Farah berjalan masuk ke dalam rumahnya. Dia berjalan perlahan lahan untuk naik ke biliknya. Langkahnya terhenti apabila mamanya memanggil namanya. Dia menoleh ke belakang bagi memandang mamanya itu. Wajah bengis kelihatan di muka wanita itu. Farah hanya menunduk dan bermain kakinya. Dia mengetap bibir.
" kamu tahu ada kelas piano kan? kenapa balik lambat?" Farah hanya diam. Wanita itu berjalan ke arahnya dan menampar wajahnya. Farah masih menahan walaupun pipinya terasa kebas.
"Naik sekarang selepas itu turun dan belajar piano" ujar wanita itu. Farah perlahan berjalan naik ke atas. Dia meletakkan bag sekolahnya di atas kerusi belajarnya. Dia membersihkan dirinya dan turun ke bawah.
Dia bermain piano seperti yang diarahkan oleh mamanya. Dia tidak berkata apa dan hanya bermain. Dia menutup matanya dan bermain sambil menikmatinya. Habis sahaja bermain air matanya turun. Bertapa sedih lagu ini dan dirinya diperlakukan seperti boneka ibunya.
" harini kamu tak payah makan. Habiskan masa kamu bermain piano" ujar mamanya dan berlalu naik ke atas. Farah tertawa dan air matanya mengalir deras. Dia sambung bermain dan kini dia bermain lagu baru.
Pagi
Farah turun ke bawah. Dia berjalan terus keluar. Dia masuk ke dalam kereta dan bergerak ke sekolah. Keluar sahaja dengan langkah longlai dia berjalan masuk ke sekolah. Dia hanya berjalan dan hampir sahaja jatuh tetapi nasib sempat dipapah seseorang. Dia melihat gerangan tersebut. Ilyas.
" kau okey ke tak ni?"Ilyas memandang Farah yang sedikit pucat. Farah hanya mengukir senyum dan menarik tangannya yang sakit. Dia sambung berjalan. Ilyas menarik Farah untuk ke kantin. Dia menyuruh Farah duduk di situ.
Dia berjalan ke arah makcik kantin. Dia mengambil Roti bun dan air coklat dan dibawa ke arah Farah. Farah hanya memerhati sahaja pergerakan Ilyas. Lelaki itu duduk di hadapan gadis itu dan meletakkan makanan yang dibelinya di atas meja.
"makan.. Muka kau dah pucat sangat tu" Ilyas membuka plastik bun itu dan dihulurkan kepada Farah. Farah mengukir senyum dan mengambil roti bun di tangan Ilyas. Dia menyuakannya ke mulut. Ilyas membuka plastik straw dan mencucuknya di kota air tersebut dan diletakkan di hadapan Farah.
" even dah lambat macam mana sekali pun perut tak boleh kosong. Kalau kau pengsan and rebah dekat situ sape nak angkat?"
" kau kan ada"
" kalau aku takda?" Farah hanya diam. Lalu dia membalas semula.
" pakcik guard? pengawas yang bertugas?" Ilyas menggelengkan kepalanya. Ada sahaja jawapan gadis itu.
" takkan nak susahkan pakcik guard tu pula dia dah tua kalau bini dia cemburu macam mana?" Farah tertawa mendengar kata kata yang keluar dari mulut Ilyas. Ilyas turut tertawa.
" then pengawas bertugaslah"
"kalau peminat kau cemburu?" Farah gelak selepas itu dia membuat gaya berfikir. Dia cuba berfikir lagi.
" kalau macam tu biarlah aku mati kejung kat situ" Ilyas tertawa mendengar jawapan Farah.
"ada ada je jawapan kau kan. Dahlah cepat makan lepastu masuk kelas" Farah meminum air coklat itu.
"berapa semua ni?"
"kenapa kau nak bayar ke?"
"yelah nanti rehat kau nak makan apa?"
" kau ni aku takdalah miskin sangat" Farah sambung makan. Seusai makan, mereka berjalan naik ke kelas. Ilyas menghantar Farah sehingga ke kelas dan dia berlalu pergi. Farah mengintai Ilyas dari belakang.
" amboi, buah hati hantar sampai ke kelas" usik Ardini. Farah tersenyum dan berlari duduk ke tempatnya. Dia mengeluarkan diarynya dan mula menulis sesuatu. Ardini yang melihat menggelengkan kepalanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/375044774-288-k944657.jpg)
YOU ARE READING
Save Me
RomanceNur Qaisara merupakan doktor pakar psychiatrist. Pada suatu hari ibunya mula hilang waras dan menyebabkan dia terpaksa menghantar ibunya ke hospital. Pada satu malam ibunya membunuh diri. Pada hari kematian ibunya, dia terjumpa satu buku yang bertul...