Bab 66 🕊️

1.3K 107 1
                                    


Suasana di halaman rumah Zaidan masih meriah dengan rakan-rakannya yang sedang menjamah makanan yang dimasak sebentar tadi. Safiyya menepuk-nepuk pinggul Haq bagi mendodoi anak kecilnya itu.

Zaidan yang baru sahaja siap membancuh air terus menuju ke khemah dan melabuhkan punggung di sebelah Safiyya. Terjongket sebelah keningnya apabila melihat pinggan Safiyya langsung tak terusik.

"Baby, kenapa tak makan? Tak sedap ke?" soalnya kepada Safiyya yang sedang mendodoi anak mereka.

Safiyya tersenyum manis. "Little boo merengek tadi. Baby kena tidurkan dia dulu. Kejap lagi baby makan ye" balas Safiyya. Dia mencium sekilas dahi Haq Suhayl.

Fayyadh yang sedang menjamah kambing bakar terus tersenyum senget apabila mendapat idea untuk mengusik Zaidan. Dia berdehem seketika.

"Dara nak makan? Abang Yadh tolong suapkan nak?" kata Fayyadh sambil mengerling Zaidan dengan hujung mata. Dia menahan tawa melihat mata bundar Zaidan dan Safiyya terbeliak luas.

Raiyan menyinggung pinggang Fayyadh yang duduk disebelahnya. "Hoi, kau ni buang tebiat ke?" katanya dalam nada berbisik keras.

Fayyadh menjuling bebola mata keatas. "Shut the fuck up" bisiknya juga. Dia masih memandang Safiyya. Menunggu jawapan dari Safiyya.

Zaidan sudah memincing mata memandang Fayyadh. Seperti singa memerhati mangsa untuk dimakan. Tajam mata helangnya.

"Excuse me? You see my husband there? Think before you talk, Yadh. Do you even listen to the things that come out from your mouth?" balas Safiyya. Wajahnya seperti biasa, polos.

Tercengang Fayyadh Izdiyad. Diam langsung tidak berkutik. Terkebil-kebil mata mencari idea untuk membalas kata-kata Safiyya.

"Pfttt .... HAHAHAHAHAHA" terlepas ketawa besar di bibir Arash dan Zaidan. Zaidan ketawa sambil menepuk perut. Mahu menunjukkan yang dia betul-betul terhibur.

"Padan muka. Ha nak kacau isteri aku lagi kan. Belum aku lagi tau yang balas. Mahu terkentut kau nanti" kata Zaidan sebelum menjelir lidah ke pada Fayyadh. Puas hatinya.

Safiyya hanya menggeleng kepala.

"Maaf semua, Dara minta diri sebentar ye. Nak tidurkan Haq kejap" ujar Safiyya kepada yang lain. Zaidan juga turut bangun. "Eh kau nak pergi mana?" soal Fayyadh kepadanya.

"Tidurkan anak aku lah" laju Zaidan membalas.

"Kau bukan tidurkan anak kau. Kau nak ambil kesempatan lepas anak kau tidur kan? Karang takpasal-pasal Safiyya mengandung lagi. Haq baru 4 bulan" kata Fayyadh. Dia tahu akal Zaidan. Pantang berdua dengan Safiyya mesti nak jadi kucing mengawan.

Zaidan menjuling bebola mata keatas. "Macam mana kau tahu hah?" soalnya dengan jelingan yang tajam.

"Aku tahu lah" balas Fayyadh sambil menyumbat daging kambing kedalam mulut.

"Shut up you" terus Zaidan berlalu masuk kedalam rumah mendapatkan isteri dan anaknya.

Mereka yang lain kembali menjamah sehingga larut malam. Sekarang giliran para ayah pula untuk menjaga anak-anak. Para ibu mahu makan sambil bergosip.

🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️

Safiyya yang menepuk pinggul Haq mengalihkan pandangan ke kiri sekilas. Tersenyum dia memandang Zaidan yang elok sahaja menongkat dagu sambil merenungnya.

"Ya abang. Abang nak apa pandang baby macam tu?" soal Safiyya dengan nada suara yang diperlahankan sedikit.

Zaidan senyum manis. "Abang tak percaya, little boo dah 4 bulan kan, baby" katanya. Dia membetulkan sedikit selimut dibadan Haq yang sudah dijemput lena.

Tangannya naik menggenggam erat tangan Safiyya. "Terima kasih abang" ucap Safiyya secara tiba-tiba. Zaidan menjongket sebelah kening keatas.

"For what my love?"

"Sebab bagi peluang dekat baby untuk rasa pengalaman jadi seorang ibu. Pengalaman yang baby teringin sangat. Baby tahu dekat luar ramai lagi yang belum ada rezeki. Ada yang menunggu sampai 10 tahun kan abang" balas Safiyya dengan pandangan sayu.

Sayu dia memikirkan para isteri yang masih menunggu diberikan rezeki zuriat. Sesungguhnya dia sendiri tidak kuat untuk menghadap situasi itu. Pasti mereka juga akan diuji dengan mulut orang sekeliling yang bertanya dan mengata. Bagi Safiyya, mereka sangat kuat.

Zaidan mengusap tangan Safiyya dengan penuh kasih sayang. "Alhamdulillah, rezeki kita Allah bagi Haq untuk teman kita berdua. Untuk mereka yang masih menunggu untuk mengandung tu, kita doakan untuk mereka ye?"

Tangan putih mulus Safiyya dikucup lembut. Bukan sekali sahaja dikucup tetapi berkali-kali. Safiyya pula tertawa kecil apabila tangannya tergesel dengan kumis nipis suaminya.

"Dan satu lagi. Jangan cakap yang baby tak kuat. Sejujurnya baby seorang yang sangat kuat. Even stronger than me. Banyak dugaan yang baby hadap dari kecil sampai lah kita dah kahwin. Baby hilang tempat baby berlindung. Orang yang sepatutnya melindung dan menjaga baby adalah orang yang sama menyeksa fizikal dan mental baby"

"Baby kuat sebab baby tak pernah berputus asa. Baby kuat semangat. Baby tetap tersenyum dikala hati baby sakit bagai disiat-siat. Abang bangga dengan baby"

"I'm really proud of you, my angel" Zaidan menghabiskan kata dengan kucupan hangat dibibir mungil Safiyya. Tersenyum Safiyya sebelum membalas ciuman Zaidan.

Belum sempat mereka menikmati, Haq merengek apabila botol susu terkeluar dari mulutnya. Terus mereka melepaskan bibir masing-masing. Memerah pipi Safiyya. Terasa panas pula tiba-tiba.

"Shhh shhh babah ada walaupun little boo kacau babah dengan mama" pujuk Zaidan sambil menyumbat puting botol susu ke bibir kecil Haq perlahan-lahan.

Zaidan mengalihkan pandang dan kebetulan Safiyya juga memandangnya. Dia menyengit nakal sebelah mata dengan senyuman senget.

Baru cium dah malu. Sejak bila pula Safiyya ni pandai malu dengan dia. Sejak dah jadi seorang ibu agaknya.

'Haih Dara, semakin hari, kau buat aku semakin gila'

2 | Han's Baby 🪽 [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now