Zaidan hanya menghantar Safiyya di pintu rumah sahaja. Safiyya tidak mahu jikalau papanya melihat. Dia tahu papa tidak suka jika dia bersama Zaidan."Thank you tuan Han teman saya hari ni dan tolong hantar saya balik" ujar Safiyya.
Dia masih tidak percaya yang mereka sekarang sedang suka antara satu sama lain. Dia juga tidak menyangka yang dia akan membuka pintu hatinya untuk bercinta.
Pesona Zaidan telah merubah segala-galanya. Benteng hati yang kukuh dari dulu akhirnya roboh begitu saja. Begitu kuat aura Zaidan pada Safiyya.
Begitu juga Zaidan. Sejak kecil dia tidak percaya dengan cinta. Baginya cinta itu rumit dan dia tidak bersedia untuk itu.
Namun selepas berjumpa dengan Safiyya, hatinya bagai terusik. Dia sering menafikan perasaannya namun semakin dia menafi, semakin dia angau.
Jadi dia buat keputusan untuk cuba merasa sendiri bagaimana rasa mencintai dan dicintai. Dia berharap Safiyya adalah cinta pertama dan terakhirnya.
"Tuan Han?" panggil Safiyya apabila Zaidan mengelamun.
Tersedar Zaidan. Dia berdehem sedikit. "You're welcome and congrats again love. You make me proud of you"
Dia mengusap lembut kepala Safiyya sambil tersenyum nipis. Seronok hatinya melihat senyuman Safiyya yang semakin lebar. Cantik sangat.
"Dah pergi masuk, kau tak sabar nak bagitahu mama papa kan? Aku yakin pasti mereka gembira dengan kau"
Safiyya mengangguk laju dengan senyuman manis.
"Saya masuk dulu, jumpa lagi tuan Han. Jangan rindu saya tau hihi" gurau Safiyya.
"Dont call me tuan Han again, just call me, Han. Kalau nak lagi manis, panggil aku abang pun cantik jugak kan?"
Sengaja Zaidan menayang senyum nakal tatkala mengusik Safiyya. Lucu dia melihat pipi Safiyya semakin merah.
Comel sangat kenapa eh? Kang ada yang aku culik bawa balik rumah.
"Okey baby Han hihi" Safiyya menjelir lidah sedikit sebelum berlari masuk kedalam kawasan rumah.
Zaidan menolak lidah ke pipi. Dia meraup wajahnya berkali-kali. "Kau buat aku gila Dara!"
Dia masuk kedalam kereta setelah memastikan Safiyya selamat masuk kedalam rumah. Dia terus bergerak meninggalkan kawasan rumah Safiyya.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
"Assalamualaikum..."
Sofia dan Puan Sarimah terus mengalihkan pandangan apabila mendengar suara Safiyya.
"Waalaikumussalam Pia.." serentak mereka menjawab. Hanya Tuan Adam sahaja yang menjawab didalam hati.
Safiyya terus melabuhkan punggung disebelah Sofia yang masih berpakaian kerja. Pasti Sofia juga baru pulang dari kerja.
"Pia ada benda nak bagitahu semua" teruja Safiyya.
"Apa tu Pia? Bagitahu lah, mama tak sabar nak dengar ni" balas Puan Sarimah.
"Betul-betul!"
Sofia mengiyakan kata-kata mamanya. Dia juga tidak sabar ingin mendengar berita gembira yang ingin disampaikan oleh Safiyya.
"Pia diterima kerja dekat syarikat AN Crystal Sdn Bhd tu!" ujar Safiyya dengan teruja. Tersenyum lebar dia.
Sofia menjerit gembira dan terus memeluk erat tubuh adik kembarnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan gembiranya sekarang.
"Piaaa! You made it! I'm so proud of you!" kata Sofia sambil mencium pipi Safiyya berkali-kali.
