Prolog

80 19 9
                                    

Plastik bag yang dipenuhi dengan tudung itu dibawa keluar. Senyuman tidak lekang di bibir.

"Alhamdulillah. Tak sabarnya nak pakai tudung!" Ujar Dahlia dengan gembira. Dipeluknya beberapa helai tudung yang dibelinya tadi dengan erat.

Hanya Allah saja tahu bertapa gembiranya dia apabila diberi peluang ingin bertudung. Dari dulu lagi dia ingin bertudung tetapi dihalang oleh ibunya. Katanya dia terlalu muda untuk semua itu.

"Dahlia muda lagilah. Nanti bila dah besar baru lah nak bertudung apa bagai. Enjoy dulu!"

Itu dulu. Dulu dia lemah, dia turut apa yang mereka cakap. Jikalau sekarang, dia tetap akan bertudung walau dibantah sekalipun. Dia tidak kisah.

Biarlah dia nampak buruk di mata manusia asalkan dia tidak buruk di mata-Nya.

Hidup hanya sekali, biarlah dia perbaiki diri dan mengejar cinta-Nya sebelum dia pergi.

"From now, aku akan bertudung. Ini bukan Dahlia yang dulu lagi. Sekarang ni Dahlia yang baru! Dahlia yang menjaga aurat, yang menjaga batas pergaulannya dan hidup aku cuma untuk Allah!" Itu prinsipnya, dia akan perbaiki dirinya.

Tudung bawal berwarna cream itu diambil lalu diletakkan di atas kepala.
Setelah siap di lilit, dia memandang cermin. Makin melebar senyumnya.

"Alhamdulillah..." Nadanya seperti sebak.
Manalah tidak sebak, dari dulu lagi dia ingin bertudung, ingin menutup aurat tetapi ada saja halangan.

Dia tekad, dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi wanita yang solehah. Dia tidak ingin lagi sia siakan waktunya untuk perkara yang melalaikan. Kini hidup dia hanya ingin dipenuhi dengan perkara yang membuat dirinya makin dekat dengan Allah.

"Ini Dahlia yang baru. Dia tak akan sesekali kembali dengan kehidupan yang lama."

Dia akan mulakan segalanya. Dia tahu banyak ujian akan datang tapi dia percaya, dengan Allah semua akan baik baik saja.

Dia akan terus bersabar dan kuat untuk menempuhi segalanya.

"Dengan Allah, semuanya akan baik baik saja."

Mata ditutup, senyuman makin melebar di bibir. Tangan naik memegang dada. Nafas dihembus lega.

Tenang.

Itulah yang dia rasakan sekarang. Tenang kerana dia sudah berjaya mencapai salah satu impiannya, iaitu menutup aurat.

Menutup aurat, sudah lama dia impikan. Sudah lama dia impikan untuk menjadi salah satu wanita yang menjaga aurat. Terasa tenang hatinya apabila dia berjaya.

Dahlia berjaya.

Dia berjaya lawan semua yang menghalangi dia untuk berubah.

Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan aku rasa ingin berubah dan bertaubat. Aku sudah terlalu jauh. Aku ingin pulang, aku ingin berubah.

Bantu aku untuk tempuhi segala ujian dan hari hari yang akan datang, Ya Allah.

Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan segalanya.

***Thanks sudi baca!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***
Thanks sudi baca!

-16/9/2024

KHALEEF TALHAWhere stories live. Discover now