Myra sedang berehat di atas katil biliknya sambil menonton setia video yang lalu di aplikasi tiktoknya. Dia menguap kecil dan berasa mengantuk, mata mengerling jam 12:00pm
Sudah masuk pukul 12 malam dah, lebih baik dia tidur dulu kalau tak kena kantoi
Telefon ditutup dan diletakkan ditepi, selimut ditarik untuk menyelimuti badanya dan bantal busuk ditarik dan dipeluk lalu dibuai mimpi
+++++
Myra berdiri dihadapan Ammar, kereta berjenama Tesla ditenung tiba-tiba dengar suara Ammar gelak
"Kenapa awak gelak?" soal Myra, sebelah keningnya diungkit
"Kenapa awak tenung kereta saya? Cantikkan? macam orang depan saya ni" Ammar senyum biasa saja
"Tak apalah, saya balik KL dulu" Ammar memusingkan badanya
"Nak..."
"hm?" Ammar ungkit keningnya dan wajah Myra ditilik
"umm, nak ikut?" Soal Myra agak sedikit ketakutan
Ammar hanya ketawa kecil dan bumbung keretanya ditepuk dan wajah Myra ditilik lagi sekali, senyuman jahat itu muncul lagi!
"Saya bagi awak masa 17 minit, sekarang waktu 8:30 pagi, nanti pukul 8:47 awak ada kat sini. Now, go pack your things" Arah Ammar
Myra mengangguk kecil dan berlari masuk ke rumah dan menyimpan semua barang-barangan penting dan pakaian-pakaianya ke dalam luggage yang kecil tetapi muat banyak barang
hampir 13 minit juga dia menyimpan barang-barang, semua beg dan bagasi dibawa keluar dari rumah dan dibawa ke tangga rumah
"Ammar"
"hm?"
"berat"
"mengada"
"tolong lah!" Myra merengek kecil dan hentak kakinya, Ammar hanya ketawa dengan telatahnya dan gelengkan kepalanya
"haish, Iyalah, Cayang" Ammar mengenyitkan matanya dan menarik bagasi dan diangkat seperti beratnya tiada apa-apa
"Tak berat ke?" soal Myra
Ammar mengeluh, berhenti jalan dan memutarkan badanya sedikit
"awak tanya saya banyak soalan ni kenapa? awak macam risaukan sangat pada saya atau...."
"awak jatuh cinta dengan saya?"
Pipi Myra mula bertukar menjadi merah dan matanya membulat, pipi dikembungkan sedikit dan bibir bawah di gigit sedikit, Malu!
Ammar hanya senyum dengan telatah si tunang
"Aipp, comel ni, dah, jom" Ammar mengajak Myra
Myra hanya ikut dari belakang dan duduk bersebelahan Ammar
Myra menyandar ke kerusi kereta dan melihat tangan Ammar yang berurat itu menghidupkan enjin kereta
dengan lafaz basmallah yang di ucap, kereta mula meninggalkan tempat
ಠ_ಠ
YOU ARE READING
𝗦𝗶 𝗣𝘂𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗺𝗺𝗮𝗿
Romance𝗦𝗶 𝗽𝘂𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗺𝗺𝗮𝗿 Jangan lupa vote the story! 𝙎𝙞 𝙥𝙪𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝘼𝙢𝙢𝙖𝙧❤️ Ammar, Ammar Ialah seorang lelaki yang sangat digeruni oleh ketakutan kerana genggamanya sangat lah bahaya dan berumur 37 Myra, seorang wanita...