MunirahMunirah merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Institusi Islam di sebuah kolej Islam terkemuka di tanah air. Umurnya baru mencecah 22 tahun dan sedang berada di semester keempat di kolej. Munirah memiliki tubuh kecil comel dan mempunyai senyuman yang sangat manis dia wajahnya yang cantik.
Munirah seorang pelajar yang aktif di kolej dan sering menyertai program keagamaan bagi meningkatkan pengetahuan agamanya. Kerana itu Munirah sangat menjaga penampilan dirinya sebagai seorang muslimah. Dia sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat. Bertudung labuh dan memakai pakaian yang tidak ketat supaya bentuk tubuh badannya tidak terdedah. Tambahan pula Munirah juga menerima didikan agama yang baik dari ibu bapanya sejak kecil.
Munirah juga amat disenangi oleh kawan-kawan sekuliah dan pensyarahnya. Tingkah lakunya yang peramah dan suaranya yang lembut dari bibir nipisnya telah berjaya membuat mana-mana lelaki terpikat dengan Munirah. Namun, Munirah sudah mempunyai teman lelaki dan merancang akan berkahwin selepas tamat belajar nanti.
Dalam kesibukan belajar dan menjalani kehidupan biasa sebagai pelajar kolej, peperiksaan semester keempat akhirnya tiba. Peperiksaan semester keempat berlangsung selama tiga minggu. Munirah berjaya mengharungi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan itu dengan jayanya.
Cuti semester pun bermula. Munirah akan bercuti selama tiga bulan sebelum semester seterusnya bermula. Setiap kali cuti semester, Munirah akan bekerja bagi mengumpul duit untuk simpanan masa hadapan. Munirah juga ingin mengumpul duit untuk berkahwin bermula dari awal. Dia dan teman lelakinya telah sepakat untuk kumpul duit kahwin bersama-sama.
Pelbagai pekerjaan sampingan yang Munirah lakukan. Munirah mengikuti perniagaan sebuah produk secara atas talian. Setiap penjualan akan memberikan hasil yang lumayan kepada Munirah. Munirah juga pernah terlibat menjadi model sebuah jenama tudung. Pekerjaan yang seringkali Munirah lakukan adalah menjadi guru tadika di tadika swasta.
Walaupun Munirah tidak ada latar belakang pendidikan, Munirah diterima menjadi guru tadika kerana tadika itu kekurangan guru dan pemilik tadika itu mengenali Munirah dan keluarganya. Dari situ Munirah menimba pengalaman menjadi guru tadika. Sejak itu, Munirah akan meletakkan dalam resumenya pengalaman menjadi guru tadika. Semester seterusnya, Munirah berjaya menjadi guru tadika di tadika yang lain. Tindakan bijak ini membuat Munirah senang diterima di mana-mana tadika yang dimohonnya.
Sebelum cuti semester bermula, Munirah telah mengisi borang permohonan menjadi guru tadika secara atas talian di beberapa tadika berdekatan dengan tempat tinggalnya. Munirah juga mengisi permohonan di negeri-negeri yang lain. Kali ini Munirah ingin rasa pengalaman bekerja di tempat yang jauh dari keluarganya. Munirah ingin belajar hidup berdikari di tempat orang. Jika ada rezeki, Munirah akan terima.
Beberapa email masuk. Munirah menerima keputusan permohonan guru tadika . Munirah gembira semua permohonannya diterima termasuk tadika dari negeri lain. Munirah berminat untuk terima tawaran bekerja di sebuah tadika di negeri lain. Setelah berbincang dengan kedua ibu bapanya, Munirah mendapat restu dari keluarganya untuk bekerja di negeri lain sepanjang cuti semester berlangsung.
Terdapat tiga tawaran dari tiga buah tadika dari negeri lain. Munirah mengkaji maklumat ketiga-tiga tadika ini. Akhirnya Munirah pilih tadika yang menawarkan tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding dua buah tadika lagi. Selepas menghubungi majikan tadika itu, Munirah terus mengemaskan barangnya. Munirah akan mula bekerja dalam masa 3 hari lagi. Ibu bapa Munirah menghantarnya ke stesen bas.
Munirah dan ibu bapanya berpelukan selepas menyimpan barang-barangnya dalam bas. Ibu bapanya melambai Munirah dari luar bas. Munirah membalas kembali melambai ibu bapanya. Perjalanan ke destinasi memakan masa empat jam. Munirah menyandarkan kepala di kerusi bas dan melelapkan mata berharap akan bangun bila bas sudah sampai di destinasi yang ditujunya. Bas itu bergerak merentas lebuh raya dengan lancar menuju destinasi yang akan mengubah hidup dan diri Munirah untuk selamanya.
YOU ARE READING
Kisah Penganiayaan Munirah
Teen FictionKisah ini dikarang berdasarkan fantasi aku dari kisah benar kes guru tadika berumur 26 tahun dirogol budak sekolah berumur 16 tahun pada tahun 2013 yang lepas.