13

169 19 25
                                    

 Hi, boleh tak korang vote

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi, boleh tak korang vote. Thank you <3

a) update selang 2/3 hari
b) stop update kejap,
then publish sampai final terus

"Kau tak nak balik rumah keluarga kau ke?" soal Wani sambil menghulur aku secawan kopi.

"Tak nak.. Papa masih marahkan aku, kalau aku balik silap hari bulan lima jari melekat dengan pipi"

Walaupun keluarga aku restu hubungan aku dengan Qadir. Tapi semua itu tidak menghalang papa untuk lepaskan geram terhadap aku. Malam aku ditangkap dengan Qadir, malam itu jugaklah pipi aku ditampar oleh papa.  Nasiblah ibu ayah Qadir menahan papa, kalau tidak aku dah lama masuk hospital kerana dipukul teruk.

Aku bersyukur ibu ayah Qadir terima aku seadanya. Memang mereka kecewa dengan Qadir. Tapi ibu ayah Qadir sangatlah matang, menerima setiap takdir yang telah ditentukan oleh tuhan.

"Nasiblah mak bapak aku kerja luar KL.. Bolehlah kau duduk sini buat sementara waktu"

"Sorry Wani, aku selalu susahkan kau"

Wani duduk di sebelah aku kemudian bahu aku diusap lembut. Bibirnya menayang senyuman manis.

"Aku tak pernah anggap kau susahkan hidup aku.. Lagipun kau kawan aku, mestilah aku akan bantu kau ketika susah"

"Terima kasih" aku lentok kepala di atas bahu Wani.

Alhamdulillah aku ada kawan yang baik. Aku bersyukur Haider kenalkan aku dengan Wani. Kalaulah aku tak lari rumah malam tu mungkin sampai sekarang aku masih tak ada kawan.

"Kau sorang je kawan aku dalam dunia ni. Kalau kau putus kawan dengan aku, aku dah tak ada sesiapa"

"Buat apa aku nak putus kawan dengan kau.. Kau baik, kau cantik, kau comel, sayang betul kalau aku lepaskan kau" balas Wani sambil mencubit pipi aku.

Jujur aku sangat tersentuh dengan kata kata Wani. Dialah orang pertama yang ikhlas untuk berkawan dengan aku.

"Kau ni sweet laa, aku menangis baru tahu"

"Aku call Qadir datang sini kalau kau menangis"

"Tak naklah!"

_____

Qadir's

Lama aku menunggu May tapi sampai sekarang tidak nampak kelibat dia. Pergi manalah perempuan ni. Kalau nak merajuk sekalipun janganlah sampai tak reti balik rumah.

"Ya Allah, dia ni memang tak reti angkat call ke" kataku geram.

Puas aku call May tapi satu panggilan pun dia tak angkat. Sekarang sudah 3 pagi, lagilah aku cemas dengan keadaan dia.

Aku melangkah keluar dari bilik sambil membawa kunci kereta. Aku perlu cari May. Bergaduh macam mana sekalipun, aku kena cari dia. May isteri aku, apa apa terjadi dekat dia aku tak akan maafkan diri.

"Abang nak pergi mana?"

Tangan aku berhenti di tombol pintu. Tubuh aku pusing menghadap Salwa bersama kerutan di dahi.

"Abang nak cari isteri abang.. Dah lama sangat ni dia tak balik"

"Alah abang tak payahlah risau. Mesti May pergi jumpa jantan lain"

Entah kenapa telinga aku berasap. Suka hati dia nak kutuk isteri aku. Dasar mulut tempayan.

"Salwa tak baik tabur fitnah. Abang kenal isteri abang, dia tak akan buat macam tu"

Salwa ketawa sinis kemudian berjalan setapak ke depan. Tubuhnya begitu dekat dengan aku.

"Awak yakin isteri abang baik?"

"Apa masalah Salwa ni? Jauh sikit boleh tak" aku ingin undur ke belakang tetapi tubuh aku sudah tersandar di pintu.

"Abang... Apa kata abang bukak hati untuk Salwa, Salwa janji akan bahagiakan abang" tangan Salwa bermain dengan kolar bajuku. Matanya memandang tepat ke arah aku sambil menayang senyuman.

"Salwa sedar tak abang dah kahwin?!" soalku geram lalu menolak tubuhnya kasar.

"Tapi abang boleh kahwin empat"

"Sudahlah. Abang tak nak dengar lagi.. Memang patut May rejam kepala kau, kalau boleh biar sampai masuk hospital. Dah besar panjang tapi tak berakal" aku keluar dari rumah lalu menuju ke kereta.

Aku lepaskan keluhan ketika masuk dalam kereta. Jujur, aku rasa bersalah dekat May. Kalaulah aku dengar apa yang dia cakap tadi, mesti kami tidak bergaduh. Mesti May tak akan larikan diri.

Aku dah buat May kecewa. Aku perlu mintak maaf dekat dia.

"Sorry May.. Saya patut percayakan awak tadi" aku letak kepala dekat stereng kereta. Perasaan bersalah menggunung.

Belum sempat aku tekan enjin kereta telefon aku berbunyi. Tanpa melihat nama aku terus menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Qadir"

Aku jauhkan telefon daripada telinga melihat nama si pemanggil. Saat melihat nama si dia jantung aku serta merta bergedup kencang.

"Waalaikumussalam...  Aisyah"

Suara aku seakan tersekat.  Begitu susah untuk aku ungkap nama Aisyah. Satu satunya wanita yang aku cintai.

"Maaf kalau saya ganggu awak lewat malam-"

"Tak..  Awak tak ganggu saya pun" balasku laju

"Boleh tak saya nak jumpa awak esok?"

"Kenapa awak nak jumpa saya?"

"Saya nak bincang tentang kita"

Masa seakan terhenti. Aku buntu untuk memilih keputusan. Aku perlu cari May, dalam masa yang sama aku nak jumpa Aisyah. Aku terlalu rindukan dia.

"Kalau awak busy tak apa.. Saya tak ada niat nak ganggu awak"

"Boleh.. Esok pagi saya pergi rumah awak"

Maafkan saya May. Saya harap awak selamat.

HIS WIFE : RUQAYYA MAYSOONWhere stories live. Discover now