Seminggu kemudian...
Safiyya yang sedang menaip di komputer riba terus mengangkat wajah apabila mejanya diketuk. Terbuntang matanya melihat gerangan yang mengetuk itu.
"Baby Han!" jerit Safiyya dengan separuh berbisik.
Zaidan hanya senyum biasa sahaja. Kerana ramai pekerja yang lain sedang melihat mereka. Dia tak akan sesekali mempamerkan senyum manisnya ketika dikhalayak ramai.
Senyum manisya hanya untuk Safiyya sahaja.
"Tengah buat kerja ke?" soal Zaidan. Dia menyandarkan punggung di penjuru meja Safiyya.
Safiyya mengawal perasaan terujanya. Dia senyum manis lalu menggeleng kecil.
"Taklah, dah siap dah kerja saya"
"Lunch dengan aku nak?" pelawa Zaidan. Terkebil-kebil mata Safiyya. Selama seminggu bekerja disini, dia hanya menghabiskan masa lunch di cafe syarikat ini sahaja.
"Boleh ke?" soal Safiyya kembali.
"Apa pulak tak boleh? Kau kan princess aku" balas Zaidan dengan selamba.
Safiyya mengemam bibir menahan senyum lebar terukir di bibir. 'Takboleh lah macam ni, hari-hari jatuh cinta'
"Yelah, lepas makan awak hantar saya datang office balik kan?" soal Safiyya.
Zaidan menggeleng. Wajahnya kosong sahaja sekarang. Dia hanya duduk menyandar di meja Safiyya sambil memeluk tubuh.
'Aik kenapa geleng?' Safiyya mengerutkan dahi dengan wajah yang tidak faham.
"Kenapa awak geleng? Kita nak pergi mana lepas makan tengah hari?" soal Safiyya dengan wajah yang berkerut.
"Kau tengok jelah nanti. Dan aku dah bagitahu bos engkau. Dia izinkan"
Akhirnya Safiyya hanya mengangguk pasrah sahaja. Dia melihat jam di pergelangan tangan. Dah masuk waktu makan tengahhari.
"Sebentar ye tuan Han. Saya kemas meja dulu" kata Safiyya dengan lembut. Dia menyengetkan sedikit kepala sambil tersenyum manis beberapa detik.
Terkebil-kebil Zaidan sambil jantungnya berdegup laju. Dia sendiri dapat mendengar betapa laju degupan jantungnya.
'Fuh betul-betul ada yang aku ajak kahwin sekarang ni' bisik hati Zaidan.
"Thats cute but stop making cute faces when we are in public. I'm jealous" lancar sekali kata-kata Zaidan.
Dia sudah malas hendak menyembunyikan apa-apa tentang perasaannya. Aku ni kuat cemburu. Daripada aku cemburu di kemudian hari, baik aku jujur.
Safiyya sengih manja. Dia tahu tentang itu. Dia sengaja mahu menguji perasaan cinta Zaidan kepadanya.
"Baiklah baby Han. Princess Dara tak buat lagi" kata Safiyya sambil mengemas meja.
Dia menutup komputer riba dan menyimpan kembali kedalam beg. Setelah memastikan mejanya bersih, Safiyya bangun dan menggalas beg komputer riba.
![](https://img.wattpad.com/cover/371600177-288-k420902.jpg)
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ COMPLETE ]
Romance[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...