Fad sudah membesar dan kini usianya mencecah 15 tahun. Seperti biasa, rutinnya akan membuat panggilan video bersama rakan karibnya yang sentiasa ada di sisi.
"Hahaha... hahahaa...." suara tawa kedengaran entah riang atau duka dari dalam mesin basuh.
Fad merakam sebuah video pendek memperlihatkan adik perempuannya, Humaira yang sedang berpusing-pusing di dalam mesin basuh. Video itu dimuat naik ke status Whatsapp dan meraih perhatian ramai individu.
Sehari Kemudian...
"Abg Fad... maut Humaira tuu..." Mesej dari sepupu Fad beserta video Humaira. Memang cerdik, dapat muat turun video Humaira sedang berpusing-pusing di dalam mesin basuh itu.
Mata Fad terbeliak melihat video yang dihantar oleh sepupunya itu. Sedangkan, dia telah hide sepupunya itu daripada menonton statusnya.
Seketika, ibu saudara Fad memesejnya dengan mesej yang agak brutal. Bagaimana dia tahu Fad telah memasukkan Humaira ke dalam mesin basuh seraya memusingkannya?
Ibu saudara Fad menelefon Fad dengan serta merta.
"Wei Fad, mu sedar dok mu wak gapo ko adik mu ni? Hah? Ibu mu duk mano maso mu duk buat tu. mesti ibumu tok tahu kei?...."
"Tuuutt..." panggilan telefon telah terputus.
Tiba-tiba...
"Fad! buka pintu ni!"
Fad sudah jangka, bahawa ibu saudaranya akan memberitahu perkara sebenar kepada ibunya.
"Zasss.. zasss zasss...." libasan rotan dilepaskan bertubi-tubi menyebat satu badan Fad. Dia mengerang kesakitan. Hampir seluruh tubuhnya mengalami kesan sebatan dan berbirat merah, bahu, lengan, belikat, paha, betis, semuanyalah.
"Humaira pun gaaalokk duk musing!" Ibu saudara Fad berkata demikian sambil membuat panggilan telefon dengan ibu Fad.
Bukan itu sahaja, apa lagi, Humaira juga dirotan sekali. Satu pakej. Alang-alang Fad kena, dia pun harus kena juga.
"Zasss... zasss... zass zass" Bunyi libasan rotan dari seorang ibu yang handal mengenai tepat di bahagian betis dan paha Humaira.
Setelah kejadian itu, Fad merajuk dan bertapa di dalam jamban. Hampir 2 jam juga dia di dalam. Suatu ketika, Fad akhirnya keluar daripada tempat dia bertapa sambil healing itu.
"Ayah kata nanti-nantilah beli telefon baharu tu.. dia belum ada duit lagi..." Ibu Fad memulakan perbualan. Walaupun agak pelik rasanya bercakap dengan Fad begitu. Yalahkan, baru lepas wrestling.
Fad tidak mengeluarkan apa-apa perkataan. Mulutnya rapat berkacip. Malah dia memulaukan ibunya itu.
"Bodo mu gi wak masuk adikmu dalei mesin basuh selok aku suko," kata Ayu melalui mesej suara. Maklumlah, Fadkan berketurunan Kelantan, mestilah dia ada ramai kawan dari sana, Ayu pun salah satu rakan karibnya juga.
Tidak lama kemudian, Fad mendapat satu idea, memandangkan dia banyak tahu-menahu tentang editting, jadi dia ingin mengedit beberapa mesej suara rakan-rakan karibnya menjadi sebuah video. Setelah selesai, dia menghantar video tersebut ke dalam group Whatsapp rakan karibnya. Semua menyukai video itu. Semua Iconic Lines mereka kedengaran sangat lawak apabila digabungkan bersama, termasuklah kata-kata Ayu yang disampaikan tadi.
Beberapa bulan berlalu...
Akhirnya kerajaan mengumumkan suatu berita yang mengejutkan, juga akan memberi impak yang besar kepada sektor pendidikan negara. PT3 tidak lagi berkuatkuasa. Begitu juga dengan UPSR kedua-duanya dimansuhkan. Fad yang leka dengan buaian gadjet yang lagha dibawa berlalu dengan arus kemodenan. Dia tidak menumpukan perhatiannya langsung kepada pelajaran. Malah, lebih menyedihkan dia tidak kisah jika dia belajar mahupun tidak. sehinggalah tibanya Ujian Akhir Tahun yang akan menentukan dimanakah dia akan dicampakkan sewaktu berada di Tingkatan 4 nanti.