"Mama pun bangga dengan Pia. Mama tahu anak-anak mama semua pandai. Syukur alhamdulillah sayang" ucap Puan Sarimah sambil mengusap kepala Safiyya.
Sedang mereka bergembira, Sofia mengalihkan pandangan memandang Tuan Adam yang hanya diam menonton televisyen.
"Papa, Pia dapat kerja dekat situ. Papa mesti bangga kan?" soal Sofia dengan senyuman manis.
Berharap agar Tuan Adam memberi kata-kata yang menggembirakan hati kembarnya. Pasti Tuan Adam berbangga dengan Safiyya.
Syarikat Tuan Aayden bukan calang-calang syarikat. Mereka juga mempunya banyak cawangan diluar negara termasuk Indonesia dan Thailand.
"Perlu ke papa bangga? She's not my daughter" mendatar suara Tuan Adam.
Tergamam Safiyya yang sedang memeluk Puan Sarimah. Hilang senyuman lebarnya sebentar tadi. Sampai hati papa...
"Ya Allah abang! Apa abang cakap ni? Andara Safiyya ni anak kita! Anak kandung kita abang!" marah Puan Sarimah.
Tuan Adam menghempas kuat alat kawalan jauh di atas meja. Terhinjut bahu mereka yang berasa disitu.
"Abang dah cakap dekat Mah. Anak abang cuma Sofi! Susah sangat ke nak faham?!" tinggi suara Tuan Adam bertanya.
Puan Sarimah terus melepaskan pelukan Safiyya dan bangun berdiri dihadapan Tuan Adam. Suaminya sudah melampau!
"Abang dah melampau!"
"Saya yang mengandungkan dia. Saya yang melahirkan dia. Saya besarkan dia dengan cukup kasih sayang. Tapi abang! Dengan senang abang cakap yang dia bukan anak kita!"
"Sebab apa? Hanya sebab dia selalu kurang daripada Sofi? Sebab abang tak boleh nak gunakan dia untuk abang dapat pujian? Macam tu ke abang?!"
Terdiam Tuan Adam. Tidak pernah Puan Sarimah meninggikan suara kepadanya. Selama ini Puan Sarimah seorang yang sangat lemah lembut.
"Abang tahu tak saya penat nak layan perangai abang ni? Dari kecil abang seksa Pia, saya sabar je sebab saya takut dengan abang. Tapi sekarang saya dah takboleh sabar lagi!"
Puan Sarimah berhenti seketika sambil mengetap rahang menahan geram.
"Sekali lagi abang hina atau naik tangan dekat Pia, saya akan tinggalkan rumah ni! Saya bawa Pia dengan Sofi pergi jauh dari hidup abang!"
Kata Puan Sarimah berbaur amaran. Dia sudah tidak boleh tahan lagi. Selama ini dia hanya bersabar kerana tidak berani melawan kata-kata suaminya.
Tetapi makin lama, suaminya makin melampau. Sakit hatinya bila Tuan Adam berkata yang Safiyya bukan anak mereka. Sedangkan dia sendiri yang melahirkan kedua-dua puterinya.
Puan Sarimah menarik tangan Safiyya masuk kedalam bilik. Meninggalkan Sofia bersama Tuan Adam di ruang tamu. Dia harus memujuk Safiyya agar tidak lemah semangat.
"Puas hati papa? Mesti papa puas kan? PUAS HATI PAPA SEKSA MENTAL DAN FIZIKAL PIA SELAMA NI?!" naik tinggi suara Sofia.
Naik turun nafasnya menahan airmata daripada gugur. Dia menggenggam erat tangannya.
"Sofi kecewa dengan papa!" kata-kata terakhir Sofia sebelum mengambil beg tangan dan keluar daripada rumah.
"SOFI!" laung Tuan Adam. Namun sia-sia apabila mendengar bunyi kereta Sofia semakin menjauh dari kawasan rumah.
![](https://img.wattpad.com/cover/371600177-288-k420902.jpg)
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ COMPLETE ]
Roman d'amour[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...