Miyagi, Japan
JAKET kulit hitam dieratkan ke tubuh. Dingin semakin mencucuk kulit hingga ke tulang hitam dan dia masih mengunci rapat mulut dari terlepas kata. Sekilas matanya melirik perlahan ke kanan. Relaks aje orang di sebelah menekan keyboard laptop sedangkan dia dah macam bertapa di tengah gurun salji.
Tangan yang ringan hendak menutup penghawa dingin itu ditahan. Tebal benar kulit tu sampai buka tiga.
Ayra meringis kesejukan. Dahlah malam musim bunga ni berembun. Kut ya pun nak menghukum janganlah ajak dia berkhemah dekat atas bukit.
Sejak berangkat dari rumah tadi dia kaku tak bergerak di tempat duduk penumpang itu menunggu bicara orang di sebelah, tapi dah hampir setengah jam senyap mendominasi.
Mata yang hampir terkatup dipaksa melebar.
"Don't sleep." Senada suara dingin beku di sebelah mengarah. Lagi beku dari penghawa dingin yang terpasang.
Ayra berdesis. Tahu tahu je orang nak tidur!
"Tak, Ayra tak mengantuk." Separuh bohong Ayra membalas. Dia tahan aje menguap dari tadi sebenarnya.
Sejuk-sejuk macam ni lagi sedap tidur berbungkus dalam selimut. Dia dah tidur lena pun tadi. Tapi bila orang sebelah kejut dengan muka garang macam singa, terus 180 darjah tubuh dia bangun mengekor sampai ke sini.
"Five more minutes." Bunyi keyboard ditekan semakin laju kedengaran.
Ayra cuma senyap tak membalas. Dah mula rasa bosan dari tadi duduk merenung. Dengan dia pun kalut keluar sehelai sepinggang tak sempat capai apa-apa.
Belum habis lagi dia pelik kenapa orang sebelah ni decide nak buat kerja dekat atas bukit tengah-tengah malam musim bunga ni. Dekat rumah tu pun boleh apa. Lagi selesa nak menaip. Ini Ayra tengok macam nak longgar skru tengkuk dia tunduk pandang laptop dari tadi.
Nak tanya, awal-awal Ayra kibar bendera putih. Mahunya kena side eye je nanti.
Hailah. Ayra simpan keluh bosan dalam hati. Pandangan dibuang ke luar kereta. Merenung wilayah Miyagi di bawah bukit sana. Lampu neon yang terpasang di sepanjang rel kereta api kawasan curam bukit itu menenggelam suasana suram malam disertai dengan bertebarnya pokok bunga sakura yang semakin mekar di pertengahan bulan Mac ini.
Hati mula rasa nak aman tapi cuma sementara bila mengenangkan orang di sebelah yang memancar aura mencengkam dia.
Marah lagi pasal semalam?
Sampai bila nak jadi macam ni, Ayra?
Dia tidur aje bertemankan air mata sepanjang hari. Bangun dikejut tadi pun, kepala berpinar. Tak ingat langsung apa-apa yang jadi. Selamat aje dia masuk dalam kereta tanpa tanya apa-apa.
Dalam perjalanan tadi baru teringat yang diri dah buat salah tapi nak mula bercakap, dia belum ada keberanian.
Bunyi deringan telefon buat Ayra mengerling ke sebelah dengan kerutan di dahi. Siapalah yang rajin call orang tengah malam ni?
"Yaho."
Ayra pasang telinga. Suara lelaki di hujung talian bergema ceria melalui corong speaker telefon.
"Hmm. Nani ga hoshii?" (Kau nak apa?) Berbeza dengan orang di sebelah. Jawab macam nak tak nak aje.
Ayra menyandar tubuh pada bucu di antara pintu kereta dan tempat duduk. Kaki yang bersila diselesakan. Duduk macam ni lagi mudah dia nak tengok wajah serius Qarizh yang masih tekun membuat kerja sambil on the phone dengan lelaki Jepun kenalan mereka itu.
"Koi, chotto hanashitai koto ga aru no. Ashita no yoru ni aou ka?" (Aku ada benda sikit nak bincang. Jumpa esok boleh?)
"Nanika aru?" (Pasal apa?)
