EPISODE 42

112 7 2
                                    

"Abang..ouch..sakit..abang.." Aku menepuk nepuk lengan sasa Aiman. Saat ini dia sedang lena tidur disebelahku. Ah tak tahan! Aku mencubit dada bidang miliknya yang membuatkan mata Aiman membulat menahan sakit.

"Darling? Why? What's wrong?" Soal Aiman cemas. Dia membantuku untuk berdiri. Bila aku sudah berjaya untuk berdiri, dia melihat kearah cadar, ia sudah basar kerana air ketumbanku sudah pecah. Aiman mula beristigfar sebelum dia mengambil beg yang diletakkan barang bagi dan mendukungku untuk masuk kedalam kereta.

"Baby tak sabar nak keluar ye?" Aiman mengusap perut besarku sambil memecut laju.  Lengan sasa Aiman digenggam erat menyebabkan dia berdecit kesakitan.

"Inhale, exhale."

"ABANG! BABY DOLPHIN TAK SABAR NAK KELUAR!!! BAWA LAJU LAGI!!" Bahu Aiman ditepuk tepuk. Aiman menggenggam tanganku agar tidak menggangunya yang sedang membawa kereta itu, sudah laju sehabis boleh dah tu. Tanganku dikucup perlahan sebelum Aiman mengusapnya. Dia hanya memandu menggunakan satu tangan sahaja.

"Sabar darling! Abang dah bawa selaju yang boleh dah ni" Setelah beberapa minit menahan kesakitan, akhirnya kami tiba juga di hospital.
Aiman turut ikutku masuk ke dalam wad kecemasan. Tanganku di genggam perlahan.

"You can do it , darling.."

Aiman menunggu diluar bilik itu sambil berjalan ke kiri dan kanannya. Ariff perlahan lahan melangkah kearah abangnya. Sofie hanya mengikuti langkah anak keduanya itu. Sofie mengusap usap belakang tubuh Aiman untuk menenangkan jejaka itu.

Aiman memeluk tubuh Sofie dengan erat. Ariff hanya diam tidak berkata apa. Dia faham apa yang abangnya rasakan saat ini, dia juga pernah mengalami hal yang sama.

"Man jangan risau, lisya kuat.." Ujar Sofie perlahan. Aiman masih memeluk erat ibunya. Ariff memandang kiri dan kanan. Dia baru sedar, dimanakah keluarga Elisya? Tidak dapat hadir kah? Dia mahu menanyakan hal itu, namun memilih untuk berdiam diri.

"Aiman pergi duduk dulu ya" Ujar Sofie prihatin. Pasti anaknya itu penat. Aiman mula duduk diatas kerusi yang ada. Dia tidak dapat melelapkan mata. Rasa takut mula membara dalam dirinya.

Baru saja dia ingin meneguk air yang ada didalam botol, kedengaran tangisan bayi dari bilik itu. Membulat mata Aiman. Dia kembali bangun dari duduknya. Senyuman lebar mula terukir dibibir.

"You did a great job, darling.." Bisiknya sendiri. Sofie datang menghampiri Aiman, dia menggenggam tangan anaknya dan turut tersenyum lebar. Ariff hanya kekal ditempatnya. Tidak dapat dinafikan, dia juga berasa bahagia untuk abangnya itu.

Doktor melangkah keluar dari bilik itu. "Boleh saya berjumpa dengan suami puan Elisya?" Soal doktor itu membuatkan Aiman berjalan kearahnya. Doktor tersenyum nipis sebelum berkata "encik boleh azankan anak encik ya" Mendengar kata kata doktor, Aiman kembali tersenyum lebar.

Dia mengikut langkah doktor untuk masuk kedalam ruang itu. Aiman berjalan mendekati aku yang sudah terbaring lemah diatas katil. Dia mengusap kepalaku perlahan sebelum ciuman hangat singgah di dahiku. Bayi yang dipegang oleh nurse itu diberikan kepada Aiman. Aiman perlahan lahan mendokong bayi yang diberi nama Hashr Idris.

Melebar senyuman Aiman apabila mendengar tangisan si bayi.

Hashr Idris.

"Kak, anak I mana?" Soal Sumayyah cemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak, anak I mana?" Soal Sumayyah cemas. Air mata yang mengalir di tubir mata dibiarkan tanpa di sapu. Dia baru dapat pesanan dari Sofie beberapa minit yang lalu. Dia bergegas untuk kehospital dengan niat ingin berjumpa Elisya.

