Chapter 73

2.2K 104 6
                                    


5 bulan sudah usia kandungan Aisyah. Perutnya juga sudah mulai kelihatan. Aisyah sering mengamalkan bacaan surah yusuff dan Maryam ketika waktu pagi dan malam. Kedua-dua surah yang sangat bagus untuk diamalkan ketika sedang hamil.

Thaqeef juga tidak pernah lupa untuk senantiasa mengusap lembut perut Si Isteri. Setiap kali ingin berangkat kerja Thaqeef akan menyempatkan dirinya untuk berbicara dengan anak yang sedang dikandung oleh Aisyah.

Layanan Thaqeef juga tidak pernah berubah sentiasa menjaga Aisyah dan juga anak di dalam kandungan itu dengan penuh kasih sayang.

Tetapi ada sesuatu yang sedikit menguji diri Thaqeef dan harus menjalaninya dengan penuh sabar.

"Abang jangan tidur sini." Kata Aisyah dengan nada yang tidak selesa.

"Sayang, janganlah macam ni. Tak akan hari ni pun abang tak boleh tidur sini lagi. Abang rindu nak tidur dengan sayang." Pujuk Thaqeef.

"Tak nak. Aisyah tak boleh tidur kalau abang tidur dekat sini. Tolonglah abang.. Aisyah penat dah ni." Rayu Aisyah.

Terlihat kesal pada wajah Si Suami yang terpaksa mengikut kehendak Si Isteri yang sedang hamil itu.

Thaqeef mengambil bantal dan juga selimut untuk dibawa keluar daripada bilik tersebut.

"Abang tidur luar ni tau. Sayang tak kisah ke?" Soal Thaqeef.

"Aisyah okay je." Balas Aisyah sambil tersenyum dan terus menyelimuti tubuhnya.

"Sampai hati." Bisik Thaqeef sendiri.

Thaqeef pun berjalan sambil menuruni tangga rumahnya dan terus meletakkan bantal dan selimut di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah mereka.

Kebetulan pula Si Safuan baru sahaja ingin pulang ke rumahnya setelah selesai mengerjakan tugasnya di rumah itu.

"Aik? Tidur luar lagi hari ni?" Soal Safuan dengan nada perli.

"Hhm.. nak buat macam mana, aku rasa bukan Aisyah yang tak suka aku tapi anak aku yang tak sukakan aku." Balas Thaqeef sambil membaringkan tubuhnya di atas sofa tersebut.

"Ala, biasa la tu Encik Thaqeef. Nama pun orang alahan." Kata Safuan.

"Orang lain elok je alahan benda lain asal bini aku alahan dengan aku? Kau tahu tak dah masuk 3 bulan dah aku tak boleh tidur satu bilik dengan dia. Aku rasa macam dah nak gila dah ni." Keluh Thaqeef.

"Uish sampai nak gila erk. Hahaha." Balas Safuan sambil ketawa kecil.

"Kau kalau dah ada bini kau akan faham maksud aku tu. Dah lah, kau pergilah balik aku nak tidur ni." Kata Thaqeef.

"Baiklah Encik Thaqeef. Saya balik dulu, tidur elok-elok tau." Ucap Safuan sambil berjalan keluar daripada pintu utama rumah tersebut.

Thaqeef pun bangkit kembali daripada sofa yang ia baring tadi dan terus menutup pintu utama rumahnya itu.

Keesokkan paginya setelah Thaqeef selesai bersiap untuk berangkat kerja, Thaqeef menyapa Aisyah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan buatnya.

"Hi sayang." Sapa Thaqeef sambil memeluk tubuh Aisyah daripada belakang.

Namun perlahan-lahan lingkaran tangan yang berada pada perut Aisyah itu dileraikan oleh Aisyah.

AKU NERAKA BAGIMU (C)Where stories live. Discover now