"TUAN.. sampai sini perkhidmatan saya. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengajar disini lebih 1 dekad"
Tuan Kim memandang aku sayu sebelum menerima surat perletakan jawatan aku. Aku menunduk hormat sebelum keluar dari pejabat Tuan Kim yang terletak di dalam office department.
Aku berjalan menerusi koridor dengan perasaan berkecamuk.
"ko tak nak ke bagitahu perkara sebenar pada Jihyun sebelum kami shut down ko?"
Masih terngiang-ngiang di telinga soalan Ken hyung. Patut ke aku?..
Dari jauh aku boleh nampak dengan jelas wajah Hyun.
Patut ke?
Atau..
"Prof!"
Kau berlari ke arah aku sebelum secara tiba-tiba kau memeluk aku. Terkejut bukan kepalang, ditambah dengan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar yang melihat kami.
"Cha Jihyun, apa yang awak buat ni?! Lepaskan saya!"
Aku cuba untuk meleraikan pelukan kemas kau.
"Bogoshipda, Hongbin Oppa"
Perlahan tapi hanya aku yang mampu dengar. Pergerakan aku terus terkaku mendengar kau memanggil nama aku. Dapat aku rasa baju yang aku pakai telah basah dengan air mata kau
"mwo-mworago?"
Aku menolak tubuh kau jauh dari aku. Aku memandang mata kau yang sudah sembap dek menangis.
"Mworago-yeo?"
"Hongbin Oppa"
Sistem di dalam badan aku seolah olah berhenti berfungsi saat kau memanggil nama aku.
Aku memandang kau dengan pandangan yang tidak percaya. Tidak pasti sama ada patut atau tidak aku gembira atau sedih..
"Like.. how?"
⛓️