2. Trauma

47 2 0
                                    

Luna's POV

"Mak, Luna rasa dah tiba masanya untuk Luna tolong keluarga kita. Ayah dah semakin tua. Luna tak sampai hati tengok ayah sorang- sorang bekerja pagi petang untuk menyara kita sekeluarga." Wajah emak kupandang sayu.

Emak hanya menundukkan wajahnya seolah menyembunyikan seribu perasaan yang dipendam. Wajahku dipandang sekilas sebelum pandangannya dilontarkan jauh ke sawah padi.

Padi yang seluas seekar kupandang. Itulah hasil titik peluh aku, emak dan ayah. Sekarang sudah tiba musim menuai jadi aku berhasrat untuk merantau ke kota selepas habis tuaian dengan harapan dapat mengubah nasib keluargaku. Meskipun jauh di lubuk hati ini merasa begitu takut untuk menjejakkan kaki ke kota yang penuh pancaroba, namun demi menampung perbelanjaan sekolah Rafael dan Mikha, aku harus kuatkan semangat.

"Luna, kau yakin ke dengan keputusan kau ni? Kerja kat kampung ni pun okei nak. Mak risau kalau kau kat Kuala Lumpur tu. Kau bukan pernah jejakkan kaki ke sana. Emak takut kau akan terpengaruh dan terjebak dengan masalah sosial." Tangan kasar mak menggenggam tanganku erat.

"Mak, Luna kena ubah nasib keluarga kita. Kalau setakat kat kampung ni, mak pun tahu bayarannya seciput, kan?" Genggaman tangan mak aku balas sambil menghadiahkan senyuman sebaris.

Emak mengeluh panjang sebelum membalas, "kau nak kerja apa sana nak? Kau ada kenal siapa- siapa kat KL ke?"

"Timah cakap dia akan tolong Luna carikan kerja. Lepas tengah hari ni, Luna pergi jumpa dia kejap ye, mak?" Aku teruja kerna emak seperti memberi kebenaran. Aku pasti emak akan berjaya memujuk ayah.

"Baiklah... Kau dah masak untuk tengah hari ke? Kejap lagi adik- adik kau sampai dari sekolah." Tanya mak sambil mengangkat sebuah guni berisi padi ke bahunya kemudian meletakkannya di dalam satu bekas.

"Sudah, mak. Luna masak ikan bilis goreng dengan sayur daun ubi tadi. Luna balik rumah dulu, ye?" Basikal tua kepunyaan kami sekeluarga yang tersandar di pohon kayu kucapai dan kunaiki.

Dengan perlahan dan hati yang girang aku mengayuh basikal di sepanjang jalan kecil kampung itu. Tiba- tiba muncul seorang lelaki dari jauh berdiri di tengah jalan dan aku terpaksa memberhentikan basikalku memandangkan lorong jalan agak sempit.

"Hai Luna..." Apabila aku menghampirinya, baru jelas wajahnya. Hisyam.

"Oh Hisyam... Hai... Maaflah aku tak ada masa nak berborak. Aku kena cepat ni." Senyuman dihadiahkan kepadaku namun kutolak dengan wajah kelat.

"Nak pergi mana, cik adik manis?" Hisyam tersengih- sengih sambil melangkah menghampiriku.

"Aku nak balik rumah. Tepi sikit." Aku menaiki basikal dan hendak mengayuhnya namun tangan Hisyam memegang basikalku lantas menghalang perjalananku.

"Kenapa kau jual mahal sangat, hah? Aku dari dulu lagi tunggu kau tapi sikit pun kau tak pandang aku." Pandangannya tajam merenung anak mataku dan aku menghindari pandangannya.

"Maaflah. Kau cari lah perempuan lain. Banyak kot gadis- gadis cantik di kampung ni yang suka kat kau," balasku selamba.

"Tapi hatiku dah terpaut pada kau, Luna. Siang malam aku terkenangkan wajah kau. Bagilah aku bidadari pun, tak ada yang dapat menggantikan tempat kau di hatiku." Suaranya yang acah- acah manja membuatkan bulu tengkukku meremang.

"Syam, aku tak ada masa nak bercinta. Aku harus mengutamakan keluarga aku. Kau pun tahu kan keluarga aku merantau dari Thailand. Bukan senang hidup di sini. Percayalah kau akan dapat perempuan yang layak mendapatkan cinta kau." Wajahnya ku pandang sekilas. Aku tidak ingin berkelakuan biadap meskipun rasa hati ingin sangat melakukan sedemikian.

"Luna... Kenapa kau cantik sangat? Mata kau yang bersinar membuatkan tubuhku bergetar. Dan aku..." Hisyam memandang tubuhku dari atas ke bawah kemudian pandangannya terhenti di kawasan dadaku. Aku merasa kurang senang dengan keadaan yang aku jangkakan akan terjadi.

