"ITU sahaja untuk kelas hari ni. Saya harap, semua dapat selesaikan tugasan yang saya beri dan hantar pada saya selewat-lewatnya tengah hari esok. Class dissmised"
Aku menyimpan segala barang aku dan mula meninggalkan hall.
"Professor Lee!"
Terhenti kaki dari terus melangkah.
Aku cam suara ni. Aku cam.
Hyun...
"Prof!"
Jangan datang.. Please...
"Prof, prof ... tak dengar ke saya panggil prof tadi?" kau yang berdiri betul-betul depan aku sekarang. Oh Tuhan...
Aku ukir senyuman palsu dan mengangguk. Aku tunjuk earbud yang melekat di telinga.
"Saya nak tanya sesuatu dekat Prof"
Aku mengangguk memberi kebenaran.
"Prof okay tak kalau, saya nak interview prof untuk assignment Sir Hyuk?"
Berkerut dahi aku mendengar permintaan kau.
"Interview saya?"
Kau mengangguk.
"Sir Hyuk cakap, kami semua kena interview orang yang paling dekat dengan kita. Macam ahli keluarga, tapi semua family saya ada dekat kampung.."
"So, apa kaitannya dengan saya?"
"Sir cakap, kitorang boleh interview lecturer kat sini kalau-kalau, kitorang mengalami kesukaran untuk interview family sendiri"
Han. Sang. Hyuk. Neo jinjja..
"boleh tak Prof?"
"Family awak tak tahu guna internet ke? Atau awak yang tak pandai IT? "
Berkerut dahi kau mendengar ayat aku.
"Pandai je dan family saya tahu je cara guna internet-"
"And then kenapa awak nak interview saya kalau reti nak guna internet?!"
Muka kau berubah 100 peratus. Aku berharap, kau jauhkan diri dari aku lepas ni...
"Kenapa Prof Lee nak marah ni?"
"Kenapa? Sebab awak tak boleh nak fikir menggunakan logik akal awak?! Benda senang ada, zoom ke skype ke tak pun buat video call dengan family awak, and then unterview lah mereka! Itu pun perlu di ajar ke, Cha Jihyun?!"
Muka kau benar-benar terasa dengan aku.
Aku tak de niat untuk sakitkan hati kau, aku cuma nak kau jauhkan diri dari aku.
"Kenapa Prof Lee perlu cakap macam tu? Kalau tak nak, cakap sahajalah. Kenapa perlu sampai marah saya begitu?"
Kau terus meninggalkan aku seorang diri di koridor. Aku menghela nafas perlahan.
Aku tahu apa yang aku dah lakukan ini salah.. Cumanya, aku nak kau jauh dari aku.. Itu sahaja..
⛓️