Bab 4: ketegangan tak terucap

8 3 0
                                    

Hari-hari berlalu selepas kejadian malang di asrama,

Pada petang yang tenang dan damai, Sarah dan Azwani duduk di kawasan makan sambil menikmati hidangan tengah hari mereka. Suasana di ruang makan agak santai dan meriah dengan rakan-rakan yang berbual mesra, ketawa, dan berkongsi cerita. Cawan-cawan berkerincing dan bau makanan yang sedap memenuhi udara, menjadikan suasana semakin nyaman.

Ketika mereka terlibat dalam perbualan ringan bersama rakan-rakan, tiba-tiba Pak Ahmad, pekerja kebun asrama, datang mendekati meja mereka. Pak Ahmad adalah seorang lelaki tua yang ramah dan sering membantu menjaga kawasan asrama dengan penuh dedikasi. Namun, hari ini dia kelihatan agak lain dari kebiasaanya.

Pak Ahmad bertanya dengan nada yang agak pelik, "Apa korang makan hari ni?"

Sarah, yang sedang menikmati nasi ayam, menjawab sambil tersenyum, "Nasi dan ayam, Pak Ahmad. Kenapa?"

Pak Ahmad hanya memberikan senyuman kecil yang tidak begitu jelas dan mengangguk sebelum meneruskan tugasnya. Dia membawa mesin pemotong rumput dan menuju ke kawasan luar asrama. Mereka melihat Pak Ahmad bergerak dengan langkah perlahan, membawa alat pemotong rumput yang agak berat.

Sarah dan Azwani tidak terlalu memikirkan tentang Pak Ahmad pada awalnya, tetapi mereka mula merasa ada yang tidak kena apabila melihat Pak Ahmad memotong rumput di kawasan yang sama berulang kali. Dia kelihatan sangat fokus pada satu spot kecil tanpa berpindah ke tempat lain, seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ.

Sarah cuba untuk tidak mempedulikan, tetapi rasa tidak selesa mulai timbul dalam dirinya. "Azwani, kau perasan tak Pak Ahmad potong rumput di tempat yang sama je?" tanya Sarah, matanya tidak lepas memerhatikan gerak-geri Pak Ahmad.

Azwani menoleh ke arah Pak Ahmad dan mengangguk perlahan. "Ye, saya perasan. Mungkin dia hanya sibuk dengan kawasan itu sekarang. Lagipun, kita tahu dia memang tekun dalam kerja dia."

Sarah mengangguk, tetapi perasaannya masih tidak tenang. Dia merasa ada sesuatu yang ganjil tetapi tidak dapat menentukan apa yang tidak kena. Sementara itu, Pak Ahmad terus memotong rumput dengan penuh perhatian, seolah-olah dia tidak sedar dengan pandangan mereka.

Setelah beberapa ketika, Sarah dan Azwani memutuskan untuk tidak memikirkan terlalu mendalam dan meneruskan aktiviti mereka. Mereka cuba untuk fokus pada perbualan dan makanan mereka.

Keesokan harinya, Sarah dan Azwani kembali ke rutin harian mereka.

Hari-hari berlalu dengan suasana yang agak normal di asrama setelah kejadian pelik yang telah berlaku dengan Pak Ahmad. Sarah dan Azwani cuba untuk kembali ke rutin harian mereka dan tidak membenarkan perasaan ketidakselesaan itu mengganggu kehidupan mereka.

Namun.. satu pagi, mereka mula merasa ada yang tidak kena apabila Pak Ahmad yang secara tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Biasanya, Pak Ahmad akan berada di luar asrama melakukan kerjanya, tetapi kali ini dia tidak kelihatan di mana-mana. Sarah dan Azwani mula merasa curiga..

Semasa berjalan menuju ke kafetaria untuk sarapan, terlihat sekumpulan pelajar lelaki yang jalan dengan kelihatan tertekan dan mereka  berbisik sesuatu kepada rakan-rakannya sebelum berlalu pergi.. telinga Sarah yang agak tajam pendengarannya terdengar bisikan mereka. Secara kebetulan, Sarah  terdengar perkataan 'Pak Ahmad' keluar dari salah satu diantara mereka.. lalu Sarah terus menghampiri pelajar itu.

"Saya nak tanya..kenapa dengan Pak Ahmad?.." tanya sarah kerana terlalu berfikir tentang pakcik itu.

Pelajar itu berhenti seketika, memandang Sarah dengan wajah yang serius. "Pak Ahmad? Dia dah meninggal dunia.."

Sarah terkejut dan mukanya kelihatan pucat lalu dia menanyakan soalan dengan nada yang perlahan.. "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..Bila dia meninggal?"

"Dia meninggal dua hari lalu," jawab pelajar itu sebelum meneruskan langkahnya.

Kata-kata itu seakan menampar Sarah dan Azwani sehingga meremang bulu roma. Mereka saling berpandangan, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka dengar. Mereka baru sahaja bercakap dengan Pak Ahmad sehari sebelumnya, dan dia kelihatan sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kematian walaupun sikapnya agak pelik.

"Azwani, ni mustahil. Kita baru bercakap dengan Pak Ahmad semalam!" kata Sarah dengan nada yang terkejut dan tidak percaya.

Azwani mengangguk, wajahnya juga jelas kelihatan terkejut. "Kita kena cari banyak maklumat lagi pasal ni. Mungkin ada penjelasan lain."

Mereka memutuskan untuk pergi berjumpa mana-mana guru di asrama untuk mendapatkan maklumat dan kepastian. Setiap guru yang ditanya,semua mengatakan perkara itu adalah betul tentang kematian Pak Ahmad dan menjelaskan bahawa dia telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang tiba-tiba.

Sarah dan Azwani merasakan ada sesuatu yang sangat ganjil. Mereka cuba mengaitkan kejadian malam itu dengan kematian Pak Ahmad dan merasa semakin bimbang tentang perkara yang berlaku disekolah ini

Bilik Stor 《COMPLETED》Where stories live. Discover now