Bab 5

7 4 0
                                    

Myra sedang membancuh air kopi di dalam dapur sambil mendengar perbualan Ibunya

"Hmm..." Gumam Myra sambil pandanganya jatuh kedalam kopi yang sedang di bancuh

"Aw-"

"MAK KAU KATAK" Telatah Myra apabila ada suara dari belakang membisik tiba-tiba

"Hm, apa awak nak?" Tanya Myra sambil mencekak pinggangnya seperti abang Saleh

"Tengah buat apa tu?" Soal Ammar sambil memanjangkan lehernya mengintai apa yang Myra sedang membancuh

"Tengah basuh berak budak, kenapa awak?" Soal Myra sambil mendongak keatas

Ammar sengih jahat dan gigit pipinya dari dalam dan menyandar pada meja

"Makanan aku" Goda Ammar sambil menjilat bibirnya

"Uwerk" Myra memberi pandangan kotor pada Ammar. Dia setankan aku!

"Kau ni aku lempang juga dengan tali pinggang ni" Ammar meletakkan tanganya di tali pinggang, sekali Myra memberi pandangan kotor itu lagi, tak pasal-pasal lebam

Myra mengambil senduk besi dan meletakkan dekat dengan batang hidung Ammar

"pernah merasa senduk besi masuk dalam hidung?" Myra mendekatkan lagi senduk besi itu ke hidung Ammar

"Tacut.." Ammar membelakangi dirinya dan menyorok belakang langsir dapur, seperti kambing ketakutan

"EH KAMBING NI"

"Eh Blusher ni" Ammar mengejek Myra dengan gelaran Blusher

"Biarlah blusher pun! Daripada awak kambing!" Myra mengangkat tinggi senduk besi. Sesekali Ammar mengejeknya lagi, laga kepalanya dengan senduk besi ni

"Amboi, bikin paling romantis ni" Tegur Puan Sa'adah membuatkan kedua-dua mereka berpaling kearah Puan Sa'adah

"Mana ada ma!" Myra mula menurunkan tanganya dan mengesok jauh dari Ammar.

Ammar keluar daripada belakang langsir dan sengih serta garu belakang lehernya

"Maaf ya, puan. Main belakang langsir orang macam budak kecil tapi umur dah
30 lebih, hehehe" Ammar menunjukkan sifat malu dirinya

"Hehe kau" Myra menjeling Ammar dan pandang wajah si Ibu

"Ammar dah siap guna tandas atau belum?" Tanya Puan Sa'adah

"Belum lagi, saya masuk ya" Ammar meminta izin dan Puan Sa'adah mengangguk

Laju Ammar melarikan dirinya kedalam tandas dan Myra membawa kopi yang telah dibancuh ke ruang tamu.



+++++


Hari ini adalah hari pertunangan Ammar dan Myra

Myra sedang menepuk pipinya sendiri dan pipinya berwarna merah tona kerana terlalu malu

"Adik, jom" Puan Sa'adah mengajak anak bongsunya untuk keluar daripada biliknya dan bertemu dengan menantu mereka

Myra melepaskan hebusan nafas dan bangun dari birai katil dan berjalan kearah pintu biliknya

"bismillah" gumam Myra lalu memulaskan pintu

Kesemua menantunya pandang kearahnya dengan wajah terkejut kerana wajahnya yang cantik dan sempurna

Ammar yang sedang duduk menumpukan perhatianya pada Myra

Perlahan-lahan, senyuman senget mula menyinggah di bibirnya

Perlahan Myra berjalan kearah pelamin dengan sejambak bunga di tanganya dan duduk diatas pelamin

Puan Sumayyah senyum manis dan bangun lalu duduk diatas pelamin bersebelahan dengan Myra

Perlahan dia melihat wajah cantik bak bidadari idaman setiap lelaki sehingga mata mereka bertemu

"Mummy, tolong sarungkan cincin untuk Myra ya?" Soal Puan Sumayyah dengan lembut dan senyuman manis.

Myra mengangguk perlahan dan mata mereka bertemu berdua apabila Myra membalas pandangan Puan Sumayyah

Puan Sumayyah memasukkan cincin kedalam jari manis Myra dengan lembut supaya tidak menyakitkan Myra

"Sakit tak?"

"Tak"

Puan Sumayyah lega apabila dengar jawapan Myra yang dia tidak sakit.

Semua orang mula menadah tangan lalu mengaminkan doa. Mata Myra mula bergerak kearah Ammar yang duduk

Ammar mula memandang kearah Myra dan senyum nakal dibibirnya

Laju-laju Myra mengalih pandangan kearah lain. Tak suka lah lelaki gatal macam dia ni!

Usai mengaminkan doa, mereka mengadalan sesi foto dan menjamah makan yang tersedia diatas meja yang disusun dengan teratur

𝗦𝗶 𝗣𝘂𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗺𝗺𝗮𝗿Where stories live. Discover now