Part 5: Pengkhianatan

3.2K 36 12
                                    

Pengkhianatan

Sudah seminggu beberapa hari sejak kes itu selesai. Sakit-sakit pada tubuh comel Munirah akibat dirogol beransur pulih. Kesan lebam pada muka Munirah juga sudah susut tanpa meninggalkan parut dan kesan cedera. Sekarang Munirah berada di hospital bagi mendapatkan pemeriksaan terakhir dari doktor. Munirah sedang menunggu di luar bilik doktor menunggu namanya dipanggil. Bayangan Man merogolnya masih menghantui fikiran Munirah. Mata Munirah berair.

"Cik Munirah" tegur seorang jururawat yang keluar dari bilik doktor.

"Ya saya." balas Munirah tersedar dari lamunan.

"Jemput masuk" jururawat itu jemput Munirah masuk ke dalam bilik doktor.

Munirah segera mengelap matanya yang berair. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan masuk ke dalam bilik doktor. Munirah melihat doktor perempuan sedang duduk sambil menulis laporan pesakit sebentar tadi.

Pihak hospital sudah mengarahkan Munirah diperiksa oleh doktor perempuan bagi memudahkan rawatan susulan dijalankan terhadap Munirah. Tujuan doktor perempuan ditugaskan selain doktor lelaki adalah untuk memberi keselesaan kepada Munirah yang masih trauma dengan kejadian menimpa dirinya. Doktor perempuan yang ditugaskan untuk memeriksa Munirah sudah sedia menunggu.

"Assalamualaikum" ucap Munirah selepas melangkah masuk ke bilik doktor.

"Waalaikumussalam. Apa khabar Cik Munirah?" tanya doktor.

"Khabar baik doktor" jawab Munirah sambil memaksa diri senyum.

"Jemput duduk" pinta doktor.

"Terima kasih" lalu Munirah duduk di kerusi hadapan doktor.

Doktor melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian. Ujian air kencing juga dijalankan. Sementara menunggu keputusan ujian, doktor ajak Munirah berbual.

"Harap Cik Munirah kuat ya. Semuanya akan baik-baik saja." pesan doktor.

"Terima kasih" balas Munirah sebak dengan sokongan moral diterima dari doktor itu.

Doktor itu memegang tangan Munirah dengan harapan Munirah akan terus kekal kuat selepas ditimpa musibah yang berat ini. Keputusan ujian telah keluar. Ujian darah dan air kencing telah mengesahkan Munirah tiada jangkitan penyakit seperti HIV, AIDS dan penyakit kelamin dari perogolnya. Perogolnya juga disahkan negatif dadah selepas ditangkap. Munirah juga disahkan tidak mengandung. Rahim Munirah telah bersih sepenuhnya. Rawatan susulan berjaya selamatkan Munirah dari mengandung benih perogolnya. Munirah mengalirkan air mata kesyukuran.

Selepas selesai berjumpa doktor, Munirah terus keluar dari hospital untuk pulang ke rumah sewanya. Munirah berjalan kaki ke arah bustop di luar hospital. Setiba di bustop, Munirah duduk dan membuka telefon bimbitnya. Munirah membuka aplikasi ehailing. Munirah hendak menempah kereta ehailing untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Tidak lama selepas itu, ada kereta berhenti dihadapan bustop. Belum sempat Munirah menempah kereta ehailing, ada suara memanggilnya dari dalam kereta tersebut. Munirah memandang ke arah suara yang memanggilnya dari dalam kereta itu. Cermin tingkap telah diturunkan.

"Pakcik!" Munirah nampak Pak Madi dari dalam kereta.

"Munirah nak balik ke? Jom pakcik hantarkan." jemput Pak Madi.

Setelah berfikir sejenak.

"Boleh." Munirah terus setuju tanpa syak apa-apa.

Munirah bangkit dari tempat duduk bustop terus berjalan ke arah kereta Pak Madi. Munirah membuka pintu dan terus masuk ke dalam kereta. Munirah duduk di sebelah Pak Madi. Bagi Munirah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Pak Madi baik hati. Pak Madi pun dah banyak menolongnya. Munirah bersetuju naik kereta Pak Madi kerana dia masih takut hendak ke mana-mana berseorangan. Dia juga fikir banyak kali sebelum menempah ehailing untuk hantarnya ke hospital pagi tadi. Baginya sekarang semua lelaki tidak boleh dipercayai. Pemandu ehailing pun kebanyakkannya lelaki.

Kisah Penganiayaan MunirahWhere stories live. Discover now