Bab 1

39 3 0
                                    

Hanan menepuk-nepuk belakang badan gadis yang menangis di bahunya sambil duduk di atas pahanya. Kawan baiknya ini merasakan dirinya ringan agaknya. Tahulah berat tak sampai 50 kilo dan tinggi lebih sikit daripada 150 sentimeter.

Tapi beragak-agaklah. Walau Hanan selalu dijangka orang lelaki, namun Wan Hanan Binti Wan Hanafee bukan seorang lelaki. Dia perempuan tulen. Lahirnya sempurna sebagai perempuan. Walau semenjak kecil suka berlagak seperti jantan.

Jantan tak siap adalah. Macam uminya suka menggelar Hanan sebab bersikap tomboi semenjak kecil.

"Nina. Berhenti menangis dan mula bercakap boleh tak? Aku tak faham sepatah pun yang kau cakapkan ni," minta Hanan sambil cuba membawa dirinya untuk bersabar.

Nina atau nama sebenarnya Anina Binti Mohd. Azmi adalah kawan satu kos dengan Hanan. Ketika di minggu orientasi lagi dia dan Anina menjadi baik sebab Anina bermain mata dengannya di hari pertama. Sampailah Anina mendapat tahu Hanan pun perempuan macam Anina. Semasa mereka mendapat bilik hostel yang sama.

Mula-mula Anina menjerit tengok Hanan masuk ke bilik hostel mereka. Gaya macam nak kena cabul. Tapi selepas Anina mendapat tahu dia sebenarnya perempuan, walau bergaya macam lelaki, Anina memberitahu dia menyesal jatuh crush kepada Hanan semasa mereka mendaftar di dalam dewan.

Nina. Nina.

Memang pelik orangnya. Sekali berjumpa sudah boleh jatuh crush. Walau tak tahu jantina orang yang dia jatuh crush itu. Sudah terkena dengan Hanan pun, Anina boleh membuatnya lagi. Dalam tempoh dah nak masuk ke tahun dua pengajian pun Anina masih tak berubah.

Senang jatuh crush dan senang juga hatinya dicrushkan orang. Malam ini adalah contohnya.

"Hanan ni!" Anina akhirnya mengangkat mukanya dari bahu Hanan. Mencerlung tengok kawan baiknya itu dengan tajam.

"Dari tadi Nina dok bercakap yang Nina..." Lalu Anina pun menangis dan meratap balik sambil bercakap.

Yang sepatah haram pun tak difahami oleh Hanan.

"Diam!" arah Hanan bertegas dan mengejutkan Anina yang sedang menangis.

Malahan Hanan juga perasan ada beberapa orang manusia di lobi hotel itu ikut terkejut tengoknya. Namun, Hanan tak ambil kisah. Kesabarannya yang sudah menipis lagi penting.

"Hanan... Janganlah marah Nina. Nina bukan sengaja." Anina menunjukkan muka kesiannya sambil mengesat pipinya menggunakan tisu.

Membuatkan Hanan menarik dan melepaskan nafasnya. Asal berbuat salah muka itulah ditunjuknya. Asal ditangkap bermain cinta kemudiannya gagal muka itu jualah ditunjuknya. Pendek cerita, Hanan sudah lali.

"Ya. Kau memang tak pernah sengaja. Berpuluh kali benda macam ni jadi. Tak pernah sekali pun kau sengaja. Kan?" Hanan memperli. Geram jadinya.

Hanan dah berasa macam penjaga Anina. Ayat yang tepat adalah babysitter. Memanglah mama Anina meminta dia menjaga Anina. Tapi kalau dah ke tahap ini, terlalu melampau rasanya.

"Hanan..." Anina mencebik semula. Berasa sedih dimarahi oleh satu-satunya kawan perempuan yang dia ada.

"Get off me now," arah Hanan tanpa mempedulikan muka bersedih Anina. Sudah banyak kali Hanan tertipu dengan muka minta dikasihani itu.

