"Aaron tu dah gila! dia lupa ke yang dia ada anak? suka hati dia aje buat Melea macam tu" Bebel Tyara pada Arman dan Mikael selepas saja mendapat berita bahawa Aaron membawa Melea duduk sekali di rumah rahsia nya yang berada di Kuala Lumpur ini
"Cuba bawa bersabar,sayang" Pujuk Arman sambil mengusap perlahan lengan isterinya.Wajah Tyara sudah berubah gelisah pun Arman dan Mikael masih tenang
"Nak bersabar macam mana? Aaron janji dengan Melea yang dia bawa Melea ke Malaysia untuk jadi pembantu rumah dekat rumah dia yang ada dekat sini.Tapi ni lain pula! Dia lupa ke yang Mama dia tu tak pernah suka Melea dari dulu" Panjang lebar Tyara menjawab apa yang dikatakan oleh suaminya tadi.
Mikael dan Arman hilang kata,tak mampu untuk balas apa apa lagi takut nanti makan diri sendiri
"Ka..kau mengandung,kan? janganlah marah marah nanti turun dekat anak tu karang" Perlahan lahan Mikael mencelah walaupun dia takut takut sebenarnya.Dia cuma mahu tukar topik saja
"Betul tu sayang.Sayang mengandung mana boleh fikir benda macam ni,lagipun Aaron dah besar.Pandai lah dia settle kan hal dia tu" Arman pula menyampuk
Tajam Tyara memandang wajah suaminya di sebelah
"Aaron tu dah besar pun otak kecil! kalau apa apa jadi dekat Melea macam mana? Dia sepatutnya fikirkan Misya,Anak dia tu"
"Sebab dia fikir lah Misya lah dia nak kan Melea semula.Mungkin?" Mikael bangun dari duduknya dengan wajah selambar
"Kau orang ni suka sangat back up si Aaron tua tu! humph!!" Tyara menyilangkan kedua tangannya dan tubuh di pusingkan membelakangi Arman
"Eh? aduh merajuk pula" Rungut Arman
Mikael terlebih dahulu melarikan diri dari rumah mereka. Berlari mikael keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta Audi miliknya
"Fuh! padan muka kau Arman.Pujuk lah harimau betina tu sendiri"
Mikael menarik handbrake dan pedal ditekan.Dia memulakan pemanduannya ke rumah Aaron memandangkan Aaron telah memberi alamat dan mengarahkan Mikael datang berserta makanan yang telah di pesan oleh Aaron
"Oh lupa! Aaron suruh beli pizza" Kereta Audi putih itu berhenti di hadapan kedai pizza. Memandang semua Parking telah penuh,Mikael terpaksa Double park kereta nya di belakang kereta Myvi putih
Mikael melangkah keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya, Tambahan pula dia memang seorang yang kacak dan lebih muda dari rakan rakannya.
Mikael baru saja mahu melangkah masuk ke dalam kedai pizza,Tiba tiba lengan bajunya ditarik kasar.Tertoleh Mikael ke arah gerangan yang menarik lengan bajunya
"Excuse me? Encik yang parking belakang kereta saya tadi kan? Boleh alihkan tak kereta Encik sekarang!" Tiba tiba saja nada suara si gadis bertudung itu meninggi. Mikael menurunkan sedikit cermin mata hitamnya paras hidung dan anak mata memandang ke arah wajah si gadis itu
"Lepas." Mikael menepis tangan yang memegang lengan baju kemeja hitam yang dipakai olehnya.Gadis tadi terdiam lalu tangannya cepat cepat dimasukkan ke dalam poket baju hoodie
Mikael memandang ke arah kereta miliknya yang elok Parking di belakang kereta Myvi putih itu.Wajah Mikael sedikit pun tidak beriak apa apa malah anak matanya kembali ke arah gadis yang berdiri di hadapannya.Rendah betul budak perempuan ni sampai perlu mendongak
"Myvi putih tu kereta kau?" Soal Mikael dengan nada kasar dan beku.Laju di gadis tadi mengangguk
"Besi buruk" Mikael melangkah masuk ke dalam kedai pizza itu dengan wajah tenang saja.Sedap mulut dia je cakap macam tu!
YOU ARE READING
AARON OBSESSION | OG
RomanceSPINN OFF EBOOK DIA ARMAN ISKANDAR- Mereka pernah bahagia , mereka pernah bersama tapi apa yang dijanjikan dan disebutkan sudah pun berakhir.Lafaz talak yang sebutkan sangat menyakitkan hati MELEA MARISSA sehingga ke hari ini. Biar pun ramai mengang...