2 bulan berlalu, hidup Aiman dan aku menjadi lebih baik. Alhamdullilah, Allah telah bukakan hati Aiman untuk terima isteri seperti aku.
"Abang! Saya kata saya nak ice cream dengan fries!" Aku memuncungkan bibir. Aiman tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.
"Sekejap lagi orang nak datang. Selepas mereka pulang,abang beli kan lah ya sayang?" Pujuk Aiman lembut. Aku hanya menggangguk.
Tok tok tok. Pintu rumah diketuk tiga kali. Aiman berjalan kearah pintu sebelum pintu itu dibuka perlahan olehnya.
Makcik bawang!
"Ugh kenapalah dia yang datang" ujarku perlahan, cukup untuk aku sendiri yang dengar. Tak nak dia dengar nanti kena bebel.
"Jemput masu-" belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya, Cik Siti sudah masuk terlebih dahulu. Beg tangannya di letakkan diatas meja lalu dia melabuhkan punggung di sebelah aku.
"Eh isya, acik tengok kamu ni makin berisi. Semenjak gugur ni kan, tak jaga makan ya?" Membulat mataku saat mendengar soalan yang dilontarkan oleh Cik Siti. Aku memandang kearah Aiman, dia sudah menggenggam tangannya menjadi penumbuk.
"Ye lah, kamu kan hidup berdua je. Kena manja dengan suami tu yang makin berisi, kalau ada anak mesti kamu tak berisi macam ni" sambungnya. Aiman mengetap rahangnya dengan erat.
"Makcik takyah bisinglah, siapa kata mereka tinggal berdua? Makcik pun saya tengok makin kurus, kenapa makcik? Suami dah tak ada? Tak ada siapa boleh masak untuk makcik dah ke? Kesian ya" Sampuk Ariff yang berjalan keluar dari dapur. Dia sedang memakan buah tembikai.
"Eh biadab kamu ni! Mak kamu tak ajar ke?!" Tengking Cik Siti apabila mendengar apa yang diucap oleh Ariff. Hatinya menjadi panas apabila arwah suaminya disebut sebut.
"Orang tua ni karang" Ariff sudah menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Ready je nak bagi satu tumbukan kepada makcik bawang dihadapannya. Aiman memberi tatapan maut kepada Ariff.
"Ariff."
"Ya, ya. Aku tengah bersabar dengan orang tua mulut puaka ni. Kau takyah nak tegur tengur" balas Ariff sedaya upaya menenangkan dirinya.
"Tak pandai betul bini kau ni,Man. Ada tetamu bukan reti buatkan air, duduk aja kat sini." Ujar Cik Siti sambil memandangku atas bawah.
"Kau kalau nak buat rumah ni macam rumah bapak kau, kau boleh berambus. Kau ingat bini aku orang gaji ke nak kena buat kan air untuk orang macam kau ni? Kau sebenarnya tak layak jejaka kaki dalam rumah ni. Tapi aku kesian kalau nak halau kau. Tapi tu lah, lagi lama kau duduk dalam rumah aku. Lagi sakit hati aku dengan kau." Ujar Aiman dengan nada yang kasar. Dia sudah tidak dapat menahan amarahnya. Lagi dibiarkan, lagi menjadi jadi orang tua ni.
"Eh! Kau ni biadap! Kau tau tak dulu siapa yang jaga kau?!" Tengking wanita tua itu. Pandangan Aiman bertukar gelap.
"Aku malas nak bergaduh dengan orang tua. Sebab aku tahu kalau aku gaduh dengan kau buang masa je."
"Ye bang, buang masa je gaduh dengan orang tua macam ni. Baik aku tengok Doraemon. Lagi best, muak aku tengok muka makcik ni" Ariff berjalan kearah biliknya. Aku hanya memerhati setiap langkah Ariff. Okay. Keadaan menjadi semakin tegang apabila aku rasa diriku ditenung.
"Kau kenapa tenung bini aku macam tu? Aku tahulah bini aku cantik. Tapi tak payah lah tenung sampai nak terkeluar biji mata tu." Sindir Aiman. Cik Siti mengalihkan pandangannya.