Ayra gigit bibir bahagian dalam, tahan bibir dari melengkung. Tak pernah sekali dia tak cair dengan orang sebelah ni cakap bahasa asing.
"Jitsuwa shigoto no koto nanda. Atarashiku opun shita café de hanasou to omotteru nda kedo, dou?" (Pasal kerja sebenarnya. Aku nak bincang dekat café yang baru buka tu, macam mana?)
Ayra jongket kening bila Qarizh menoleh ke arahnya. Melihat senyum sinis tumbuh di bibir merah itu, terasa merinding bulu tengkuk Ayra.
"Kairishi-kun? Madai?" (Qarizh? Kau ada lagi tak tu?)
Qarizh melirik telefon di atas dashboard.
"Warui, warui. Nani datta?" (Sorry, sorry. Apa tadi?)
"Ashita wa dō? Daijoubu?" (Macam mana esok? Boleh tak?)
"Ii yo. Tsuma mo issho ni tsurete ittemo ii?" (Boleh je. Boleh tak aku bawak isteri aku sekali?)
Ayra membuntang. Isteri?! Mata dijegil ke arah Qarizh yang semakin galak tersenyum sinis.
"Mochiron! Jaa, ashita no shichi-ji ni aou!" (Tak ada masalah. Kita jumpa pukul tujuh esok.)
"Hai." (Okey.) Qarizh lantas bersetuju.
"Ja, ashita ne!" (Jumpa nanti.)
"Matane." (Bye.)
Talian putus tak sampai beberapa saat.
"Dah kenapa bagitau Aki macam tu?" Terus Ayra menerjah dengan soalan tak puas hati. Apa kena dengan Qarizh hari ni?
"Machigatta?" Senada suara garau itu membalas.
Ayra terdiam. Memikir jawapan yang sesuai tapi dia tahu bercakap dengan Qarizh ni, semua jawapan boleh diputar belit. Apa yang Qarizh bagitahu tadi memang tak salah tapi setahunya seorang Qarizh Wildan tak akan pernah mahu mengaku macam tu dengan sesiapa.
Apa dia nak jawab dengan Aki esok?
"Is it because of yesterday?" Sejurus itu, Ayra menyumpah sendiri dalam hati. Itulah padahnya bila bercakap akal tu tak switch on dulu.
Wajah berang Qarizh dipandang gerun. Siapa suruh tanya soalan menyeru maut macam tu? Kan dah mengundang namanya.
"Kenapa cakap semalam? Kenapa tak cakap yang dua tahun lepas punya?"
"Qarizh—"
"Have you ever realized your own faults, Ayra?"
Ayra ketap bibir.
"Pernah sedar ke tak yang kau buat sebelum ni salah? Kalau sedar kenapa ulang lagi salah yang sama? Atau sebenarnya kau suka tengok aku macam ni? Hah, Ayra? Nak aku jadi gila pulak ke lepas ni baru kau puas?"
"Kan Ayra dah minta maaf." Suara Ayra pecah bergetar. Dia tahan diri dari menunduk kepala. Dah memang salah, kenalah hadap. Dia dah berjanji dengan diri sendiri. Walau apa pun jadi lepas ni, dia takkan lari buat kali ketiga.
Ayra yang dulu mungkin dah tunduk serupa pesalah yang cuba nak lari dari masalah setiap kali dia datang menghadap. Tapi tidak kali ini.
"Maaf kau belum cukup untuk tutup luka aku, Ayra."
Tubir mata yang mula bergenang ditahan dari bercucuran. Raut Qarizh masih sama. Memandangnya dengan riak sinikal buatkan hatinya pecah berderai. Tapi sakit di hatinya sekarang, tak tertanding dengan sakitnya apa yang Qarizh lalui dengan apa yang dia buat dulu.
Walaupun rasa Qarizh padanya dah lama mati, dia tetap akan cuba meraih maaf lelaki itu meskipun ianya kedengaran mustahil.
"Then I'll spend another ten, or twenty years, or the rest of my life making it up to you."
Itu janji Ayra.
Janji Ayra sampai mati.
YOU ARE READING
QARIZH WILDAN ©
RomanceQarizh Wildan | Yuki Ayra "Fight us, until forever." -Completed/Ebook- © 2024 - Snow