Dalam dunia penulisan, kau kena berjaga-jaga. Andai kata tiba-tiba satu hari itu, kau dapat 'lamaran terbit novel dibawah penerbitan sebuah syarikat.' Pastikan kau kaji dulu latar belakang syarikat penerbitan tersebut.
Kenapa aku cakap macam ni?
Sebab, takut korang tersilap langkah. Dan karya korang jadi milik orang lain, bukan atas nama kau lagi. Dah sign kontrak. Memang tak boleh nak patah balik.
"Macam mana boleh jadi macam itu?"
Kerana nak terbit novel ni ada dua jenis. Aku tak ingat apa namanya, tapi biar aku jelaskan supaya korang faham.
Jenis pertama:
Engkau yang tulis, engkau yang cipta idea, manuskrip tu milik kau, dan bila terbit jadi sebuah novel. Ada nama pena kau dekat depan buku. Menandakan buku tu hasil karya korang.
Jenis pertama ni memang ramai penulis pilih. Termasuk aku.
Contohnya depan depan buku tu ada tulis, "HASIL KARYA CIK ZALIKHA" jadi karya tu memang asli dari Cik Zalikha.
Jenis yang kedua:
Sama juga. Kau yang tulis, kau yang cipta manuskrip tu, idea tu datang dari kau... TAPI!
Bila terbit menjadi sebuah novel, nama pena dekat depan buku tu. BUKAN nama korang tapi nama penulis yang tolong terbitkan buku korang tu. Faham tak?
Contohnya, yang tulis cerita tu Cik Zalikha. Tapi bila dah terbit jadi novel, tiba-tiba kat cover tu tulis "HASIL KARYA SENAH MAT JENIN."
Kiranya macam korang jual manuskrip korang dekat dia. Gitulah kalau cara mudah nak faham.
Duit tetap dapat. Cuma contohnya kalau novel tu tiba-tiba viral, pembaca kenal nama penulis yang tertera dekat buku itu ajelah. Bukan nama kau. Kau tak wujud. Melainkan kalau dia berhati murni untuk selitkan nama kau dekat hujung pages, alhamdulillah. Ada jugalah orang tahu yang karya tu kau yang tulis.
Jadi sebab itulah kena hati-hati. Takut korang tersalah faham, dan terus setuju untuk terbit. Tapi bila dah jadi novel, terkial-kial cari nama sendiri kat karya sendiri tapi tak jumpa. Nak marah pun tiada guna lagi waktu tu.
"Habis macam mana nak tahu kalau terbit novel tu nanti jadi nama kita atau orang lain?"
Korang kena rajin kan bertanya pada orang yang lamar manuskrip tu. Contoh soalan,
-"Kalau saya setuju nak terbit, karya ni akan jadi atas nama saya atau orang lain?"
Kalau dia cakap atas nama kau, baru boleh setuju. TAPI! korang kena siasat juga. Tengok karya-karya orang lain yang pernah terbit dengan dia. Takut kena scam.
Kalau korang nampak semua karya dibawah penerbitan tu balik-balik asyik nama dia aje, Sah! Nanti karya korang akan jadi nama dia juga bila terbit.
Tapi ada sesetengah orang, dia lebih suka jadi penulis macam ini. Jenis pemalu, takut dikenali, memang akan serahkan karya dia dekat orang lain.
Tapi kalau saya, semalu-malu saya, saya tetap nak baca nama sendiri dekat cover. Haha🤣 kita penat2 tulis, tapi orang lain pula yang dapat nama. Memang idokler!
Kemudian, sebelum setuju nak terbit tu. Baca kontrak yang dia bagi tu betul-betul supaya tak salah faham.
Jadi, berhati-hatilah semasa terima lamaran untuk terbit novel. Ya, tahu. Seronok bercampur excited bila ada orang sudi nak terbit karya kita. Tapi bak kata orang tua-tua, kalau seronok sangat nanti hujung-hujung akan menangis.
Banyakkan bertanya, kaji, tengok latar belakang penerbitan, dan akhir sekali baru buat keputusan.
YOU ARE READING
TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAH
Non-FictionTak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling simple dan paling mudah untuk bagi pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan. saya boleh kongsikan!