EPILOG

105 7 1
                                    

28 tahun kemudian..

Senyuman sinis terukir dibibir sebaik saja dia keluar dari kapal terbang. Melihat seorang wanita lemah lembut yang sedang duduk diatas kerusi sambil bermain telefon bimbit miliknya.

"May I help you, ladies?" Soal Hashr. Sebelah kening gadis itu terangkat sebelum senyuman lebar mula terukir dibibir merahnya. Dia melompat gembira sambil memeluk tubuh sasa itu.

"Abang Hashr!" Jerit gadis itu kegembiraan. 5 tahun tidak berjumpa abangnya, akhirnya dia pulang ke tanah air. Hashr hanya memberikan senyuman nipis kepada si adik sebelum dia berjalan keluar dari tempat itu. Haneem Irdina hanya mengikuti abangnya dari belakang. Tubuh abangnya semakin tegap dan sado sekarang. Entah apa yang dia buat di London sana.

"Mommy dengan daddy dekat rumah ke?" Soal Hashr kehairanan apabila kelibat kedua orang tuanya tidak muncul sejak tadi lagi. Haneem memberikan senyuman polos kepada abangnya sebelum menggangguk.

"Aneem tak cakap pun dengan mereka abang balik harini" Terhenti langkah Hashr mendengar ucapan si adik. Dia perlahan lahan memandang kewajah adiknya dengan pandangan membunuh. Dia tidak sempat memberi tahu kedua ibu bapanya yang dia bakal pulang hari ini. Hashr sudah memesan ke adiknya agar memberitahu berita itu kepada mereka. Namun, apalah nasib dapat adik seperti Haneem. Dahi adiknya dijentik perlahan.

"Ouch! Sakitlah abang! Dah lah tangan besar macam gorilla! Uu aa, uu aa tu! Abang ni, cubalah buat surprise untuk mommy, daddy. Mesti dorang happy dapat surprise ni! Itu pun tak tahu." Bebel haneem tidak berpuas hati apabila dahinya dijentik oleh tangan sebesar gorilla.

"Makin lama aku duduk London, makin terserlah kebodohan kau" bukan harsh tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini, pasti dia akan dibebel kerana tidak memberitahu mereka tentang kehadiran dirinya.

"Eh mana ada, adik abang ni pandai tau! Haa jangan main main, aneem ni kalau lawan pandai dengan buaya, aneem menang!" Ujar haneem sambil kembali berjalan mengekori abangnya dari belakang. Terjongket sebelah kening harsh mendengar ucapan adiknya.

"Kenapa lawan pandai dengan buaya? Kenapa tak lawan pandai dengan kancil?" Soal Hashr tanpa memandang kearah adiknya sedikit pun. Haneem tersenyum seperti kerang busuk sebelum dia menjawab soalan abangnya itu.

"Sebab kalau lawan pandai dengan kancil, mestilah aneem kalah! Eee, itu pun taktahu" Balas haneem selamba sebelum menerima jelingan tajam dari abangnya itu. Dia tergelak kecil sebelum tawanya mati apabila melihat harsh sudah meletakkan bag rodanya di tangan kiri milik Haneem. Kurang ajar sekali ini orang!

"Take your bag busuk lah abang! It smells really bad." Suruh haneem dengan wajah masam, namun, dia masih menarik bag itu sambil mengikut langkah abangnya dari belakang. Hashr masih berjalan dengan tenang "it smells like you, really bad! Babi lagi wangi!" Ujar haneem lagi.

"Patutnya dulu waktu kau lahir, aku cili mulut kau ni" Jelingan tajam diberikan kepada haneem. Rasa nak sumbat aje cili dalam mulut adiknya itu. Geram yang teramat! Kot ya pun nak menipu.

Pintu kereta dibuka sebelum hashr duduk di seat penumpang. Haneem masih berusaha untuk letakkan bag abangnya itu kedalam bonet kereta. Melihat abangnya duduk di seat penumpang cukup membuatnya geram. Dah lah suruh orang angkut bag dia macam orang gaji!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (C)Where stories live. Discover now