bab 5: gangguan malam

8 3 0
                                    

Selepas mendapatkan pengesahan tentang kematian Pak Ahmad, Sarah dan Azwani merasa semakin tidak tenang. Mereka tidak dapat mengabaikan rasa pelik dan ketegangan yang sedang berlaku pada masa sekarang..

Pada waktu malam...

Malam itu, mereka berdua pulang ke bilik masing-masing dengan harapan untuk berehat. Namun, ketenangan yang mereka inginkan tidak bertahan lama. Sarah dan Azwani merasa semakin tidak selesa dan bimbang.

Ketika malam semakin larut, Sarah dan Azwani berada di bilik masing-masing, tetapi kedua-duanya merasakan suasana yang sangat menekan. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki perlahan-lahan menghampiri bilik mereka. Rasa ketegangan semakin meningkat apabila mereka mula mendengar bisikan yang samar-samar, dan nama "Pak Ahmad" disebut berkali-kali dengan suara yang menyeramkan.

Sarah merasakan dingin yang sejuk meresap ke biliknya. Lampu di biliknya berkelip-kelip secara tiba-tiba, dan dia mendengar suara bisikan yang semakin kuat. "Pak Ahmad... Pak Ahmad..."

Sarah cuba untuk tenang dan menyekat ketakutannya, tetapi suara itu semakin dekat. Dengan tangan yang bergetar, dia memeriksa pintu bilik. Ketika dia membukanya, dia terkejut melihat sosok hitam yang samar-samar, seakan-akan melayang di koridor.

"Azwani!" Sarah menjerit untuk memanggil Azwani. Namun, Azwani berada dalam keadaan yang sama, jelas tertekan dan ketakutan.

Tiba-tiba, suara yang sama yang menyebut nama Pak Ahmad kembali, tetapi kali ini dengan nada yang semakin menakutkan. "Pak Ahmad... Pak Ahmad..."

Sarah dan Azwani tidak dapat bergerak. Mereka merasakan seolah-olah sesuatu sedang menarik mereka keluar dari bilik mereka dengan kekuatan yang tidak dapat mereka lawan. Mereka cuba untuk berpegang pada sesuatu, tetapi tangan mereka seakan-akan ditarik oleh kuasa yang tidak kelihatan.

Dalam sekelip mata, mereka merasakan diri mereka diseret keluar dari bilik, dan sebelum mereka sedar apa yang berlaku, mereka merasakan pukulan yang kuat di kepala mereka. Kesakitan menyebar dengan cepat, dan pandangan mereka semakin gelap..

Sebelum mereka tidak sedarkan diri..mereka sempat merasakan badan mereka tidak dapat dikawal bagaikan ada sesuatu di atas mereka yang sangat berat dan dia dicekik sehingga tidak dapat bernafas..lalu mata mereka lelap seperti buku yang ditutup rapat..

Ketika Sarah dan Azwani terjaga, mereka mendapati diri mereka terbaring di atas lantai bilik stor yang pernah mereka temui sebelum ini. Suasana di bilik stor semakin suram, dan bau busuk yang sama seperti sebelumnya memenuhi udara. Mereka berdua cuba bangkit, tetapi tubuh mereka masih lemah.

Suara bisikan itu kini hilang, dan suasana sekeliling mereka kelihatan sunyi. Sarah dan Azwani saling berpandangan, terkejut dan ketakutan dengan keadaan mereka. Mereka berusaha untuk memahami apa yang baru sahaja berlaku..

Sarah dan Azwani masih berbaring di lantai bilik stor, berusaha untuk mengumpul tenaga dan memahami apa yang telah berlaku. Ketika mereka bangkit, bilik stor itu sangat gelap..mereka mencari lampu suluh agar dapat melihat..suasana disana gelap dan suram.. Dalam kegelapan itu, mereka melihat dua sosok yang tidak dikenali bergerak perlahan-lahan.

Sosok pertama terlihat seperti memegang pisau berdarah dan tangan yang memegang senjata itu digenggam erat dengan muka yang penuh dendam.. sosok kedua kelihatan tanpa kepala, bergerak dengan gaya yang tidak tentu arah bagaikan tiada tujuan. Sosok tanpa kepala kelihatan hampa, bergerak dalam keadaan bingung.

Sarah menutup mulutnya, berbisik dalam ketakutan, "Azwani, tengok tu.. Bayang-bayang tanpa kepala tu... s-sama macam.. mayat yang kita jumpa dalam b-bilik stor haritu.."

Azwani memandang dengan wajah pucat. "B-betulah..s-sosok ni..sama macam mayat yang kita jumpa.. yang kita jumpa.." kata Azwani dengan tergagap-gagap dengan muka pucatnya..

Sosok yang memegang pisau itu melihat Azwani dan Sarah dengan senyuman menakutkan dan merenung tepat pada mata mereka..

Sarah menyedari sesuatu yang mengerikan tetapi tidak berkata apa-apa..

Sementara mereka mencari, sosok dengan pisau berdarah terus berdiri di sudut bilik, seperti ditahan oleh sesuatu... sosok tanpa kepala seolah-olah meminta bantuan. Suasana semakin suram...

Tiba-tiba-

Sosok yang memegang pisau itu datsng mendekati mereka dan membaling pisau ke arah muka sarah..tetapi muka sarah hanya tercalar..

"Sarah..sarah.." lalu dia melihat tepat pada mata sarah..mata sosok itu berubah menjadi merah dan
Azwani dan sarah diseret keluar dari bilik itu.."TOLONG!" Kata Azwani sambil menjerit sekuat hatinya..

Bilik Stor 《COMPLETED》Where stories live. Discover now