Menyala shubenku🔥
"You awake." Ujar Daniel saat melihat Mayra yang sedang menggeliat akibat tersedar dari tidurnya. Mayra memberikan tatapan maut pada Daniel.
"Bisinglah abang Niel ni! Sibuk aje kerja abang!" Ucap Mayra kerimasan. Daniel tergelak kecil. Dia mengusap lembut kepala gadis itu.
"Don't touch touch eh abang, haram" Ujar Mayra sambil menolak tangan Daniel. Apa benda lah touch touch ni.
"Oh, tahu hukam halal haram? Habis kau culik aku? Hukum dia apa? Harus?" Sindir Daniel. Mayra hanya memberikan jejaka itu satu jelingan.
"Bisinglah abang Niel ni!! Orang tengah sakit kepala kau bising bising!" Ucap Mayra. Dia sedang marahkan Daniel saat ini.
"Ada orang call aku. Kau tunggu sini" Daniel membawa phonenya keluar bersama. Dia berjalan keluar rumah. Takut jika Mayra terdengar perbualannya
Sebaik saja kelibat Amaya hilang dari pandangan mata, Daniel terus menjawap panggilan telefon.
"Aku cakap jangan call aku bila tak ada benda pentingkan!" Tengking Daniel sebaik saja dia menjawap panggilan itu.
"Santai lah big bro! I tengah mood nak mengacau. Nanti kalau I tak kacau, u rindu pulak. So sabar ye baby boy" Balas Ariff selamba. Daniel melepaskan keluhan panjang.
Ariff sedang menelfon sahabatnya sambil memakan kuaci.
"Aku tak pernah dan tak akan rindu kau lah,Ariff. Geli aku nak rindu kau." Ucap Daniel kasar. Ariff memutarkan bola matanya. Cih, kaki kencing!
"Kau dengan Mayra kan? Sebab tu marah marah aku. Kalau kau seorang seorang, kau lah yang menyalak macam anjing mintak perhatian." Sindir Ariff. Daniel diam. Menguji iman betul si bala seorang ni.
"Kau diam boleh tak? Sebelum aku datang rumah kau,curi patung unicorn kau. Baik kau diam. Kalau patung kau kat tangan aku. Memang rabak benda tu aku buat" Daniel tersenyum sinis sebaik saja mendengar panggilan itu di matikan. Sayang sangat patung unicorn tu.
Daniel kembali berjalan masuk kedalam rumah. Dia melihat Mayra sedang duduk di sofa sambil bermain dengan telefon bimbit. Lalu,dia berjalan menghampiri si gadis.
"Mayra, kau tolong buat kan aku air. Haus lah.
Akuu rasa kalau aku tak minum air harini, aku akan mati. Kau tolong ya may" Mohon Daniel. Dia melabuhkan punggung di sebelah Mayra. Tatapan maut diberikan daripada Mayra."Ada kaki kan? Ada tangan kan? Buat lah sendiri. Orang kurang upaya pun tak malas macam abang. Cuba rajinkan diri. Jangan jadi pemalas eh?" Tegur Mayra. Daniel mengeluh. Dia tidak akan menang jika ingin bergaduh mulut dengan gadis ini.
"Fine. Abang buat sendiri. But nanti jangan suruh abang tolong apa apa dah" Daniel memeluk tubuhnya sambil berjalan kearah dapur. Dia ingin merajuk dengan gadis itu.
"Ha merajuk lah, merajuk! Merajukkkk je tak habis habis. Malas may nak pujuk abang." Mayra tidak mempedulikan tentang Daniel. Dia pena mahu memikirkan tentang jejaka itu. Umur sudah meningkat tetapi pemikiran masih seperti anak di bawah umur.
Mayra sekarang ibarat penjaga yang menjaga anak kecil. Anak kecil yang sedang merajuk. Mayra tergelak kecil apabila dia teringat muka merajuk yang dibuat oleh Daniel. Comel sungguh, tetapi dia terlalu malas untuk melayan perangai jejaka itu.
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...