"Aku ingin merasa sedikit kemanisan dari tubuhmu, sayang." Lenganku dicapai lantas dipeluknya tubuhku erat.

"Hisyam, tolong jangan buat macam ni. Ini salah. Hisyam, tolong..." Aku meronta- ronta ingin melepaskan diri namun gagal. Aku melihat sekeliling namun tiada kelibat manusia.

"Panggil lagi nama aku macam tu. Aku suka dengar..." Hisyam ketawa berdekah- dekah. Bibirku hendak disambarnya namun kepalaku aku palingkan. Lalu leherku menjadi mangsa ciuman rakusnya.

"Hisyam! Tolong! Lepaskan aku!" Aku tolak badannya sekuat tenagaku namun hanya bergerak seinci ke hadapan.

"Rayu lagi. Aku suka dengar suara manja kau." Aku menumbuk kuat dadanya namun Hisyam hanya ketawa kuat.

"Tolong! Tolong!" Aku berteriak sekuat hati berharap ada orang yang mendengar jeritanku.

"Tak payah minta tolong. Aku kan ada hahaha! Kali ini kau akan jadi milikku, Luna!" Tubuhku dipeluk erat dan ciumannya mendarat ke leherku kemudian turun ke dadaku.

"Jangan, Hisyam! Tolong jangan buat macam ni. Kau akan menyesal nanti." Aku cuba meloloskan diri dengan memusingkan badanku. Dia memelukku erat dari belakang kemudian meramas dadaku.

"Aku akan menyesal jikalau aku tak dapat meratah tubuh kau. Sebab kau jual mahal sangat, aku akan pastikan aku lelaki pertama menyentuh kau. Biar suami kau jijik dengan kau nanti hahaha!" Sekali lagi aku berusaha untuk meloloskan diri dengan menyiku kuat perutnya. Berjaya! Hisyam jatuh terduduk ke tanah.

"Setan kau!" Jeritku sekuat hati apabila perutnya aku tendang. Aku mengatur langkah seribu tetapi Hisyam lebih tangkas menyambar kakiku membuatkan aku tersungkur ke tanah.

"Sialan kau, perempuan! Kau nak main kasar ye? Baik... Ini dia setan yang kau jerit tadi." Tubuhku didaki lalu pipiku ditampar kuat. Aku jadi lemah dan kepalaku berpinar- pinar.

Mataku perlahan terpejam dan aku mendengar hilai ketawa Hisyam si durjana. Badanku sudah longlai dan aku rasa ciuman rakusnya yang hinggap di bibir kemudian leher dan dadaku.

--------

"Luna, bangun nak..." Suara emak membangunkan aku dari tidur yang lena. Kelopak mata ku buka perlahan. Aku melihat wajah emak yang basah dengan airmata.

"Kenapa mak menangis?" Aku hairan lalu aku memandang sekeliling. Aku berada di bilik tidurku. Entah kenapa aku rasa asing. Ingatanku cuba mengumpul memori yang tercicir.

"Luna okay, nak?" Kali ini tangisan suara emak memenuhi bilik itu.

"Luna okay, mak. Kenapa mak menangis? Ayah mana?" Aku menjadi berdebar menjangkakan sesuatu yang buruk menimpa ayah. Aku bangun lalu duduk namun kepalaku kembali sakit.

Emak menggeleng. "Ayah kau ada di ruang tamu."

Belum habis ayat dituturkan, aku mulai menangis. Aku sudah dapat mengingati apa yang telah terjadi pada diriku. Emak lantas memelukku erat.

"Mak! Luna sudah dinodai!" Aku menangis dengan keras lagi. Emak dengan cepat menggelengkan kepalanya.

"Tidak, nak. Dia tak sempat menodai kau. Pakcik Leman yang selamatkan kau." Belakangku diusap laju.

Aku menghabiskan sisa tangisanku di dalam dakapan emak. Peristiwa pahit itu amat menakutkanku. Pada masa yang sama aku bersyukur mahkotaku masih terselamat.

Setelah tangisanku reda, emak mulai berbicara. "Nak, kau pergi sajalah ke Kuala Lumpur dengan Timah. Kalau boleh esok pagi juga kau berangkat. Di kampung ini tidak selamat untuk kau. Hisyam masih ada di kampung ini. Dia tidak diberkas oleh pihak polis. Mentang- mentanglah ayahnya seorang pegawai polis, dia boleh terlepas macam tu saja."

Aku jadi terkedu. Aku sama sekali tidak terfikir tentang keberadaan Hisyam. Aku menjadi takut lalu kedua lututku kupeluk erat.

"Pergilah nak… Ayah dah benarkan kau pergi merantau. Luna jaga diri baik- baik ye? Ingat emak, ayah, Rafael dan Mikha. Kirim surat nanti ye, nak?" Rambutku diusap kemudian dicium lama. Aku kemudian mengangguk setuju di dalam pelukan emak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Haram Untukmu Where stories live. Discover now