Seorang pelajar berlari sambil dikejar sesuatu. Dia termengah mengah mencari bantuan di dalam semak samun. Dia berlari dan akhirnya tiba di bahu jalan. Dia berlari lagi selaju yang dia boleh. Akhirnya dia melihat satu tubuh lelaki yang amat dikenalinya. Dia menjerit memanggil nama lelaki itu. Lelaki itu menoleh memandangnya.
Secara tiba tiba tubuhnya mula terasa sakit. Tubuhnya ditikam oleh seseorang. Dia cuba melihat orang tersebut tetapi orang itu sudah lari bagi menyelamatkan diri sendiri. Dia jatuh terduduk dan rebah di jalan itu. Lelaki itu memegang tubuhnya dan memanggil namanya.
"Qaisara tolong bertahan. Sesiapa tolongg!!!" lelaki itu menjatuhkan air matanya. Gadis itu melihat lelaki itu dan memegang pipinya sambil tersenyum.
"Adrian, thank you" itu kata kata terakhir yang dikatakan oleh gadis itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Lelaki itu menangis teresak esak sambil memeluk erat tubuh gadis di hadapannya.
**********************
Adrian duduk di sebelah kubur Qaisara sambil termenung. Air matanya turun secara perlahan lahan. Dia hanya membiarkannya. Kedengaran rakan rakannya yang lain turut menangis. Ilyas memegang bahu rakan baiknya itu.
"Adri, baliklah. Dah lewat ni"
"kalau kau teman dia balik haritu semua ni takkan jadi" kata seorang lagi rakannya. Adrian hanya diam membatu.
"dahlah bukan salah dia pun. Benda dah jadi. Aku cuma pelik kenapa kau tak cuba halang penjahat tu"
Adrian bangun dan memandang tajam ke arah rakan karibnya itu. Dia berjalan meninggalkan mereka. Hanya dia yang tahu dan perasaan yang dirasainya sekarang ini. Dia terhenti apabila polis penyiasat datang menghampirinya. Mereka mahu dia memberikan keterangan tentang kejadian tersebut.
MALAM
Dia masuk ke dalam rumah. Dia menuju ke dalam bilik mandi. Air dibuka dan dia berendam di dalam bathtub. Akhirnya tangisan dia mula keluar dengan lebih kuat. Dia memeluk tubuhnya sambil menangis keperitan. Hatinya sakit. Dia tidak sempat mengatakan perasaan yang ada dalam hatinya kepada Qaisara.
Pada esok harinya, terdapat khabar tentang Adrian sudah tidak lagi bersekolah di sekolah mereka. Ilyas dan Wafiy turut terkejut tentang berita itu. Adrian akan pindah ke sekolah lain. Ilyas hanya memandang ke luar tingkap.
"aku rasa better dia tenangkan diri dia. Mungkin ada sebab dia tak bagitahu kita yang dia nak pindah sekolah" Farah memandang Ilyas. Ardini mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Save Me
RomanceNur Qaisara merupakan doktor pakar psychiatrist. Pada suatu hari ibunya mula hilang waras dan menyebabkan dia terpaksa menghantar ibunya ke hospital. Pada satu malam ibunya membunuh diri. Pada hari kematian ibunya, dia terjumpa satu buku yang bertul...