"Maya, tarik nafas dulu, sabar Maya. Isya tak apa apa kat dalam tu,semua berjalan dengan lancar." Ujar Sofie lembut. Dia berhenti sejenak lalu melihat kebelakang Sumayyah. Kosong. Banyak soalan yang ingin dia tanya, namun dia cuma berdiam diri.

"Auntie, Uncle mana?" Soal Ariff tanpa riak. Sofie memandang tajam kearah anak terunanya itu. Macam dia tidak kenal perangai lelaki tua tu. Dia dapat dengarkan keluhan kecil keluar dari mulut Sumayyah. Bahu wanita itu diusap perlahan.

"Khaleed tak nak ikut sama, dia ada di rumah" Balas Sumayyah lembut. Ariff yang mendengar kata kata Sumayyah mengangkat sebelah keningnya tinggi sebelum kepalanya diangguk faham. Sofie masih berdiri tenang disitu. Pintu dibuka sebelum mereka bertiga masuk kedalam.

Aiman sedang duduk disebelahku. Jari jarinya bermain dengan jariku. Sofie yang melihat bayi disitu terus berjalan mendekatinya. Senyuman lebar terukir dibibir. Jarinya bermain di pipi mulus bayi itu.

"Apa nama dia, man?" Soal Sofie kegembiraan sambil masih lagi bermain dengan pipi si bayi. Aiman tergelak lucu melihat ibunya itu. Dia kemudian memberi tahu nama si bayi kepada ibunya "Hashr Idris" Bersinar mata Sofie mendengar nama si bayi.

"Handsome lah nama cucu nenie nii macam orangnya sekali" Kata Sofie pada si bayi yang lena dibuai mimpi. Sofie tergelak suka melihat wajah comel si bayi. Sama seperti wajah si Aiman. Sumayyah hanya berdiam diri dari tadi. Dia mendekatiku lalu tubuhku dipeluk erat.

"Adik kena banyak rest tau, adik jangan buat kerja sangat" Pesannya sebelum tanganku diusap perlahan. Aku hanya menggangguk perlahan sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya. Dia turut membalas senyumanku

"Thank you, sya. Terima kasih telah hadiahkan abang seorang cahaya mata yang tampan.. Terima kasih ya Allah, aku sangat bersyukur atas nikmat yang kau berikan" Aiman menggenggam tanganku erat sebelum tangan itu dibawa kebibirnya. Ciuman ringkas diberikan disitu.

"Lepasni yakyak baby abang yang kena cuci tau, kalau abang tak cuci, sya lari rumah!" Suruhku berserta dengan ugutan. Aiman melepaskan tawa kecil sebaik saja mendengar ugutanku itu.

"Abang tak janji, InsyaAllah.." dia melepaskan satu tawa halus sebelum aku turut tertawa bersama dengannya. Wajah tampan Aiman dipandang lama. Aku tidak pernah muak melihat wajah ini. Wajah yang aku cukup sayang. Wajah yang akan aku sayang sehingga nafas terakhir ku.

"I love you, my beautiful wife.. always.." Ujar Aiman sebelum dia mencium dahiku lama. Aku menghadiahkan senyuman manis kepadanya sebelum turut membalas ucapan itu. "I love you too,my husband.." balasku ringkas.

Tamat..


































































"Abang! Sya ni sebenarnya Ultraman tau! Abang percaya tak?" Soalku. Aku memandang kearah Aiman. Dia sedang menggagu harsh dari tidurnya. Dahi dikerutkan tanda marah apabila melihat Aiman mencucuk cucuk pipi harsh. Aku susah payah buat dia tidur, macam itu aje dia nak bangunkan budak tu.

"Abang percaya, abang dah pernah tengok sayang berubah dah malam malam. Main game Ultraman sampai tak tidur malam" Tawa kecilnya terlepas. Aku masih memandangnya dengan pandangan membunuh.

"Abang jangan kacau harsh, nanti harsh bangun!" Amaran diberikan kepada Aiman. Aiman hanya tersenyum sinis. Aiman berjalan mendekatiku. Dia kini duduk disebelahku.

"Sayang tau tak? Masa tu, harsh cakap dengan abang, dia nak adik" Ujar Aiman membuatkan mataku membulat. Kut ya pun nak guna nama anak! Budak tu baru 1 tahun ! Jelingan tajam diberikan kepada Aiman.

"Merepek!"

"Apa? Sayang tak nak ke? Mana tau kalini baby girl?" Dia semakin merapat. Aku menolak dadanya agar menjauh. Suami siapa miang sangat ni? Suami Elisya lah!  "Abang ni miang lah! Pergi hantar hashr masuk bilik!"

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (C)Where stories live. Discover now