Anina, dengan muka masamnya menuruti. Tak lagi duduk di atas paha Hanan. Sebaliknya di atas sofa di lobi hotel tersebut.

"Dengan laki itulah yang kau duk curi-curi keluar tanpa aku tahu, kan? Malam-malam sampai awal pagi bergayut dekat handset macam kelawar merenyam."

"Mana Hanan tahu?" tanya Anina dengan mata yang bulat.

Hanan menarik dan melepaskan nafasnya. Tak tahulah nak menggolongkan Anina dalam golongan mana. Bodoh atau bengap. Anina adalah definisi bimbo paling tepat. Muka cantik, tapi otaknya kosong. Bila melibatkan lelaki, otak Anina tak pernah berfungsi. Hatinya saja.

Anina akan selalu mengikut kata hatinya. Impulsive. Dan itulah sebabnya mama Anina, Puan Nafisah, meminta bantuan Hanan. Menengok dan menjaga anak tunggalnya itu.

Tapi otak Anina tak kosong bila melibatkan studies. Buatlah perangai bimbo macam mana pun bila melibatkan lelaki namun bila masuk pasal pelajaran, Anina sentiasa menjadi pelajar dekan. Setiap semester.

"Aku tahu pasal tu. Yang aku nak tahu sekarang apa dah jadi?"

Anina kembali mencebikkan mukanya sambil menangis, kali ini Anina menceritakan apa yang telah berlaku. Kenapa dia call Hanan secara tiba-tiba di hari hampir nak tengah malam ini dan meminta Hanan datang ke hotel ini.

"Bilik nombor berapa?" tanya Hanan selepas Anina menghabiskan ceritanya.

Muka Hanan menjadi panas. Sebagaimana panasnya hati Hanan kini. Dasar lelaki sial! Memang tak ada nama lain yang layak digelar kepada lelaki begitu.

Disebabkan terlalu marah Hanan langsung tak terfikir nak menanya siapakah lelaki tersebut yang dia tahu bila dia berjumpa lelaki itu di bilik hotel ini sekejap lagi, memang lunyai muka itu dikerjakannya.

"Tapi Hanan..." Anina masih menangis. Kali ini kerana takut tengok perubahan muka Hanan yang jelas menunjukkan tanda-tanda nak mengamuk.

Tiga tahun mengenali Hanan membuatkan Anina boleh mengetahuinya. Mereka tinggal di bilik hostel yang sama ketika minggu orientasi. Selepas itu serumah sampai sekarang. Bermula dengan A-Level sampai masuk tahun kedua pengajian.

"Kau nak beritahu nombor bilik atau nak aku call mama kau? Datang sini dan tanyakan nombor bilik tu?" gertak Hanan tanpa belas kasihan.

Situasi di saat ini tidak mengizinkan Hanan untuk berasa kesian kepada kawannya ini. Situasi ini bukan situasi boleh dikawal lagi. Sudah terlebih hilang kawalan.

"Nina beritahu..." kata Anina akhirnya. Mengalah.

Kalau mamanya datang nanti lagi teruk Anina kena. Mungkin saja Puan Nafisah tak akan mengakui Anina sebagai anak. Malahan mungkin juga Hanan akan terkena tempiasnya. Walhal kawannya ini tak bersalah langsung.

Hanan menjaga Anina dengan baik sekali. Langsung tak peduli bila Hanan digelarkan lesbian kerana melayan Anina dengan terlalu baik. Tambahan pula mereka duduk serumah. Berdesas-desuslah mulut-mulut berbunyi.

"Tunggu sini!" arah Hanan. Selepas Anina memberitahu nombor bilik hotel.

Terus Hanan melangkah dengan laju ke arah lif hotel tersebut. Hatinya sangat marah dan panas ketika ini. Lelaki itu. Lelaki yang berani mengajak Anina sampai ke bilik hotel ini. Jagalah bila Hanan dapat!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Awak Saya Punya | TERBITWhere stories live. Discover now