Dan seperti yang disangkakan firasat hati Fad mengatakan bahawa dia bakal gagal dalam beberapa subjek antaranya ialah Asas Sains Komputer, Sains dan Matematik. Ini ialah subjek yang paling ditarget gagal. Yalah mana ada masa langsung hendak membaca apatah lagi ulang kaji mata pelajaran.
Lebih lawak, salah satu soalan Sains Kertas 2 yang dijawab Fad dengan jawapan yang bodoh sekali. Hahaha.
Mengimbau Kembali Kertas Ujian Sains Kertas 2...
"Apakah sebatian merah pekat yang terkandung di dalam sel darah merah?"
Hematit
"Apakah yang akan terhasil apabila sebatian di dalam sel darah merah dicampur dengan oksigen?"
Hematit oksida
Entah dari mana ideanya datang untuk jawab soalan begitu. Terpaksa. Pasrahkan sahajalah. Lagipun, itu ujian akhir tahunkan. Kalau ditinggalkan kosong jadi hal pula. Lebih baik Fad tulis walaupun hakikatnya dia tahu Hematit itu ialah sejenis mineral. Fikirannya terbayang-bayang akan suasana di dalam kelas sewaktu sedang berbincang jawapan kertas soalan itu.
"Hmmm... macam mana ek, mesti satu kelas ketawakan aku nanti," hati Fad mengeluh sendiri.
Fad berbincang mengenai hal ini dengan salah satu rakan karibnya Amirah. mereka kenal pun angkara Naeim. Lebih kurang setahun yang lepas, Naeim sedang membuat panggilan suara bersama rakan sekolahnya, dia memasukkan Fad dalam panggilan tersebut maka mereka semua saling mengenali. Memandangkan Fad pada waktu itu masih tenggelam dalam era-era pengaruh TikTok, sudah menjadi hobi Fad bersolek wajah dan memuat naik semua gambar solekannya di status Whatsapp. Oleh sebab itu, Naeim memberitahu tentang tabiat Fad yang suka menyolek wajahnya yang kelihatan menyerupai perempuan itu kepada Amirah. Gambar Fad yang siap disolek itupun ditunjuknya. Bukan niat ingin mengejek, sekadar memperkenalkan diri Fad kepada Amirah. Siapa sangka, Amirah menyokong Fad dalam bidang solekan itu disebabkan dirinya sendiri tidak mampu menyolek secantik persis solekan milik Fad itu.
Ramai yang memandang keji tindakan dan perilaku Fad yang meminati bidang solekan dan kecantikan tetapi tidak bagi Amirah, Ayu, Riqa, Naeim dan yang lain. Mereka mengaggap bahawa itu merupakan sebuah bakat yang patut diasah. Namun hati Fad masih tertutup untuk menerima semua teguran yang disampaikan oleh segelintir manusia melalui cacian dan makian yang dihadapi. Dia berlaku sedemikian pun akibat termakan pujian palsu dari rakan-rakan karibnya yang lain. Ada sahaja daripada mereka yang sering memerli malah mempersendakan apa yang Fad gemar lakukan itu. Yalah, sudah sah-sah haram kerana memang menyerupai perempuan walaupun masih kelihatan wajah bapok milik Fad itu. Fad kini meningkat usia 16 tahun, tibalah saat dimana ibu Fad, Puan Reinna, sudah mulai masak dengan perangai anak lelakinya yang suka bermain alat solekan wanita. Ibunya buntu mahu mendidik Fad supaya kembali ke pangkal jalan. Akhirnya, Fad dihantar ke Akademi Tahfiz Al-Islah yang mempunyai cawangan kecil di Negeri Sembilan, Akademi Tahfiz Hayatul Muslim. Pada awalnya Fad sangat girang dan menyukai tempat itu. Dia mula membiasakan diri dan menerima sifat yang hakiki, bahawa tahfiz, tempat yang disangkakan tempat penderaan itu sebenarnya salah. Namun, itu semua cumalah permulaan riwayat hidupnya.
YOU ARE READING
Hati Yang Gundah Gulana
RandomKisah ini menyampaikan sebuah mesej melalui watak seorang Penghafaz Al-Quran bernama Fad yang berdukalara dek kerana nasibnya yang diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah dalam kehidupannya. Dahulu, dia langsung tidak ada keinginan untuk menghafaz...