Qaisara menghidupkan enjin keretanya. Dia mula pergi ke alamat yang ditulis pada buku nota milik ibunya itu. Dia berhenti di hadapan sebuah rumah selepas beberapa minit mencarinya. Dia keluar dari dalam kereta. Dia menekan loceng dan berdiri menunggu. Seseorang keluar dan membuka pintu kecil pada pagar itu.
" ye cik cari sapa?" Qaisara memandang lelaki di hadapannya itu atas bawah. Lelaki itu menunggu sahaja Qaisara.
"ini rumah Ardini dengan Wafiy ke?" dia mendapat beberapa maklumat dari rakan polisnya. Berguna jugalah rakannya itu.
"ye... awak siapa?"
"saya Qaisara. Anak kepada kawan puan Ardini dengan tuan Wafiy"
" masuklah panas luar ni. Jangan risau rumah ni ada nenek saya" mereka berjalan masuk ke dalam. Dia seperti tidak sangka ibunya dahulu orang kaya. Dia duduk di sofa di ruang tamu. Dia melihat gambar kahwin kedua rakan ibunya itu. Pelik sunyi sahaja rumah itu.
"Farah ke tu?" panggil seseorang. Qaisara menoleh dan melihat wanita berumur itu menghampirinya.
" maaf nenek nama saya Qaisara. Anak kepada Farah" nenek itu duduk dan melihat wajah Qaisara. Dia mengukir senyum manis. Budak lelaki yang sebentar tadi tiba dengan sebuah buku diary. Orang gaji juga datang menghidangkan air untuk mereka.
"Muka kamu sebiji muka Farah. Farah mana sekarang? sihat?" soal nenek itu berkali kali. Qaisara hanya menatap sayu. Nenek itu masih menunggu jawapan dari Qaisara.
" Ibu baru meninggal pagi tadi. Saya datang sebab nak tahu kisah sebenar kenapa ibu saya kemurungan teruk. Saya ingat dengan datang sini dapatlah berjumpa dengan kenalan ibu saya" nenek itu memandang sayu.
"Ibu bapa aku dah 2 tahun meninggal. Tu yang takde tu" jawab lelaki itu tadi. Qaisara terkejut dan mengucap takziah.
" masa pengebumian ibu kamu ada datang. Tetapi sekejap sahaja. Dia tak sapa nenek pun. Dia pandang lepastu pergi" Qaisara pelik. Ketika itu ibunya dilaporkan hilang dan polis menghantar ibunya pulang. Patutlah ibunya berpakaian serba hitam ketika itu. Ketika itu jugalah kesihatan ibunya semakin teruk.
"nenek minta maaf tak dapat nak cerita kisah ibu kamu. Nenek rasa Daniel boleh teman kakak ni jumpa Uncle Adrian" Qaisara mengangguk setuju.
"Dah lamalah nenek. Last pergi dengan papa"
"alah kamu berdua anak kenalan dia juga apa salahnya. Pergilah" Daniel dengan langkah malas mengambil jacketnya di dalam bilik. Akhirnya dia berjalan mengikuti Qaisara ke rumah rakan papanya itu.
Sementara di dalam kereta. Daniel menukar saluran radio. Qaisara stress sahaja dengan tingkah lelaki itu. Akhirnya dia menarik tangan itu dan menolak kasar.
"kau ni budak lagi ke apa? rosak radio aku siapa nak ganti?"
"kalau nak diikutkan aku muda dari kau. Aku baru 28 tahun tahu"
" then act like one" Qaisara kembali fokus memandu. Dia memarkir kenderaannya di hadapan rumah. Mereka keluar dan menekan locong rumah. Pintu pagar terbuka sendiri dan mereka masuk ke dalam.
Daniel membuka pintu yang tidak berkunci itu. Qaisara marah akan tindakan budak itu. Daniel menjelaskan kepada Qaisara. Akhirnya mereka duduk di ruang tamu. Seorang lelaki turun dan melihat dua budak berada dalam rumahnya.
"macam mana kamu berdua boleh masuk dalam rumah ni?"
"uncle ni Daniellah. Ni pula Qaisara" terang Daniel. Adrian memandang mereka berdua dari atas bawah. Dia mendekati Qaisara dan melihat wajah gadis itu.
"Qaisara is a beautiful name. Tak sangka Farah namakan anak dia dengan nama rakan baiknya" Adrian mengukir senyum. Akan tetapi senyuman itu kelihatan sedih seperti merindukan seseorang.
YOU ARE READING
Save Me
RomanceNur Qaisara merupakan doktor pakar psychiatrist. Pada suatu hari ibunya mula hilang waras dan menyebabkan dia terpaksa menghantar ibunya ke hospital. Pada satu malam ibunya membunuh diri. Pada hari kematian ibunya, dia terjumpa satu buku yang bertul...