuk ke dalam keretanya

Perkara tersebut makin membuat dirinya semakin gelabah ketakutan

Fate Or Coincidence?Where stories live. Discover now